Dua minggu telah berlalu sejak festival musim panas.Keadaan di Asteon Kingdom kembali seperti dulu.Namun,tidak semua kembali seperti dulu.
ZAP!
"ARGH!!!"
"Tak guna...serang gadis itu secara serentak!"
Contohnya,Mimi.
SPLASH!
Darah merencik ke mana-mana sahaja apabila tubuh badan mereka dipotong dengan pedang putih milik Mimi.Gadis itu dibasahi dengan darah Ogre yang dibunuhnya.
Dia menjalankan misi untuk hapuskan Ogre yang buat masalah disebuah perkampungan.Jalankannya tanpa Arago,Luxalia,Hana dan Arie.Hanya dirinya seorang diri.
"Misi selesai..."
Mimi memijak kepala ketua Ogre yang terpisah dari badannya dengan hancur berkecai.
Tanpa berlengah,dia terus tinggalkan kawasan tersebut.
------
Einhart melepaskan keluhan yang berat.Dia memicit pelipisnya.Dia sangat tertekan sekarang ni.Robert yang memasuki pejabatnya dengan kertas laporan,terbit rasa risau dalam dirinya melihat puterinya begitu.
"Tuan puteri sedang fikir tentang apa..?",soal Robert.
"Hmph...tentang Mimi...",balas Einhart.
"Mimi?"
Einhart mengangguk kepalanya.
"Beta bagi semua orang cuti pada hari festival musim panas,termasuk Mimi.Ingatkan selepas dia pergi festival itu,keadaannya bertambah baik.Tapi makin teruk..."
Einhart menyembamkan wajahnya pada kertas-kertas yang bertimbun atas mejanya.
"Maksud tuan puteri,tentang Mimi jalankan misi setiap hari,dengan banyak misi yang dilakukan dalam sehari..?",soal Robert.
"Ya...",jawab Einhart dengan tidak bersemangat.
"Dahlah dia tu keluar hospital seminggu yang lalu,pastu terus jalankan misi tanpa terfikir nak rehat atau apa...",luah Einhart.
Robert juga risaukan keadaan Mimi.Dia memang akui kehebatan Mimi dalam berlawan,tetapi gadis itu ada limitnya juga.
Silap haribulan,kesihatannya akan terjejas kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi.
"Apa laporan yang awak bawa...",soal Einhart dengan wajahnya masih disembamkan pada timbunan kertas.
"Ianya tentang..."
Apa yang diucapkan Robert,tidak memasuki minda Einhart.Dia sedang fikirkan tentang Mimi.Keadaan Mimi jauh lebih teruk dari dulu,sehinggakan gadis itu tidak menjamah makanannya seperti selalu.
'Mimi...apa yang berlaku pada kau semasa festival 2 minggu lepas...?'
-------
Manakala di pangkalan organisasi,bilik latihan
DUSH!
SWOSH!
Kaizo memerhati dua anaknya berlawan antara satu sama lain di bilik latihan.
'Serangan Fang dalam kepantasan yang biasa sahaja,tapi kekuatan serangannya tinggi.Manakala,untuk Misa...'
"Hargh!"
Fang menghayun kaki kanannya,cuba menendang sisi kaki kiri Misa.Namun,Misa mengelak dengan melompat ke belakang.Tidak habis dengan itu,Fang cuba menyerang Misa lagi.
"Peluang..."
DUSH!
DUSH!
DUSH!
Tiga tumbukan pada pinggang,dada dan muka Fang oleh Misa.Tidak cukup dengan itu,dia melayangkan satu penumbuk pada bawah dagu Fang,menyebabkan tubuhnya ternaik ke atas,kemudian tumbang.
"Hah....",Misa menghela nafas lega.
'Serangannya lemah,tetapi serangannya laju dan kena tepat pada bahagian yang penting,membuatkan serangannya berkesan pada lawan'
"Baiklah,sampai sini sahaja latihan kamu berdua!",kata Kaizo,menepuk tangannya.
"Okey.Yang ni nak biarkan sahaja ke?",soal Misa,menuding jari ke arah Fang yang elok terbaring atas lantai.
"Biarkan sahaja dia.Nanti dia sedar",balas Kaizo dengan wajah selamba.
"Baik!",Misa menunduk kepalanya,sebelum berlari menuju ke arah pintu keluar.
Namun,baru sahaja dia ingin membuka pintu,panggilan Kaizo menghentikannya.
"Misa,sekejap!",Kaizo memanggil dengan nada separuh jerit.
"Ya,kenapa?",Misa memusing kepalanya,memandang ke arah ayahnya.
"Kakak kamu,macam mana keadaan dia sekarang?"
Soalan itu membuatkan Misa menunduk wajahnya,sedih.Kaizo berjalan ke arah Misa dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Ayah dengar,sebaik sahaja dia sedar dihospital,Mimi langsung tak bagi respon.Makanan yang diberikan pada dia,langsung tak disentuh,termasuk yang dibawa oleh pelawat.Juga,kamu tahu kakak kamu tu jalankan banyak misi dalam misi sehari?",Kaizo berdiri dihadapan Misa.Wajahnya serius.
".....",Misa hanya mengangguk kepalanya.Kaizo mengeluh.
"Keadaan dia sekarang makin teruk...kamu tahu tak punca dia jadi macam tu?",soal Kaizo,meraup rambutnya ke belakang.
"Itu...saya tanya Yuuki kelmarin,dan dia kata,kemungkinan kakak Mimi....mengalami kemurungan yang serius,semangatnya bagaikan hilang.
Mungkin itu sebabnya kakak Mimi tidak sedarkan diri tempoh hari...",ucap Misa dengan nada yang perlahan.
Kaizo menggeleng-geleng kepalanya.
"Baiklah,itu sahaja...kamu boleh pergi..."
Misa mengangguk dan terus keluar dari bilik tersebut.Sebaik sahaja dia menutup pintu,dia bersandar pada pintu tersebut.Tubuh badannya perlahan-lahan melorot kebawah.
'Kakak....'
Wajah Mimi yang tiada emosi dengan mata yang tiada sinar ketika dia melawat kakaknya itu berlayar dalam mindanya.
Kakaknya sedarkan diri selepas lima hari tidak sedarkan diri.Dua hari kemudian,dia dibenarkan pulang.
Sebaik sahaja dia dibenarkan pulang,Mimi terus jalankan misi.Walaupun sudah dilarang Tenshi juga Einhart,dia tetap berdegil.
Dan sejak itu,Mimi berubah sepenuhnya.
Namun,sesuatu menganggu fikiran Misa.Kenapa sepanjang Mimi berada di hospital,tiada langsung kelibat Arago,Luxalia,Hana dan Arie?
Bukan sahaja dihospital,malah tiada langsung bayang mereka di pangkalan organisasi.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasíaSejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...