Legend of Guardians adalah kisah lagenda yang paling popular di Asteon Kingdom.Namun,boleh dikatakan ianya kisah lagenda untuk penduduk diwilayah Magic World.
Kisah lagenda yang pertama mengisahkan tentang Raja dan Ratu Dunia Magik yang mengumpul beberapa pengguna magik yang ditakdirkan untuk menjadi Guardians,melindungi Dunia Magik dari ancaman.Raja dan Ratu memanggil mereka semua sebagai Gold Phoenix,dan ketua mereka adalah Raja sendiri.
Kisah lagenda yang kedua,mengisahkan generasi kedua Phoenix.Gold Phoenix memerlukan satu lagi kumpulan Guardian setelah mereka kehilangan banyak rakan dalam peperangan yang ke-78 mempertahankan Dunia Magik.Generasi kedua ini dipanggil Silver Phoenix dan diketuai oleh seorang remaja perempuan.
Kisah lagenda yang terakhir,mengisahkan generasi kedua dan terakhir Guardians,yang memiliki kuasa sampingan.Mereka dipanggil Dragons.Bersama-sama dengan Gold Phoenix dan Silver Phoenix,mereka menentang musuh yang cuba menghalang mereka bebaskan Ratu Dunia Magik yang dikurung dalam dimensi berbeza.Malah,menentang musuh yang ingin menguasai Dunia Magik dengan membunuh Raja dan Ratu Dunia Magik.
Ketua kepada Third Legend of Guardians:Dragons,adalah anak perempuan kepada penguasa semua elemen yang terhebat dan pengguna magik yang mampu menggunakan pelbagai jenis magik dan kuasa yang berbeza.Ibunya penguasa elemen,dan ayahnya mampu gunakan pelbagai jenis magik dan kuasa.
Kisahnya yang paling terkenal kerana dia terpaksa bermusuh dengan ayahnya yang mahu gunakan kuasa sampingnya yang mampu melihat masa depan untuk kuasai Dunia Magik.Apatahlah lagi ibunya mati dibunuh ayahnya sebaik sahaja Ratu Dunia Magik dibebaskan.
Daripada gadis yang naif,berubah menjadi gadis yang bersikap matang,mempunyai ciri-ciri seorang ketua.Kerana itulah,Raja dan Ratu Dunia Magik melantiknya sebagai ketua Dragons setelah tamatnya peperangan terakhir,sebelum Dunia Magik bergabung dengan Earth,menjadi satu.
------
Melihat tubuh ibunya yang kaku,terlantar dengan berlumuran darah.Minda gadis itu menjadi kosong.Ayahnya yang berdiri dihadapan susuk tubuh ibunya,memandang tajam ke arahnya.
"Sekarang,tiada siapa yang boleh halang ayah dapatkan kamu..."
Nada suara ayahnya dingin.Wanita yang baru dibunuhnya bagaikan bukan isterinya,tapi orang asing.
"Aaarghh!!!!!Geramnya aku dengan si ayah ni!!Kau baru sahaja bunuh isteri kau,tahu tak?!",jerit Mimi dengan geram.Kakinya juga menendang-nendang udara.
Mimi meneruskan bacaannya.
"Aku harap anak perempuan kau bunuh kau!",ucap Mimi.Dia membaca dengan khusyuk,sampai tak sedar Einhart sudah masuk dalam bilik bacaan,dengan teh dan snek untuk minum petang.
Einhart tersenyum melihat Mimi membaca sambil berbaring atas sofa.Nampak sangat dia buat Mimi tunggu lama.Memang lama pun,dalam lima jam.Sebab itulah,Mimi boleh habiskan dua buku cerita yang tebal itu.
"Mimi~",panggilan Einhart membuatkan Mimi terperanjat.Buku yang dipegangnya terlepas dari pegangan tangannya,jatuh ke atas muka Mimi.
"Ouch....!",Mimi terus mengalihkan buku itu daripada mukanya dengan tergesa-gesa.Dia cuba bangun dari pembaringannya dengan gunakan tangan kirinya,namun entah bagaimana,tangan itu boleh tergelincir dari sofa itu.Dan serta-merta Mimi tergolek jatuh dari sofa ke lantai.
KEDE-BUM!
"Adeh..."
Einhart ketawa kecil melihatnya.Dia meletakkan 2 cawan yang dibawanya atas meja.Snek juga diletakkan.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...