EVIL 33

550 30 0
                                    


Aku sedaya upaya menangkap kelibat kereta tadi di sebalik kereta kereta yang banyak di atas jalan raya. 

Jangan ingat aku boleh hilang kau. Aku menukar gear dan memijak pedal minyak, menambah kelajuan.

Dia yang perasan aku mengejarnya, semakin laju. Aku memotong setiap kereta di hadapan sana. Aku segera menekan brek saat lampu isyatar bertukar merah. Kereta tadi sempat memecut walaupun lampu bertukar kuning.

" Haish!." 

Aku berdegus kasar melihat kereta tadi dapat larikan diri. Aku memandu pulang ke pejabat. Tamat saja masa bekerja, aku segera pulang ke rumah. Puluhan panggilan daripada papa aku tak jawab.

Sesampai saja ke rumah, mata aku tertacap ke arah beberapa biji rumah di hadapan rumah. Aku kenal kereta ni. Ni kereta uncle. 

Tak lain tak bukan, mesti pasal Daniel. Padan muka mamat tu. Kalau betul dia yang buat segala angkara tu, dia memang layak terima.

Aku masuk ke dalam rumah. Belum sempat aku menyapa papa di ruang tamu, kaki aku terhenti saat melihat... Daniel sedang duduk di salah sebuah sofa bersama keluarganya. Ma... macam mana dia boleh terlepas.

" Haura, Haura pergi mana?. Kenapa papa call, Haura tak jawab?."

 Papa bingkas bangun dan memandang aku tajam. Aku yang masih terkejut hanya mendiamkan diri. Mata aku merenung wajah Daniel yang lebam membiru.

" Papa tanya ni, Haura pergi mana?!." 

Papa menengking aku kuat sehingga bahu aku terhinjut. Wajah papa aku pandang tak percaya. Mana pernah papa menegur aku dengan suara setinggi tadi?.

" Kenapa dengan papa ni?. Tak boleh tanya Haura elok elok ke?. Kan Haura dah cakap..."

'PANG!'

Aku jatuh tersimpuh apabila pipi aku dilempang kuat. Oleh bapak aku sendiri. Tak pernah pernah dia menampar ataupun mengkasari aku. Wajah papa aku pandang tak percaya. Merah wajahnya menahan api amarah.

" Apa yang Haura dah buat sampai papa lempang Haura ni?." Aku berdiri perlahan lahan, menghadap papa. Dia masih merenung aku tajam. 

" Kau jangan buat tak tahu Haura. Kau ingat, aku tak tahu kerja kotor kau nak humban anak aku dalam penjara?. Kalau dah kena reject tu, tak perlu pun nak guna cara kasar macam ni." 

Aunty Sofia bangun, seakan mempertahankan anaknya. Seakan anaknya tak bersalah.

" Apa aunty merepek ni?. Dengan anak aunty, sikit pun Haura tak hamak lah. Berjuta lagi lelaki yang jauh lebih baik daripada dia ni." Tiba tiba saja aku dipersalahkan. 

"Haura!. Jaga bahasa tu sikit. Papa tak sangka Haura jadi kurang ajar sampai macam ni." 

Papa mempertahankan keluarga adiknya berbanding anak dia sendiri. Aku mengepal buku lima. Wajah tak bersalah Daniel aku pandang tak puas.

" Woi jantan, kau bagitahu dekat keluarga kau, apa yang kau dah buat dekat aku sebelum aku yang buka mulut !." 

Aku menghampiri Daniel sebelum kolar bajunya aku tarik. Pantang betul kalau orang buat main dengan nama aku ni.

Aunty segera menolak bahu aku, menjauhi anak sulungnya. Daniel memandang aku tanpa apa apa riak. Aku tahu, dia mesti cakap benda yang tak betul. Sebab tu papa marah aku teruk macam ni. 

" Mommy, janganlah buat macam ni dekat Haura. Kita boleh dengar penjelasan daripada dia dulu kan?." Isabella bangun mempertahankan aku. Entah baik atau tak niat dia, aku tak tahu.

" Eh Bella, abang kau ni masuk penjara disebabkan perempuan ni tau. Kau jangan nak back up dia ni. Silap hari bulan, dia yang aku humban dalam jail !." 

Aunty Sofia memandang aku dengan matanya yang sudah terbeliak marah.

" Anak aunty ni yang buat kerja jahat dulu. Dia cuba nak rogol Haura !!." 

Suara aku meninggi saat dia masih nak mempertahankan anak sialnya ini. Mungkin aku yang salah sebab masih memikirkan hubungan antara keluarga berbanding maruah aku sendiri.

" Kau jangan macam macam Haura. Kau ada bukti ke ?. Jangan nak tuduh aku macam macam."

 Daniel memandang aku sinis. Aku memandang dia tak puas. Memang, memang aku tak ada bukti sebab sial ni dah matikan CCTV dalam rumah aku sebelum dia buat kerja busuk dia!!.

" Asal kau diam?. Cakaplah. Uncle, Daniel minta maaf sebab terpaksa buka cerita sebenar tapi apa yang Daniel bagitahu, memang betul. Haura cuba goda Haura tapi Daniel tolak. Disebabkan Daniel tolak Haura, dia bagitahu semua orang yang Daniel hack data syarikat dia dan hantar orang untuk belasah Daniel." 

Daniel memandang papa simpati.

Seakan jantung aku direntap keluar daripada badan. Tangan aku bergetar, mendengar penjelasan daripada Daniel. Aku ke belakang satu langkah, tak kuat. Mata aku terbeliak, tak tahu nak cakap apa lagi. 

" Haura, betul ke apa yang Daniel cakap?. Haura jawab sekarang!." 

Papa menarik lengan aku kasar, memaksa aku menghadapnya. Aku masih terkaku mendengar apa yang baru Daniel cakap. 

Kenapa aku dilayan begini?. Lidah aku kelu untuk mempertahankan diri. Melihat aku yang mendiamkan diri, papa melepaskan lengan aku perlahan lahan. Wajah aku dia pandang kecewa. Aku tertunduk. 

Penat aku berusaha nak jaga hubungan baik antara keluarga aku dan keluarga dia, tapi ini balasan yang aku dapat. Apa salah aku?. Sejujurnya, aku dah tak kuat nak hadap semua ni lagi. Satu persatu dugaan yang menimpa.

" Haura minta maaf sebab gagal jadi anak yang baik untuk papa."

 Aku berlalu, meninggalkan rumah. Masuk saja ke dalam perut kereta, jatuh beberapa titik air mata di pipi aku. Bibir aku kemam, menahan tangisan tapi aku dah tak mampu. Aku dah tak kuat.

Dahi aku letak di atas stereng kereta sambil memejamkan mata. Mungkin, ini karma untuk aku atas dosa yang aku dapat. Aku menghidupkan enjin kereta dan berlalu daripada kawasan rumah. 

Selama ini, aku berusaha untuk hormat dia sebagai seorang ayah. Tapi lepas apa terjadi, aku dah tak percaya lagi dengan semua orang. 

Amanda dan yang lain dah hilang entah kemana. Aku telefon berpuluh kali tapi diorang tetap tak jawab. Papa marah aku, Malique entah hidup lagi atau tak di Spain sana. Tuhan hantar berjuta dugaan untuk aku.

Aku memberhentikan kereta di tepi tebing jalan. Jalan yang sudah ditutup sebab banyak kemalangan yang terjadi dekat sini memandangkan tebing yang curam. Aku berjalan perlahan sehingga berdiri di sebelah pokok Palma.

Pandangan di bawa ke arah bawah sana. Sinaran matahari petang memancar tepat di wajah aku. Kepala aku tertunduk apabila mengingati segala yang sudah terjadi. Aku fikirkan, masih ada lagi kasih sayang untuk aku, tapi semuanya palsu.

" ARGHH!!!." 

Aku menjerit semahunya sehingga aku jatuh terduduk menghempap betis. Teresak esak aku menangis, melepaskan segalanya. Sekuat mana pun aku, tipu lah kalau aku tak pernah rasa give up. 

Rambut yang menutupi wajah aku selak ke belakang. Ya Tuhan, dengarlah segala rintihan aku. Berikan aku kekuatan. Beritahu aku yang Kau beri semua ni sebab Kau masih sayangkan aku.  Dah tak ada sesiapa sayangkan aku....

Aku memejamkan mata sebelum merebahkan diri di atas tanah. Matahari semakin tenggelam, menggelapkan langit. Terhenjut henjut bahu aku, meratapi nasib yang semakin hari semakin malang. 

" Kenapa aku yang kena hadap semua ni?." 

Aku menekap kedua belah mata dengan telapak tangan. Mana perginya mereka yang lain?. Saat aku perlukan mereka, diorang hilang entah ke mana.

 Bagaimana untuk aku percayakan mereka kalau dah jadi macam ni?. Daniel, memang sampai mampus pun aku tak akan lupakan apa yang kau dah buat. 

Kau rosakkan kepercayaan papa dekat aku dan sekarang, aku dah tak ada sesiapa. Tunggulah, karma datang dekat kau pulak. Aku serahkan semuanya pada Tuhan. Kau tak akan boleh lari daripada dosa yang kau dah buat. 

Sekarang, aku penat. Aku nak berehat daripada semua ni. Jangan kacau aku, aku nak tidur. Buat selamanya kalau boleh.

DEVILWhere stories live. Discover now