Bonus[2]Arago & Mimi

40 4 0
                                    

Hubungan Arago dan Mimi yang terputus ketika festival musim panas.

Apa agaknya yang berlaku antara mereka berdua, ketika Arago cuba untuk memperbaiki hubungannya semula dengan Mimi?

Kisah itu kini akan didedahkan.

▪️▫️▪️

Mimi memandang. Dia hanya memandang,tidak membuka mulut. Memandang Arago yang duduk di hadapannya dengan pandangan yang kosong.

Mereka berdua berada di balkoni bilik Mimi yang ada di istana.

Ianya masih pagi.

Jadi mereka berdua bersarapan bersama, dicadangkan oleh Einhart.

Mimi ingin membantah, namun melihat senyuman Einhart yang mempunyai aura menakutkan, dia terus bersetuju.

Sebelum Einhart meninggalkan mereka berdua, dia membisikkan sesuatu di telinga Arago, yang membuatkan wajah lelaki itu berubah menjadi pucat.

Mungkin Einhart memberitahu perkara yang akan terjadi pada Arago apabila dia merosakkan peluang ini.

Sarapan yang dihidang lebih daripada 15 minit yang lalu, langsung tidak disentuh oleh mereka.

Mimi hanya meminum air. Dia tidak menunjukkan rasa minat terhadap makanan di hadapannya.

"..... kenapa lady  Mimi tak sentuh langsung makanan? Saya pasti yang lady  Mimi lapar...."

Mimi tersenyum. Senyuman sinis.

"Kenapa?Sebab ada seseorang yang kata, berat badan saya menaik dan ianya sangat jelas untuk dilihat. Jadi, saya berharap untuk berdiet, dengan tidak makan sarapan.

Oh, siapa agaknya orang itu ya? Ah, orang itu adalah lelaki sama yang duduk di hadapan saya. Maafkan saya jika kau terasa"

Nada suaranya penuh dengan nada sindiran terhadap Arago.

Arago hanya mampu menyumpah mulutnya kerana mengatakan perkara tersebut terhadap Mimi.

"Hmph"

Arago memerhatikan Mimi hanya sedang minum airnya.

Dia memerhatikan gadis itu dengan teliti,dan kesihatannya jelas terjejas.

Walaupun seluruh badannya tidak mempunyai rasa sakit yang dialaminya beberapa hari yang lama, tetapi dirinya jatuh sakit, demam panas.

Yuuki juga tidak mampu pulihkan demam Mimi.

Menurut Yuuki, punca Mimi demam adalah kerana tenaga magik dalam badannya tidak stabil. Jadi, magik pemulihannya tidak dapat kembalikan tenaga magiknya menjadi stabil semula.

Einhart sangat risau dengan keadaan Mimi yang semakin teruk. Dia langsung tidak dapat menelan makanan, hanya mampu untuk minum air. Jadi, mereka hanya mampu hidangkan sup kepada Mimi.

Dan semalam, Arago ada melawat Mimi atas arahan Einhart, mengatakan kepada Arago yang dia tak patut larikan diri.

Melihat wajah pucat Mimi, Arago tidak dapat menahan dirinya daripada memegang pipinya. Dia mengusap perlahan pipi Mimi yang berada dalam keadaan separuh sedar.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now