HAURA MELISSA
" Antoine..."
Aku berjalan pantas sambil berhati hati. Malique di hadapan aku menundukkan sedikit tubuhnya apabila ada beberapa orang tetamu yang melalui kawasan ni. Aku tak pasti rancangan ni berjalan tapi aku percayakan diorang.
" Aku dah hack CCTV. Kau boleh masuk sekarang."
Suara Antoine berbunyi dengan jelas di walkie-talkie yang dipegang Malique.
" Jom."
Aku dan Malique segera masuk ke dalam lif sebelum dibawa ke aras bilik Daniel. Disebabkan hari semakin gelap, jadi aku dan Malique kena cepat sebelum Daniel sampai.
Tiba di hadapan bilik Daniel, Malique mengeluarkan sebuah alat berbentuk kotak dan dilekatkan di sisi keycode pintu. Dengan sebuah bip, pintu berjaya dibuka tanpa kad. Dia memang bijak menyelinap. Heh.
Aku terdiam saat melihat bilik Daniel yang cantik berperabot. Tak sangka mamat tu berduit?. Kikis duit bapak ke?. Malique tak membuang masa, terus ke dapur yang siap dibina dalam bilik ni.
Aku mengeluarkan beberapa biji kamera kecil dan diletakkan di tempat tempat yang tersorok. Tak lupa juga di sekitar katil. Nak rakam 'aksi' kan?. Aku tersengih sinis apabila melihat seluar dalam Daniel yang bersepah di atas katilnya. Pengotor!.
" Dah?."
Malique menghampiri aku. Aku mengangguk. Dia memerhatikan sekitar bilik sebelum pandangannya terhenti di sebuah peti yang tersorok di sebelah almari. Dia menghampiri peti tadi sebelum melutut sebelah kaki.
" Antoine, kau nampak peti ni?."
Malique memegang peti tu. Aku juga tak tahu akan kehadiran peti ni tadi.
" Nampak. Tapi aku tak tahu apa kunci dia."
Antoine bersuara lagi. Dia mencuba beberapa kali tapi tak berhasil. Tiba tiba muncul satu idea dalam otak aku.
" Sana."
Aku menolak perlahan bahu Malique dan mengambil alih kerjanya tadi. Aku menekan kod nombor tadi dan.. berhasil. Aku tersengih memandang Malique. Dia tersenyum sebelum membuka peti tadi. Tak sia sia aku ingat tarikh lahir dia.
Hanya puluhan ikat wang kertas 100 dan beberapa helai kertas putih. Malique tak mencapai duit tadi, tapi mengambil kertas tu. Dia menyelak satu persatu sebelum terbeliak mata.
" Kenapa?."
Aku memegang bahunya. Ada yang tak kena ke dengan kertas tu?. Dia menggeleng sebelum mengeluarkan telefonnya. Malique mengambil gambar dan masukkan kembali kertas tadi.
" Malique, Haura, korang kena cepat. Budak budak dia dah on the way."
Harris pula bersuara. Aku dan Malique segera keluar daripada biliknya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Kalau Daniel perasan juga, nampak sangat yang dia bijak.
****
" Betul cakap kau. Dia bawa lagi sorang perempuan balik bilik dia."
Harris duduk di sebelah Malique. Tak lama selepas tu, Amanda dan Antoine pula menghampiri.
" 19 tahun, anak Tan Sri. Dia khayalkan perempuan tu dengan dadah."
Harris menunjukkan beberapa buah gambar yang dia berjaya ditangkapnya.
Aku terdiam saat melihat perempuan muda tadi di bawa ke dalam kereta Daniel dengan keadaan mabuk. Mungkin daripada kelab malam.
" Apa kita nak buat sekarang?. Tak kan nak biarkan dia perkosa perempuan tu?."
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...