EVIL 44

489 23 0
                                    



"Apa jadi?." 

Aku bergegas menghampiri Amanda dan yang lain yang sedang berkumpul di bilik Alex. Tapi aku tak nampak Alex. Dia pergi mana?.

"Aku dah telefon Zhing. Dia yang rawat Ghibran tadi." 

Amanda duduk di birai katil, di sisi Ghibran yang sedang terbaring lesu. Saluran IV dicucuk di tangannya. Zhing doktor, baguslah dia ada. Hantar hospital nanti disoal macam macam pula.

Aku menghampiri Ghibran. Amanda bangun memberi aku ruang. Dahinya yang dibalut dengan pembalut luka aku renung kesal. Dia tersenyum pucat. 

"Siapa punya kerja ni?." 

Aku menyoalnya. Ghibran memandang aku sebelum dia mengeluh kecil. Dia cuba untuk duduk tapi aku halang. Sakit sakit macam ni dia nak bangun?. Nak mati ke apa?.

"Aku tak tahu siapa. Tapi masa aku jalan highway lama, ada kereta halang laluan aku. Aku sempat elak tapi terbabas. Diorang heret perempuan tu keluar. Aku tak mampu buat apa apa." Ghibran memejamkan matanya sambil berkerut kening.

"Aku tak rasa diorang cari kita. Tapi diorang cari perempuan tu." 

Aku berlagak tenang walaupun hati aku sudah panas. Kalau dia nak perempuan tu sekali pun, kenapa mesti libatkan member aku ?. Memang bangsat betul.

"Memang itu pun yang aku rasa. Diorang memang nak perempuan tu daripada awal aku bawa dia sini." 

Alex datang daripada arah pintu bilik. Dia menghampiri katil yang Ghibran berbaring dengan lagak santai.

" Siapa perempuan tu sebenarnya?. Cuba kau explain dekat aku?. Kalau diorang nak dia sekalipun, perlu ke libatkan kita?." 

Amanda memandang Alex tak puas.

"Perempuan tu kena kurung dekat tempat yang kita pergi tu lebih 20 tahun. Aku selamatkan dia." 

Aku dan yang lain sedikit terkejut mendengar penerangan daripada Alex. Aku tak tahu siapa perempuan tu. Siapa dia?.

"Tak apalah Alex. Kau tolong dia pun dah cukup baik." 

Ghibran tersenyum kecil sambil memandang Alex di sisi aku. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan Alex tapi aku kena cari dorang tu.

"Jom ikut aku." 

Aku memandang Alex, Harris dan Antoine sebelum berlalu keluar. Amanda biar di sini, jaga Ghibran sementara aku dan yang lain settlekan siapa dalang semua ni.

Bila difikirkan balik, jalan cerita ni nampak sama macam waktu aku bawa lari Haura dan Kamal dulu. Kemalangan yang dirancang.

"Alex, kau ada gambar perempuan tu?. Aku menoleh ke arah Alex apabila kami sampai di ruang tamu rumahnya. Alex menggeleng perlahan.

"Aku tak ada gambar dia tapi aku kenal muka dia macam mana."

 Alex mengangguk yakin dengan dirinya. Aku menyeluk tangan ke dalam poket seluar sebelum memikirkan cara untuk dapatkan maklumat tentang baruah baruah sial yang dah cederakan Ghibran.

"Aku boleh cari location diorang kalau aku kita cari siapa lelaki tu." Antoine bersuara, memberikan cadangan. Ituah masalahnya. Orang dia pun aku tak tahu.

"Kita mula dengan tempat yang kau jumpa perempuan tu. Mana tahu pemilik tempat tu, ada kaitan dengan benda ni?." 

Harris pula menyampuk. Antoine mengangguk setuju.

"Maksud kau, budak Fendi tu?."

 Aku menyoal inginkan kepastian. Harris mengangguk. Aku kenal Fendi sebab dia pembekal dadah terkenal dekat ibu kota. 

DEVILWhere stories live. Discover now