"Kakak!Hentikannya!"
Seorang gadis berambut putih menangis,merayu pada kakaknya untuk hentikan apa yang sedang dilakukannya.
Melakukan sesuatu dengan memberikan pengorbanan yang besar demi kepentingan semua.
Si kakak tidak memandang wajah adiknya.Dia hanya membatukan diri,seolah-olah hanya dia berada di situ.
Tanpa mempedulikan adiknya yang menangis itu,si kakak melangkah ke depan.Melangkah ke dalam cahaya yang dikeluarkan oleh simbol magik.
"KAKAK!"
----------
"Hei!Tu abang punya!"
Tersedar dirinya daripada tidur yang lena apabila mendengar suara anak lelaki sulungnya.Kepalanya didongakkan,memandang ke hadapan,ke arah dua cahaya matanya.
"Awak dah sedar ke?",soal seorang lelaki yang memegang status sebagai suaminya.
"Erm....maafkan saya sebab terlelap...",matanya yang masih berat digosok-gosokkan.
Anak kembarnya sedang bergaduh,merebut makanan.Senyuman bahagia terukir di wajahnya.
"Emyriel,kenapa ambil makanan abang?Makanan kamu kan ada?",soalnya dengan lembut.
Emyriel memuncungkan mulutnya.
"Abang Evan ambil makanan saya dulu!Jadi saya ambillah makanan dia pula!",kata Emyriel dengan nada manja.
"Ada-ada jer kamu berdua ni.Habiskan makanan tu cepat.Masa makan hanya 20 minit sahaja yang perlu diambil",kata si ayah.
"Tapi cikgu Mimi ambil masa lebih daripada tu",kata Evan dan Emyriel serentak.
"Cikgu kamu tu lain sikit cerita dia",balas si ayah dengan spontan.
Ketawa kecil keluar dari mulutnya.Sungguh bahagia dia hari ni kerana dapat meluangkan masa bersama suami dan anak-anaknya.
Dia sangat berterima kasih kepada Puteri Einhart kerana memberikan cuti kepada semua orang dalam organisasi.
Sebelum ini,anak-anaknya akan pergi ke festival musim panas dengan orang lain kerana mereka suami isteri terlalu sibuk dengan misi.
Itupun bukan Mimi yang pergi dengan Evan dan Emyriel ke festival ini.Sama ada Ayumu dan Shafiq atau Yuuki yang bawa mereka berdua ke festival.
"Ibu okey ke?Ibu banyak mengelamun.Tadi pun ibu tidur walaupun baru sekejap kita duduk kat sini",soal Evan,risau akan ibunya.
"Betul tu.Ibu sakit ke?",soal Emyriel.
"Kalau tak sihat,awak boleh rehat kat sini.Biar saya bawa anak-anak kita main,Crystal",kata Halilintar.
Crystal menggeleng.
"Ibu sihat jer.Maaflah sebab ibu banyak mengelamun ya",senyuman manis terukir di wajahnya.
Dan anak-anaknya tersenyum mendengar jawapan ibunya.Halilintar juga tersenyum.Namun dia pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya.
"Ayah,ayah!Kami nak aiskrim lagi,boleh tak?",soal Evan dan Emyriel,menarik lengan baju ayah mereka,dengan mata yang membulat.
"Pergi jerlah.Percuma jer pun",kata Halilintar dengan laju.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...