EVIL 57

388 17 0
                                    


MALIQUE HAIDER

"Argh..." 

Aku berdiri di hadapan tingkap sambil memeluk tubuh. Mendengar erangannya, aku menoleh ke arah Antoine yang sedang berbaring. Dia perlahan lahan bangun dan memandang perut dan bahunya yang berbalut. 

" Aku hidup lagi, Malique?." 

Antoine memandang aku dengan pandangan terkejut. Aku cuma mengangguk perlahan. Takkanlah malaikat pencabut nyawa rupa aku?. Lagipun aku ni manusia, bukan malaikat.

" Delisha..." 

Dia bersuara perlahan, menyebut nama perempuan yang bekerja di bahagiannya. Aku duduk di sebelah Antoine.

" Nama sebenar perempuan tu Sienna." 

Antoine memandang aku sambil berkerut kening. Aku tahu dia kurang percaya tapi tu lah kenyataannya. Perempuan tu penipu. Aku tahu yang dia masuk syarikat aku guna helah dia.

"Amanda dah tanya Leon, pasal temu bual perempuan tu. Tapi Helmi cakap, aku yang temu bual dia. So, dia anggap yang kau dah kenal perempuan tu." 

Antoine terdiam seribu bahasa. Dia mengeluh panjang sambil mencengkam rambutnya.

" Sial. Mati mati aku percayakan perempuan tu. Penipu rupanya." 

Antoine memejamkan matanya. Dia kembali merenung aku.

" Habis tu, macam mana aku boleh ada dekat rumah aku ni?." 

Aku tersengih. Aku bukannya bodoh macam dia. Aku ada semua detector dekat kawan kawan termasuk kau. Bila kereta dia masuk hutan sial tu, dia ingat aku boleh duduk diam?.

" Yang tu, kau tak perlu tau. Aku guna Camaro aku lah. Setakat nak sampai berapa minit dekat sana, bukan masalah aku." 

Aku tersengih membatak. Antoine tersengih kecil sambil mengangguk faham.

" Kau dah sedar?." 

Harris, Amanda bersama Haura dan Fiona masuk ke dalam bilik Antoine. Aku membalas senyuman Haura. Dia nampak cantik dengan sundress kuningnya tu. Kandungannya sudah masuk 17 minggu.

" Mana perempuan tu?." 

Antoine mencari cari kelibat perempuan Sienna. Amanda mengeluh kecil sebelum duduk di sebelah aku.

" Alex dengan Ghibran dah hantar perempuan tu dekat tempat biasa. Budak budak dia pun dah kena tahan." 

Amanda meletakkan anaknya di atas lantai. Budak ni dah pandai berjalan, makin riuh jadinya.

" Aku tak faham. Aku ingat, dia betul betul baik. Aku siap dah iktiraf dia sebagai pekerja terbaik tau. Tiba tiba... dia sial orangnya. Aku tak puas hati betul lah." 

Antoine mencapai gelas air kosong dan meneguk rakus. 

" Yang tu kau tak payah risau. Lepas ni, Alex akan bagitahu kita, kenapa dia buat macam tu dekat kau. Sekarang ni, kau berehat. Nasib tak kena rusuk."

 Harris yang berdiri di sisi aku tersenyum kecil.

***

" Masalahnya, daripada tadi aku tanya dia, dia tak jawab. Diam je. Nasib aku sempat tahan Ghib tadi. Kalau tak, lunyai perempuan tu Ghib belasah."

 Aku berbual dengan Alex melalui telefon. Aku hanya mengangguk faham. 

" Kita kena suruh Antoine jumpa budak tu. Bila dia sihat sikit, aku suruh dia jumpa. Aku tak nak keruhkan lagi keadaan, jadi kau jaga budak tu elok elok. Jangan sampai terlepas." 

" Okay. Yang tu, kau serahkan dekat aku. Bye." 

Aku mengangguk dan segera menutup panggilan. Satu keluhan aku lepaskan. Macam macam lah.

" Malique." 

Aku menoleh ke belakang apabila nama aku dipanggil. Melihat Haura dengan senyumannya, aku juga turut tersenyum. Ouh, dia ke. 

" Come." 

Aku mendepakan tangan ke arahnya. Dia tergelak kecil sebelum tubuh aku dia peluk seketika.

" Kau penat ke?." Aku tarik tangannya untuk duduk di sebelah aku di sofa. Dia menggeleng.

" Tak sangat. Tapi tu lah, kadang kadang tu... rasa nak muntah pun ada." 

Dia memegang dadanya. Aku merenung wajahnya yang sedikit pucat. Biasalah. Mom to be, memang banyak tenaga yang kena guna.

" Kau agak agak, kenapa perempuan tu buat Antoine macam tu ek?. Dia budak suruhan orang ke?." 

Haura memandang aku ingin tahu. Aku sendiri tak tahu jawapan dia. Budak tu nampak macam simpan rahsia. Entahlah.

" Entah." Aku menjungkitkan bahu. Dia merenung jauh.

" Masa aku jumpa dia dekat office, dia nampak macam baik je. Ke dia terpaksa?." 

Aku tergelak kecil. Wajahnya aku pandang pelik. Haura ni dah kenapa?. Aku sendiri tak tahu, macam mana aku nak terangkan dekat dia.

" Kau mesti kecil kecil nak jadi perisik.. ouh lupa. Kau memang perisik pun dulu." 

Aku teringat waktu di makmal Antoine dulu, aku dapat tahu yang dia perisik. Macam tak percaya. Perempuan secantik dia bekerja sebagai perisik. 

" Malique." 

Aku dan Haura menoleh ke arah Harris yang datang daripada arah dapur. Aku mengangkat kening, menyapa dia.

" Alex panggil datang sana. Mamat tu nak ikut sekali." 

Mamat yang dia maksudkan tu Antoine. Daripada tangga aku nampak Antoine terkial kial nak menyarung kemeja berlengan pendek.

 Aku mengeluh perlahan. Mamat ni memang cari maut lah. Dah sakit tu, buatlah cara macam dia sakit.

" Jangan marah aku. Dia yang nak ikut." 

Amanda turut tangga sambil memimpin anaknya. Aku memandang Antoine tanpa riak. 

" Kau kena bagi aku ikut. Biar aku sendiri yang suruh dia buka mulut. Sial betul. Rosak badan aku disebabkan dia." 

Antoine terus menuju ke arah luar. Aku bercekak pinggang. Nak buat macam mana. 

" Haura. Kau duduk sini dengan Amanda. Apa apa, call aku okay?." 

Dia mengangguk dengan senyuman. Aku menarik kepalanya dan menguncup dahinya sekilas.

" Pastikan rumah kau kunci. Suruh Fiona join korang sekali. Bahaya biarkan dia sorang sorang dekat rumah." 

Aku sempat memberi pesanan kepada Amanda sebelum aku dan Harris menuju ke kereta. We just see apa yang bakal terjadi.



DEVILWhere stories live. Discover now