EVIL 25

657 30 1
                                    


" Haura... boleh papa masuk?." 

Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku daripada tidur yang panjang. Aku meregangkan sedikit kaki dan kembali memejamkan mata. Tanpa aku menjawab, pintu bilik aku dibuka daripada luar.

" Anak papa ni, jom kita makan. Papa dah pesan makanan sedap sedap untuk Haura. Masih panas lagi tu." 

Papa duduk di birai katil sambil memandang aku. Terasa kerongkong aku yang perit dan mata yang sakit untuk dibuka, aku menggeleng perlahan.

" Haura tak ada selera nak makan." 

Aku menjawab tanpa membuka mata. Papa mengeluh kecil sebelum menarik selimut yang menutupi wajah aku. Mata dibuka sedikit, memandang papa.

" Sampai bila Haura nak tidur macam ni, terperap je dalam bilik. Papa faham yang Haura sedih, tapi Haura tak boleh macam ni. Keluar, ambil udara, tenangkan perasaan sedih tu." 

Aku menoleh kepala ke arah lain.

" Tak apalah papa. Kalau Haura rasa okay nanti, Haura makan. Papa makan je dulu."

 Aku memejamkan mata, ingin kembali lena. Sepanjang malam aku tak tidur, seakan ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Dia mengeluh dan terus keluar tanpa sepatah kata. Aku perlukan masa.

Selepas berkali kali menukar posisi, aku akhirnya terduduk. Entah mengapa, aku masih susah untuk melelapkan mata. Sukar. Ingin saja aku ambil pil tidur, dan aku telan beberapa biji. Bukan sehari, tapi setiap hari aku tak cukup tidur. 

Asyik memikirkan sesuatu yang aku tak tahu. Mungkin perasaan aku saja. Ada aja  aku mengelamun, mendiamkan diri dan termenung jauh. 

Aku menoleh ke arah tingkap yang terbuka luas. Perlahan lahan aku turun daripada katil.

Hujan renyai renyai. Kenapa aku tak tahu yang dekat luar hujan ?. Siku diletakkan di atas jendela sambil telapak tangan aku memangku pipi. 

Satu keluhan berat dikeluarkan. Angin yang berderu menampar wajah aku perlahan.

Sekian lama aku tak dengar khabarnya. Lelaki yang selalu aku rindukan. Hari berganti hari, aku masih menanti. Dia tak rindukan aku ke?. Nafas aku tarik sedalamnya sebelum aku memejamkan mata. Wajah malique terbayang di fikiran aku. Senyuman dia... 

" Aku rindu kau Malique..." 

Aku memandang langit yang mendung. Hujan yang merintik menambahkan suram di hati aku. Merindukan seseorang tu sakit. Aku membuka mata perlahan lahan sebelum tersenyum kecil. 

" Aku harap... kita boleh jumpa lagi sebab aku nak tengok kau senyum. Aku nak tengok muka kau." 

Dengan hati yang berat, aku melangkah keluar daripada bilik dan turun ke bawah. Melihat kelibat papa di bawah, aku pantas menegurnya.

" Haura, sini lah." 

Terus mati senyuman aku apabila uncle Roslan dan isterinya sedang duduk di sofa bersama papa. Di sebelah mereka, aku nampak dia. Lelaki durjana. Aku tak akan maafkan dia sampai bila bila. Daniel, manusia yang hampir rosakkan masa hadapan aku. 

" Tak apalah, Haura nak keluar sekejap." 

Aku menjeling Daniel yang sedang merenung aku bermaksud. Aku memang tak hamak nak tengok muka dia lagi. Kalau boleh, aku nak dia mati je. Tak payah wujud dalam dunia ni, lagi bagus.   

" Kalau macam tu, biarlah aku teman kau. Uncle cakap kau tak sihat." 

Dia tiba tiba saja berdiri. Terus terhenti langkah aku. Aku menoleh sedikit memandang dia sebelum membuat riak wajah meluat.

DEVILWhere stories live. Discover now