CHIP, CHIP
Bunyi burung berkicauan dapat didengari di luar tingkap bilik.
"Urm...."
Di katil, salah seorang daripada dua orang yang masih tidur, mengeliat. Walaupun begitu, matanya masih tertutup. Dia hanya mengesot dirinya lebih dalam ke pelukan lelaki yang tidur di sebelahnya.
Si lelaki pula mengeratkan pelukannya.
Setelah itu, tiada pergerakan lain yang dibuat mereka berdua. Kedua mereka sambung tidur.
ZHIP!!!
"Master, it's morning already. Please wake up"
Langsir yang menutupi tingkap bilik, menghalang cahaya matahari memasuki bilik mereka ditarik oleh seorang perempuan yang memakai pakaian maid.
"Urgh....."
Mereka berdua merungut.
"Saya pasti yang tuan akan pergi ke Longday Kingdom hari ini. Jika tuan tidak bangun sekarang,saya akan tangguhkan-"
Si lelaki terus bangun,walaupun wajahnya masih menunjukkan rasa mengantuk. Si perempuan pula masih tidur, menarik selimut untuk menutup wajahnya, menghalang cahaya matahari.
" Saya dah sediakan mandian untuk tuan,atau tuan mahu sarapan dahulu? "
Maid tersebut meletakkan besen yang diisi dengan air dan tuala kering,untuk tuannya membasuh wajahnya.
"Saya tak perlukan sarapan"
SPLASH
Maid itu mengangguk kepalanya, menandakan dia faham.
Lelaki itu mengeringkan wajahnya yang basah dengan tuala yang disediakan. Setelah itu, dia terus keluar daripada bilik, dengan maid berjalan di belakangnya, membawa besen dan tuala.
"Pada waktu bila tuan akan pulang? Saya perlu beritahunya kepada puan sebaik sahaja dia bangun"
"..... beritahu dia yang saya akan balik ketika makan malam"
"Baiklah"
Maid menemani tuannya sehingga ke luar bilik mandi. Dia terus pergi, menjalankan tugasnya yang lain.
▫️▪️▫️
Tuannya sudah bersiap dengan segalanya. Dia akan bergerak ke Longday Kingdom.
Maid tersebut berada di luar banglo bersama dengan tuannya, untuk mengucapkan selamat jalan kepada tuannya.
Apabila tuannya sudah hilang daripada pandangan matanya, dia memasuki banglo,untuk mengerakkan puannya.
▪️▫️▪️
Ketika maid memasuki bilik, puannya sudah pun bangun.
"Selamat pagi, Vivian.... saya pasti yang sarapan sudah disediakan?"
"Selamat panggil, puan Mimi. Saya akan hidangkan sarapan selepas membantu puan memakai pakaian"
Mimi menguap. Dia turun daripada katilnya.
▪️▫️▪️
Tiga tahun telah berlalu. Mimi telah memasuki usia dewasa, berusia 20 tahun.
Konflik dirinya dengan Arago telah selesai, setelah setahun Arago cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Mimi.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...