Sejak saya lahir,orang yang sentiasa bersama dan membesarkan saya adalah kakak saya.
Saya tak pernah jumpa ibu dan ayah.Hanya kakak sahaja yang saya tinggal bersama.
Saya tak pernah bertanya keberadaan ibu dan ayah kepada kakak kerana saya lebih sayangkan kakak saya,yang bersama saya sejak saya masih bayi lagi.
Kami berdua sentiasa bersama.
Saya sentiasa perhatikan kakak saya yang hanya tua 4 tahun dari saya berlatih berpedang dan magiknya.
Apabila saya mencapai usia yang bercakap dengan lancar dan boleh berjalan,kakak mula mengajar saya berpedang dan berlawan menggunakan magik saya.
"Tapi kakak....kenapa saya kena berlatih juga...?Kakak kan ada untuk lindungi saya...?"
Pernah saya bertanya soalan tersebut kepadanya,dan dia membalas,
"Kakak boleh lindungi kamu,tapi siapa yang nak lindungi kakak?Kakak tak mampu untuk lindungi kamu selamanya..."
Dengan senyuman yang lembut di wajahnya.
Walaupun latihan sangat susah dan buat saya menangis banyak,namun kakak tetap bersabar.Tapi ianya menyeronokkan,kerana dengan berlatih,saya dapat luangkan masa bersama kakak.
Namun kegembiraan kami tak bertahan lama apabila pengganas malancarkan serangan ke kerajaan.
Kakak,memeluk tubuh saya dengan erat,melarikan diri ke tempat yang selamat.Pengganas yang cuba menyerang kami berdua juga ditewaskan oleh dirinya yang ketika itu baru sahaja berusia 9 tahun.
Kebolehan berlawannya ketika itu jauh lebih hebat dari sekumpulan orang dewasa.
Dan disebabkan itulah,dia membuat keputusan untuk hentikan pengganas yang lain selepas menyembunyikan saya ditempat yang selamat dan jauh dari kawasan serangan.
Begitulah,dia berjumpa dengan Raja dan Ratu kerajaan kami.
Setelah serangan pengganas berakhir dan mereka ditangkap, kakak pulang kepada saya semula, bersama dengan Raja dan Ratu.
Mereka berdua tertarik dengan kakak saya, kerana kekuatan yang dimiliki oleh gadis semuda dia. Disebabkan itu, mereka mengajaknya untuk menyertai satu kumpulan magik dibawah mereka berdua.
Mendengar tawaran tersebut, wajah kakak nampak sangat serba salah.
"Maaf.... tapi,patik tak boleh tinggalkan adik patik...."
Berkata demikian, kakak memeluk saya dengan erat. Nada suaranya penuh dengan kerisauan.
Dia risau tentang saya.
"Jangan risau. Kami akan sediakan rumah dan segala keperluan untuk adik kamu. Jadi, kamu tak perlu risau tentangnya"
Raja memberikan satu lagi cadangan kepada kakak saya. Nampaknya mereka tidak berputus asa untuk mengajak kakak saya menyertai mereka.
"Kakak, terimalah tawaran itu"
Apabila mendengarnya, kakak memandang saya dengan wajah yang penuh terkejut.
"Kalau kakak sertai mereka, pasti kakak akan jadi lebih kuat, bukan? Dengan itu, kakak pasti akan dapat bawakan keamanan dunia!"
Namun, itu bukan sebab saya mahu kakak menerima tawaran Raja dan Ratu.
Sebab utamanya, sepanjang saya bersama kakak, dia lebih utamakan saya daripada sesiapa,termasuk dirinya sendiri.
Jika dia terima tawaran Raja dan Ratu, kami berdua akan berjauhan dalam tempoh yang lama. Dengan tempoh perpisahan kami, saya harap kakak akan menghargai dirinya lebih daripada saya.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...