"Sara.... adalah anak Millialkyrie.....?"
Mereka semua terkejut,terutama sekali Sara. Gadis itu memegang kepalanya, berasa sangat pening. Dia merasakan segala yang didengarinya mungkin satu pembohongan.
Namun, dia juga merasakan perkara tersebut benar.Kerana, melihat Millialkyrie, menimbulkan keinginan untuk memeluk wanita tersebut.
Memang benar. Dia anak dari hasil hubungan saya dengan lelaki yang kamu kurung dalam Battle Dimension sekarang.
Tapi, ada kemungkinan besar yang Sara tidak ingat dirinya pernah membesar di istana ini. Kerana dia telah hidup dengan lama, hampir seabad. Mustahil untuk dia dapat kekalkan segala memorinya, hidup dengan tempoh yang sangat lama.
Jika dia ingat, mungkin ianya ingatan yang kabur. Tapi, saya pasti yang dia masih ingat sesuatu yang Arisakyriel pesan kepadanya.
"......."
Sara diam, tidak berkata apa-apa. Matanya yang sentiasa terpejam, dipejamkan dengan lebih rapat lagi, cuba untuk memaksa dirinya mengingati memorinya yang kabur.
Memaksa dirinya untuk ingat semula memori tersebut menyebabkan kepala Sara berasa sakit. Walaupun begitu, dia tetap memaksa dirinya untuk ingat semula memorinya.
'Sara... my lovely niece....'
Wajar kabur seorang gadis berambut perak, tersenyum ke arah Sara, perlahan-lahan semakin jelas.
Gadis itu tidak lain adalah Arisakyriel.
Semua ingatan Sara ketika dia dibesarkan di istana Asteon, semua saat dia luangkan bersama Arisakyriel, perlahan-lahan kembali menjadi ingatan yang jelas buat dirinya.
Sara tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum gembira. Air mata kegembiraan juga mengalir dari matanya.
"Aunt Arisakyriel..... I love you so much....."
Sara mengucapkannya dengan meletakkan tangannya pada dadanya.
Tenshi, mendengar luahan Sara, air mata mengalir dari matanya.
Tenshi tidak mengalirkan air mata kerana kehendaknya sendiri. Air mata itu mengalir kerana emosi Arisakyriel yang kekal berada dalam memorinya yang diberikan kepada Tenshi.
Kerana itu, Tenshi juga terkesan.
"..... jadi,peraturan itu dicipta, kerana Arisakyriel tidak mahu Sara untuk mewarisi takhta Asteon Kingdom ke?"
Biarpun merasa kekok untuk dirinya menyoal soalan dalam suasana tersebut, Einhart tetap menanya soalan.
Libra mengangguk kepalanya.
"Kerana Arisakyriel tidak mahu kahwin, sudah pasti orang lain akan memaksa Sara untuk menjadi Ruler of Asteon yang seterusnya, memandangkan dia ahli keluarga Arisakyriel.
Walaupun kewujudan Sara dirahsiakan daripada sesiapa, Arisakyriel tidak dapat menjamin perkara tersebut dapat berterusan. Terutama sekali, dia akan mati sebaik sahaja usianya mencecah 100 tahun"
Arago memegang dagunya, memikirkan sesuatu.
Dia pasti yang Demigod boleh hidup beberapa ribu tahun atau lebih lagi, selagi mereka tidak dibunuh. Itu yang dia tahu daripada satu lagi Demigod selain Tenshi, iaitu Astral,Demigod yang merupakan bekas kawan baik Elliot.
Jadi,kenapa pula Arisakyriel, yang merupakan Demigod, digelar sebagai Goddess of War, Ruler of Asteon Kingdom yang dikatakan paling kuat, mati apabila usianya mencecah 100 tahun, iaitu tempoh hayat manusia?
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...