Einhart bangkit daripada tidurnya.
Dia membetulkan kedudukan rambutnya yang menutup wajahnya.
Dia terlelap ketika membaca sebuah buku.
Buku yang ditulis oleh First Ruler of Asteon Kingdom.
Terlelap semasa membaca buku tersbeut menyebabkan dirinya mengalami mimpi yang menunjukkan masa silam First Ruler.
"........."
Einhart, masih dalam keadaan separa sedar, mencari jam untuk melihat masa.
Dia ada banyak perkara yang perlu dilakukan pada hari ini.
Hari terakhir pertandingan MAM.
Menurut lelaki yang dia berjumpa di taman pada hari tersebut, mengakui dirinya mengetahui tentang segala persoalan yang ingin diketahui oleh Einhart.
Pada hari terakhir pertandingan MAM akan berlangsung, semua catur yang diperlukan akan berkumpul.
Dan pada hari tersebut juga, kembar perempuan, Zika dan Maria akan menyerangnya. Atau lebih tepat, cuba untuk membunuhnya.
Kebetulan juga, Mimi akan pulang ke Asteon Kingdom setelah lama bercuti pada hari ini.
Dan semua perkara tersebut menyebabkan Einhart yakin dengan identiti lelaki tersebut.
"Sekarang, wajah apa yang saya perlu buat ketika hadirkan diri dalam pertandingan MAM?Patut ke saya buat muka pucat, penuh dengan ketakutan? Atau muka yang tidak tunjukkan perasaan tersebut, seolah - olah tidak terkesan langsung dengan berita tersebut?"
Einhart berkata demikian, memandang wajahnya yang dipantulkan oleh cermin. Dirinya tersenyum.
Senyuman yang penuh dengan kelicikan.
Senyuman seseorang yang telah merancang segalanya, dan yakin rancangan mereka akan berjaya tanpa sebarang kegagalan.
--------------
"Mustahil! Puteri Einhart bermalam dengan seorang lelaki yang berpangkat general, iaitu Tuan Robert!!"
"Khabar angin yang Puteri Einhart bercinta dengan seseorang rupanya betul?!"
"Betul! Berita juga tulis, orang yang memaklumkan semua maklumat tentang perkara tersebut kepada mereka adalah pekerja di istana, dan orang yang paling dekat dengan Puteri Einhart!"
"Alamak, nampaknya orang tersebut akan hilang kepala dia"
"Demon Princess pasti marah apabila baca berita yang macam ni..."
Mereka semua membayangkan Mimi yang berwajah dingin,matanya bercahaya merah dengan menarik keluar pedangnya dari sarung.
Semua rakyat Asteon Kingdom membaca berita tersebut, dan berbual mengenai perkara tersebut.
Berita yang bertajuk, PUTERI EINHART VON ASTEON MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK.
Ringkasan berita tersebut adalah, Puteri Einhart disyaki tidur bersama dengan Tuan Robert, sehari sebelum lelaki tersebut berangkat ke sebuah daerah untuk melatih askar di sana sehingga sekarang.
Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan sekeping gambar yang diberikan oleh pemberi maklumat yang dikenali sebagai CN.
Gambar yang menunjukkan dari luar istana, seorang lelaki melompat keluar daripada balkoni bilik Puteri Einhart. Jika dilihat dengan jelas, lelaki tersebut adalah Tuan Robert.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...