[48]Angelo and Librarian

45 10 0
                                    

'Kehangatan bibirnya....'

Bibir Mimi yang diwarnai dengan darah merah muncul di dalam fikirannya.

'Wajahnya yang kemerahan...'

Wajah Mimi yang berpeluh, dengan pipinya kemerahan dan rambut yang serabai, muncul di dalam fikirannya.

'Dan..... bada-!'

BOK

Fikiran Arago terus melayang apabila menerima tumbukan daripada Einhart. Puteri itu memandang datar ke arah Arago yang masih berkhayal dengan penampilan Mimi beberapa minit yang lalu.

Mimi sekarang berada di dalam biliknya yang berada dalam istana Asteon Kingdom untuk berehat, ditemani oleh Yuuki.

Einhart melarang keluarga Arago untuk menemani Mimi kerana dia tak mahu Mimi bertambah lebih stress apabila  melihat mereka sebaik sahaja sedar.

Manakala, Maria dan Zika di bawa ke bilik tetamu dan diperhatikan oleh Sakura dan Caster,memastikan mereka tidak mencuba untuk larikan diri.

Dan, lelaki dengqn buku di tangannya, kini diikat dengan tergantung terbalik oleh Einhart.

Alasan Einhart, dia tidak tahu bila tangan lelaki itu akan menyentuh bahagian badan perempuan, seperti yang terjadi pada Mimi.

"Jadi, apa yang awak lakukan pada Mimi?"

Einhart menyoal dengan berpeluk tubuh. Tangan kanannya memegang buku yang selalu dibawa oleh lelaki tersebut.

"Erm.... apa yang saya perlu lakukan, ya? Saya rasa tak nak beritahu tuan puteri, melainkan tuan puteri tur-WARGH!!!"

Badan lelaki itu berputar-putar di udara apabila Einhart memetik jarinya. Tanpa mempedulikan lelaki tersebut, dia mengangkat buku yang dipegangnya.

" Keep your promise, The One Who Knows Everything "

Apabila Einhart menyebut nama gelaran terrsebut, kepada buku yang dalam genggamannya, semua yang berada dalam ruangan itu terkejut, termasuk lelaki tersebut, yang masih berputar-putar di udara.

".... The One Who Knows Everything.....? Tuan puteri maksudkan, orang yang dalam khabar angin tu?"

Einhart mengangguk.

"Ya. Tapi, saya takkan panggil pemilik gelaran tersebut sebagai 'orang'. Kerana, dia bukan kehidupan yang sama dengan kita"

Tanpa sebarang amaran, Einhart melepaskan pegangannya pada buku tersebut, menyebabkan ia jatuh menjunam ke bawah.

Sebaik sahaja bucu buku tersebut menyentuh lantai, cahaya yang terang bersilau, menerangi keseluruhan ruang tersebut.

Semua orang menutup mata kerana silauan cahaya tersebut.

Tidak lama kemudian, cahaya tersebut hilang, begitu juga dengan,digantikan dengan sesuatu yang lain.

Satu susuk yang tinggi lampai, bahagian atasnya hampir mencecah siling istana yang tinggi hampir 5 meter.

Susuk itu memakai jubah hitam yang labuh, mencecah lantai. Wajahnya tidak dapat dilihat, kerana memakai topeng yang menutup seluruh kepalanya. Tidak, bukan topeng.

Ianya memang topeng, tetapi lebih menyerupai helmet kerana menutup keseluruhan kepalanya.

Di sebalik jubah hitam yang dipakainya, dia memakai pakaian yang dipakai oleh kerabat diraja dan nobles. Pakaian yang mewah, dan sangat sesuai dengan dirinya.

Seekor rama-rama biru yang cantik, mengeluarkan kerlipan cahaya biru setiap kali sayapnya bergerak, hinggap pada bahu kanannya.

".... what a rude way to lure me out, Princess Einhart"

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now