"Jadi, macam mana mereka boleh ada kat Asteon Kingdom? Berdasarkan apa yang Mimi katakan tadi, mustahil untuk Ashton bawa mereka ke Asteon Kingdom, bukan?"
Warashi mengemukan persoalan.
Semua orang mula memikirkan jawapan,termasuk Mimi.
"Itu.... saya tak pasti. Rose juga tak dapat kenal pasti perkara tersebut apabila melihat memori Maria. Menurut Rose, ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk melihat memori berkaitan perkara tersebut"
THUNK
Bunyi tapak kaki seseorang memasuki ruangan tersebut menangkap perhatian mereka semua.
Semua memandang ke arah pintu, dan terlihat seorang lelaki, dengan memegang buku.
Mimi dan Einhart terus membuat muka, yang jelas menunjukkan perasaan jijik.
Namun, lelaki itu menunjukkan senyuman, dengan menunduk hormat kepada mereka semua.
"Greetings, to my lovely princess Einhart, and miss Mimi. It is been a long time since we last met, right?"
Arago dan keluarganya, yang berada di pintu memandang lelaki tersebut dengan pandangan datar.
"You're that stalker I met before.....!"
Mimi berundur setapak ke belakang apabila lelaki itu melangkah mendekati mereka semua.
Senyuman lelaki tersebut menjadi keras apabila mendengar perkataan stalker kerana dia tidak menyukai panggilan tersebut, dan dia sememangnya bukan seorang stalker.
TAP
Lelaki itu berhenti melangkah apabila dia berdiri tiga langkah di hadapan Einhart.
Tanpa dipinta, dia membongkokan badannya. Tangan kanan Einhart juga dipegang olehnya, membawa dekat pada bibirnya.
"You will ruin your beautiful face, my princess, if you keep making that face"
Seluruh bulu pada badan Einhart berdiri tegak.
Dia dah biasa menerima kelakukan tersebut daripada lelaki yang mahu mendekati dirinya.
Namun, lelaki yang berdiri dihadapannya membuatkan dirinya berasa sangat geli dengan kelakukan tersebut, tanpa sebab yang diketahui oleh Einhart.
Einhart terus menarik tangannya dengan kasar.
Kelakuan Einhart tidak mematikan senyuman lelaki tersebut,membuatkan Einhart berasa lebih jengkel dengannya.
"Now, now. Princess, you didn't forget what I said before, right? I come here, to keep my promise to you. To tell you the truth, everything you want to know...."
BOK!
Kepala lelaki tersebut diketuk oleh Mimi. Dia terus berdiri di antara Einhart dan lelaki tersebut, memandang tajam ke arah lelaki itu.
"Kalau macam tu, sila jauhkan diri daripada Einhart. Kalau boleh, berdiri di depan pintu itu. Kau buat kami rasa tak tenang"
Lelaki itu beberapa kali mengelipkan matanya,sebelum dia ketawa dengan senyuman yang lebar.
"Ahaha! Sorry for that, Demon Princess. Mesti cik Mimi dan puteri Einhart berasa jijik dengan cara saya mendekati kamu berdua.
Kerana kamu berdua sudah ada orang yang dicintai. Jadi, tindakan yang saya lakukan tadi mesti bawa perasaan yang tidak tenang. Sebab para gadis sangat suka dengan cara saya melayan mereka"
"So, you're not just a stalker, but a playboy too...."
Mimi berkata dengan nada yang datar.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasíaSejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...