EVIL 59

383 17 0
                                    


ANTOINE

" Kau betul tak nak kitaorang ikut kau?."

 Aku menoleh ke arah pintu yang tidak tertutup rapat. Amanda menyandar di tepi pintu sambil memeluk tubuh. Aku memasang jam di pergelangan tangan dan menghampirinya.

" Biar aku settle kan benda ni, lepas tu aku akan perbetulkan semua. Aku minta maaf sebab tipu korang." 

Aku memandang dia sebelum berlalu pergi. Aku tahu aku salah, jadi biar aku tanggung ni sorang sorang.

Mereka semua ada di bawah kecuali Harris. Dia mestilah marahkan aku lagi, mana mungkin dia nak aku ada depan mata dia. Hanya beg sandang yang aku bawa. Aku duduk sana tak lama, 3 hari je.

"Kau hati hati dekat sana. Kalau ada apa apa, call je aku." Ghibran yang jarang muncul datang untuk hantar aku. Aku bersyukur masih ada kawan kawan yang memahami macam diorang semua. 

" Mana perempuan tu?." 

Aku menghampiri kereta Ghibran. Pintu kereta belakang dibuka dan wajah yang aku cari ada di dalamnya. Aku memandang tangannya yang digari. Dia langsung tak memandang aku. Tak apa, biar aku hantar balik kau dekat tuan kolot kau tu.

***

PARIS, FRANCE

Teksi berhenti di hadapan pagar setinggi berapa kaki. Walaupun berbelas tahun aku tinggalkan neraka ni, tapi aku masih ingat kawasan ni. Tak ada yang berubah, cuma rumput padang seluas 6 ekar ni semakin subur. Tak macam dulu.

" Maaf encik. Saya tak boleh masuk dalam. Ni rumah orang terkenal. Cuma—."

" Masuk je." 

Aku memandang cermin pandang belakang tajam. Aku tak kisah pun dengan keluarga ni. Aku tak perlukan gelaran daripada keturunan ni. Aku benci. Lelaki tadi hanya mengangguk takut. Teksi memasuki pagar tadi tapi ditahan. 

" Maaf encik. Encik tak—Tuan Muda Antoine.." 

Dua orang lelaki segak bersut segera menundukkan badannya, memberi hormat ke arah aku. Aku mengeluh perlahan. Diorang cam muka aku?.

" Tak boleh perlahan sikit ke?." 

Aku mencengkam lengan perempuan tu sambil keluar daripada perut kereta. Lengannya aku tarik menghampiri kawasan banglo 4 tingkat itu. 

Aku berhenti di hadapan pintu besar yang dijaga 4 orang lelaki muda itu. Mereka memandang satu sama lain sebelum membuka pintu tanpa bercakap apa apa.

" Antoine, tunjuk hormat kau dekat bapak kau walaupun kau tak suka dia." 

Perempuan tadi memandang aku, cuba untuk merayu. Heh, dah terlambat untuk aku hormat sampah sampah ni.

" Tuan Muda, jangan kacau Tuan Patrick. Dia sibuk sekarang ni."

 Penjaga pintu tadi cuba untuk menasihati aku. Tak ada masa untuk aku dengar. Hati aku boleh jadi batu bila bila masa je. Jangan paksa aku.

Aku melangkah ke ruang tamu utama tanpa menghiraukan mereka di belakang aku. Di situ, ramai orang tengah berkumpul. Mungkin lelaki kolot tu tengah mesyuarat. Ketua parti politik kan.

Mereka memandang aku tak percaya. Aku nampak lelaki tu. Dia hanya memandang aku sedikit terkejut. Aku tersengih jahat sebelum menolak perempuan tadi di hadapan mereka semua bersama kunci gari. 

" Tuan Muda!."

" Antoine!."

Semua menjerit apabila aku bertindak kasar. Semua orang di situ berdiri terperanjat termasuk mak aku. Dia menekup mulutnya, tak percaya melihat wajah aku di sini.

DEVILWhere stories live. Discover now