[4]-Role

319 25 43
                                    

"Tugas untuk jadi pemerintah Asteon Kingdom bukanlah mudah..."

"Kamu pasti akan jumpa lelaki yang kamu cinta suata hari nanti,dan ketika itulah kamu akan ragu-ragu"

"Pemerintah tidak dibenarkan untuk bercinta....itu peraturan yang paling penting kamu kena ingat"

"Einhart...saya harap,kamu dapat selesaikan misteri yang ditinggalkan oleh First Empress of Asteon Kingdom..."

---------

SHRAK!

Langsir besar yang ditarik ke tepi,menyebabkan sinaran cahaya matahari memasuki kamar Einhart.

"Selamat pagi,tuan puteri",kata setiausahanya,Nad.

Einhart mengelipkan matanya beberapa kali sebelum penglihatannya jelas semula.Dia membangunkan diri daripada berbaring,berada dalam posisi duduk di atas katilnya.

"Pagi....Nad..",balas Einhart.

Beberapa maid  masuk ke dalam bilik Einhart untuk membantu puteri itu bersiap.Memakaikan gaun pada badannya,menyikat dan juga menghias rambutnya.

Setelah Einhart bersiap sepenuhnya,kesemua maid undur diri daripada bilik tersebut,meninggalkan Nad dan Einhart sahaja dalamnya.

Einhart melangkah keluar daripada biliknya,dengan Nad berjalan di sisinya dengan jarak satu langkah.

"Masa bekerja tuan puteri pada 8 pagi.Tuan puteri ada banyak dokumen untuk diperiksa dan ditandatangani.Pada pukul 12 tengahari,tuan puteri ada mesyuarat dengan Protectors of Asteon.

Dan kemudian,sambung kerja tuan puteri.Pada pukul 3 petang,masa minum teh ditaman bunga istana.Kemudian,tuan puteri bebas untuk lakukan apa-apa sahaja",kata Nad,membaca jadual Einhart untuk hari ini melalui skrin hologram yang muncul dari jam tangannya.

"Baik.Terima kasih,Nad.Apa yang Protectors of Asteon mahu bincangkan dengan beta?",soal Einhart.

KREK

Pintu yang besar itu dibuka oleh dua butler lelaki yang berdiri di hadapan pintu ruang makan.Einhart dan Nad melangkah masuk ke dalam.

Seorang lagi butler yang berada dalam ruang makan,menarik kerusi ke belakang sedikit daripada meja makan untuk Einhart duduk.

Puteri itu duduk atas kerusi tersebut dengan sopan santun.Di hadapannya,terhidang sarapan untuknya.Dia memegang sudu dan garfu,lalu mula memakan sarapannya.

"Mereka mahu bincang tentang satu kes yang telah lama kita terima",kata Nad.

"Mereka sahajakah yang beta akan jumpa hari ni?",soal Einhart.

"Sebenarnya,tuan puteri ada seorang tetamu,lelaki.Seorang bangsawan.Tetapi permintaannya untuk jumpa tuan puteri,secara peribadi ditolak oleh patik",kata Nad.

Einhart mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan.Dia sudah selesai bersarapan.

"Kenapa?Mungkin dia ada sesuatu untuk dibincangkan dengan beta..",kata Einhart,membangunkan diri.

"Sesuatu yang dibincangkan....ianya berkaitan dengan keadaan tuan puteri",kata Nad.

Einhart,mendengarnya hanya mampu mengeluh.Dia berjalan keluar daripada ruang makan bersama Nad.

"Seorang bangsawan...berikan beta maklumat mengenai dia.Dan keputusan akan dibuat", kata Einhart.

"Menurut perintah,tuan puteri",kata Nad.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now