Crystal memerhati sekeliling dengan berhati-hati.Suami dan anak-anaknya hanya memandang dia dengan rasa hairan.
"Kenapa ibu?Asyik tengok sekeliling jer dari tadi....",kata Evan,mendapat anggukan Emyriel.
Namun,Crystal masih tak menjawab.
"Awak ni kenapa?",soal Halilintar pula.
"Saya nak tengok,sama ada Sara dan Sha ada berdekatan kita tak...kalau ada,kita kena pergi tempat lain dengan segera...",kata Crystal.
"Kenapa?",soal Emyriel.
"Kamu berdua tak tahu perangai dua perempuan tu....mereka tu suka buat prank pada sesiapa sahaja...dan akan buat kat mana-mana sahaja....tak kira waktu apa!",kata Crystal,mengigit kukunya.
Dia bimbang kalau dua ekor tu ada berdekatan mereka.Pasti mereka akan buat prank pada dirinya,sekali dengan suaminya.Mungkin anak-anaknya juga akan terlibat.
"Apa-apa sahajalah.Evan dan Emyriel ni dah lapar,abang nak pergi beli makanan dengan mereka.Awak perhati sahajalah sekeliling tu.Jom",Halilintar memegang tangan Evan dan Emyriel,lalu meninggalkan isterinya.
Crystal mengekori mereka,namun matanya masih memerhati sekelilingnya.
Tanpa dia sedari,Sara dan Sha,sekali Nad memang berada berdekatan dengan dirinya.
"Okey,kita dah jumpa Crystal.Sha,tempat alat pengesan pada dirinya!",kata Nad.
Sha tersenyum gembira.Pistolnya dikeluarkan dari belakang badannya.
Kelibat Crystal hilang dalam kelompok manusia yang banyak,namun ia bukan satu masalah untuk Sha.
Dengan matanya yang tajam dan boleh melihat dengan sangat jauh,dia dapat melihat kelibat Crystal dan melepaskan tembakan.
SWOSH!
Tembakan Sha melepasi orang ramai,menuju ke arah Crystal dan mengenai bajunya.
Alat pengesannya berjaya diletakkan pada Crystal tanpa dikesannya.
"Okey,lepas ni,kita nak cari siapa pula?",soal Sara.
"Sasaran kita seterusnya,adalah Ayumu dan Shafiq!",kata Sha dengan mata yang bersinar.
"Okey",kata Nad dan Sara,serentak.
"Berapa banyak lagi alat pengesan yang ada?",soal Sara.
"Hmph...."
Sha menyeluk poket seluarnya yang menjadi tempat penyimpanan alat pengesan yang dibawanya.
"Lebih kurang..."
Tidak disedari Sara,seorang lelaki terlanggar bahunya dari belakang.
"Maaf...",ucap lelaki tersebut,lalu berjalan dengan laju.
Sara hanya mengusap bahunya yang dilanggar.Namun,dia berasa pelik dengan lelaki tersebut.
Kerana lelaki itu bukan sahaja memakai cape yang ber hoodie,menutup kepalanya.Muka lelaki itu juga ditutup dengan skarf putih yang lusuh.
'Peliknya lelaki tu...tapi kenapa aku rasa sesuatu..bila terpandang muka lelaki tu...?Badan aku,macam nak peluk sahaja dia...melepaskan rindu...'
Fikir Sara,tangan kanannya diletakkan pada dadanya.
"Ada 10 alat pengesan yang tinggal lagi",kata Sha.
"Okey!Kita kena cari sasaran sebelum pertunjukkan bunga api nak bermula",kata Nad.
---------
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...