BUMP
Mimi merebahkan badannya pada katil yang empuk itu.Dirinya yang dibasahi dengan darah dibersihkan dikawasan sungai yang berdekatan tempat dia baru selesai jalankan misi.Takkan nak masuk hostel dengan berlumuran darah?Nak buat kecoh ke?
Hostel?Bukan biliknya dipangkalan organisasi?
Ya,Mimi berada dihostel.Dia tidak tinggal lagi dipangkalan organisasi.Boleh katakan,dah seminggu dia tak balik.Dia nak jauhkan diri daripada semua orang yang dikenalinya.
Buat masa sekarang,dia perlukan ketenangan seorang diri.
'Misi esok...saya akan bertolak sebaik sahaja matahari terbit...'
Mimi memandang jari manisnya yang dulu tak pernah berpisah dengan cincin pertunangannya.Dulu,bukan sekarang.Entah ke mana cincin itu pergi,dia tak tahu.
Sebaik sahaja dia sedar dihospital,cincin itu sudah tiada lagi dijarinya.
'Biarlah cincin itu hilang...antara saya dan dia,dah tak ada apa-apa langsung....tiada hubungan istimewa.Hanya hubungan yang terikat melalui kontrak...'
Mimi memusing badannya yang berbaring atas katil itu,menghadap siling.
'Tapi,saya kena batalkan kontrak tersebut...saya betul-betul tak nak ada hubungan dengan mereka lagi'
Mimi memejam matanya,lalu diulit mimpi.Dia terus tidur,tanpa makan dan minum.
------
"Masa takkan pulihkan luka,sebaliknya ia mengajar kita untuk teruskan hidup dengan kesakitan tersebut"
"Urm?Kenapa akak kata macam itu?",soal anak kecil itu pada kakaknya.
"Luka akan jadi parut,tapi rasa sakitnya tetap ada.Ianya sama macam,seseorang buat perkara yang teruk pada adik..."
"Urm,kemudian?",soal si adik dengan polos.
"Mereka minta maaf pada adik,dan pasti adik maafkan mereka,bukan?"
"Mestilah!Mereka kan dah minta maaf.Akak kata kita mesti maafkan seseorang sama ada mereka minta maaf pada kita atau tidak"
Si kakak tersenyum mendengarnya.
"Tapi,adik boleh lupakan apa yang mereka lakukan?"
Pertanyaan itu membuatkan si adik terdiam.Melihat adiknya itu diam,si kakak menyoal semula.
"Adik boleh ke,lupakannya?"
"Err...tak...",balas si adik dengan suara yang perlahan.Rambutnya diraup lembut oleh si kakak.
"Dengan memaafkan seseorang,kesakitan yang diberikan oleh mereka akan hilang juga.Tapi,apabila kita teringat apa yang mereka buat,rasa sakit tu akan kembali semula..."
Tubuh kecil adiknya dipeluk erat.Adiknya dengan manja rebahkan kepalanya pada dada kakaknya.Nasib baik adiknya perempuan.
"Jadi,akak nak adik jangan buat sesuatu yang boleh sakitkan hati orang lain...akak tak nak adik kesayangan ni terluka..."
'Namun,semua yang hidup tetap akan terluka...tak kira siapa mereka...hanya menunggu masa untuk saat-saat sedih itu tiba..'
"Okey akak!Adik akan jadi budak yang baik!",si adik memeluk kakaknya dengan erat.
Si kakak hanya tersenyum mendengarnya.
'Kakak berharap sangat...yang kamu tetap akan jadi insan yang baik,walaupun kamu akan lalui banyak saat-saat yang akan buat kamu berubah,dan memilih jalan kehidupan yang salah'
"Dah,dah...tidur.Esok kita kena bertolak dari tempat ini",si kakak meleraikan pelukannya.
Selimut ditarik untuk menyebulungi tubuhnya dan adiknya sekali.
"Okey,tapi akak nyanyikanlah satu lagu seperti biasa.....",minta si adik dengan manja.
"Alolo~comelnya adik akak ni...lagu kanak-kanak ke?",hidung ketot adiknya dicuit.
"Apa-apa lagu pun boleh,asalkan bukan lagu kanak-kanak",kata si adik dengan mulutnya muncung.
Hanya senyuman terukir diwajah si kakak.Inilah saat-saat yang bahagia untuknya.Tanpa berlengah,si kakak terus nyanyikan sebuah lagu.
❄She looks like a blue parrot
Would you come fly to me?
I want some good day,good day,good day
Look like a winter bear
You sleep so happily
I wish you good night,good night,good night
Good night,good night❄Mata si adik mula tertutup rapat,dia mula mengantuk.Namun,si kakak tetap terus menyanyi.Wajah adiknya yang comel dan pipinya tembam itu disentuh lembut.
❄Imagine your face
Say hello to me
Then all the bad days
They're nothing to me
With you❄Air mata si kakak bergenang.Dia mendekatkan dirinya dengan tubuh adiknya,lalu memeluk dengan berhati-hati supaya adiknya tidak terjaga.
❄Winter bear
Ooh,ooh,ooh
Sleep like a winter bear
Ooh,ooh,ooh
Sleep like a winter bear....❄Si kakak mula memejam matanya,untuk masuk ke alam mimpi.
------
BEEP,BEEP,BEEP
Bunyi yang berdering dengan banyak membuatkan Mimi tersedar dari alam mimpi.Gadis itu menukar posisinya kepada duduk atas katilnya.Rambutnya yang serabai kerana tidur diusap.
"............"
Mimi melihat smartphone nya yang terletak disebelahnya.Dia menerima banyak panggilan dan mesej.Kebanyakkannya daripada keluarganya,dan sudah pasti mereka menyoal tentang tentang keberadaannya.
Namun,dia langsung tak berminat untuk menjawab panggilan dan membalas mesej anda.
Mimi berjalan ke arah balkoninya.Langsir yang menutupi pintu kaca itu ditolak.Langit masih gelap.Pintu kaca itu ditolak,dan dia berjalan masuk ke balkoni tersebut.
Angin malam yang dingin menyentuh tubuh Mimi.Gadis itu memandang kosong ke arah bandar yang diterangi dengan lampu.
Walaupun permandangan tersebut indah untuk orang lain,namun untuk Mimi,ianya biasa dan tidak istimewa langsung.
"Bosannya...terlalu bosan hidup ini...Kenapa bila ada insan yang istimewa dalam hidup aku,mereka akan tinggalkan aku...?"
Kerana itu adalah suratan takdir.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...