Pada satu waktu, di satu tempat, ada seorang gadis.
Gadis itu sentiasa dalam kegelapan.
Seluruh dunianya penuh dengan kegelapan.
Dia tidak cuba untuk tinggalkan dunianya, mencari cahaya untuk menemani dirinya yang kegelapan.
Kerana dia memikirkan bahawa tiada cahaya yang akan sudi menerangi dunianya yang penuh dengan kegelapan.
Dia hanya duduk di dalam dunia kegelapannya, tidak mengharapkan apa-apa langsung.
Dia hanya duduk di satu tempat dalam kegelapan, menunggu masa dirinya akan lenyap.
Namun, setelah lama dia berada dalam kegelapan, dua cahaya datang ke dalam dunianya.
Dia memberitahu dua cahaya tersebut untuk pergi, meninggalkan dirinya untuk berseorangan dalam kegelapan.
Walaupun begitu, dua cahaya tersebut tetap menerangi dunia kegelapannya, tak kira berapa kali gadis itu memberitahu mereka untuk pergi.
Kerana itu, buat pertama kali dalam hidupnya, gadis itu berjalan di dalam dunia kegelapan, ditemani dengan dua cahaya tersebut.
Perjalanan gadis itu yang lama, berasa sangat singkat dengan dua cahaya tersebut.
Dua cahaya tersebut juga mengurangkan rasa takut dalam diri gadis itu.
Jadi, dia menghulurkan tangannya, cuba untuk memegang dua cahaya tersebut. Dia berharap dengan melakukan perkara tersebut, dunianya yang penuh dengan kegelapan akan hilang dan dirinya akan diterangi dengan cahaya.
Namun, sentuhan tangannya telah menukarkan cahaya tersebut menjadi kegelapan. Sinaran cahaya tersebut menghilang, berubah menjadi kegelapan.
Gadis itu tidak tahu perasaan yang di alaminya ketika perkara tersebut berlaku. Dia tidak tahu kenapa seluruh badannya menggeletar dan berpeluh dengan banyak.
Berasa sangat keliru, gadis itu berlari dengan laju.
Dia berlari dengan sangat laju, sehingga beberapa kali dirinya terjatuh. Namun dia terus berdiri dan terus berlari,tanpa arah tuju.
Sehinggalah kakinya tidak mampu lagi berlari.
Dia jatuh tersungkur dengan teruk.
Dia tidak cuba untuk berdiri semula, teruskan lariannya.
Kerana tak kira berapa lama dia berlari, dia takkan menjumpai apa-apa dalam dunia kegelapan tersebut.
Apa yang dijumpainya hanyalah kegelapan, kegelapan dan kegelapan. Tiada cahaya dan benda lain.
Dan, gadis itu berhenti berlari. Dia berbaring dalam kegelapan, menunggu masa dirinya akan hilang.
Sebelum bertemu dengan dua cahaya tersebut, dia tidak pernah merasai apa-apa.
Dia tidak pernah sunyi, kerana dirinya selalu berseorangan.
Dia tidak pernah berasa takut, kerana dirinya tidak mempunyai apa-apa yang mampu membuatkan dirinya berasa demikian.
Dia tiada sesiapa untuk hilang. Dia tiada barang untuk hilang. Dia tidak memiliki keinginan.
Dia tidak memiliki apa-apa.
Dia hanya mempunyai kekosongan dalam dirinya.
Kerana itu, apabila kehilangan dua cahaya tersebut, dadanya yang tidak pernah rasa sakit, kini berasa sangat sakit.
Dia sangat sedih.
Dia sangat kecewa.
Dia sangat kesal kerana mengetahui dua cahaya tersebut.
Walaupun begitu, perasaan yang dialaminya perlahan-lahan hilang, menjadi sebahagian daripada kekosongan dalam dirinya.
Gadis itu telah berbaring dalam kegelapan dengan tempoh yang sangat lama.
Dalam tempoh yang sangat lama itu, perlahan-lahan dirinya ditelan kegelapan.
Sebelum ini, dirinya hanya berada dalam kegelapan. Dia tidak menjadi sebahagian daripada kegelapan tersebut, hanya berada di dalamnya.
Mungkin kerana gadis itu telah kehilangan keinginan menunggu masa dirinya mati, kegelapan mula menelan dirinya untuk menjadikan dirinya sebahagian daripada kegelapan.
Gadis itu tidak cuba melawan. Kerana dia merasakan ianya satu perkara yang baik buat dirinya yang hanya memiliki kekosongan dalam seluruh hidupnya.
Namun, sebelum kegelapan menelan seluruh dirinya, sesuatu yang hangat, dan berbahaya menelan dirinya terlebih dahulu.
Dia tidak tahu apa yang menelannya.
Ianya sesuatu yang berwarna merah gelap, yang hampir kelihatan seperti warna hitam.
Gadis itu dapat merasakan bahawa biarpun ianya memberikan kehangatan terhadap dirinya, tetapi ianya juga akan memberikan bahaya terhadapnya.
Namun, gadis itu tidak menolak.
Kerana buat pertama kali dalam hidupnya, dia dapat merasai kehangatan yang lebih hangat daripada cahaya.
Dia menerima kewujudan tersebut dengan sepenuh hatinya.
Malah, dia memeluk kewujudan tersebut dengan penuh erat, tidak mahu membiarkan kewujudan tersebut terlepas dari dirinya.
Kewujudan tersebut telah membawa gadis itu keluar daripada dunia yang penuh dengan kegelapan.
Dia berada di sebuah dunia yang baru buat dirinya.
Dunia yang penuh dengan perkara yang menarik, dan sudah tentu mempunyai bahaya.
Namun, kewujudan yang memberikan kehangatan terhadap dirinya akan sentiasa melindungi dirinya daripada bahaya.
Dan sebagai balasan atas perkara tersebut, gadis itu juga melindungi kewujudan tersebut daripada bahaya.
Malah, gadis itu takkan menolak dan melepaskan kewujudan tersebut.
Kerana kewujudan tersebut mencari seseorang untuk menerima keseluruhan mengenai dirinya. Ia mencari seseorang untuk berkongsi kehangatan dalam perjalanannya.
Dan ia berjumpa dengan gadis itu dalam perjalanan panjangnya.
Ia sedar yang gadis itu hanya mempunyai kekosongan dalam dirinya, dan kerana itu dia menelan gadis itu,membawa dirinya keluar daripada kegelapan.
Ia merasakan jika ia memberikan kehangatan terhadap seseorang yang tidak mempunyai apa-apa dalam dirinya, orang tersebut tidak akan menolak dirinya dan akan memberikan kehangatan terhadapnya juga.
Gadis itu terus berjalan dalam dunia yang baharu itu. Dia tidak lagi bersendirian, kerana kehangatan yang menelan dirinya takkan meninggalkan dirinya.
Dan dia juga takkan membiarkan kehangatan tersebut hilang daripada dirinya.
Jika kehangatan tersebut hilang, gadis itu akan mencari ianya semula, tak kira berapa lama masa akan diambil.
Jika gadis itu hilang, kehangatan tersebut akan mencari gadis itu juga, dan tidak akan melepaskan gadis itu pergi buat kali kedua.
Mereka akan mencari antara satu sama lain apabila salah seorang daripada mereka hilang.
Kerana bagi mereka berdua, tiada sesiapa yang akan menerima kewujudan mereka dan memberikan kehangatan terhadap mereka, melainkan mereka berdua.
Kerana itu, mereka bersumpah akan bersama buat selamanya.
Jika ada yang cuba untuk memisahkan mereka, mereka tidak akan ragu-ragu untuk menghapuskan kewujudan tersebut.
Segalanya supaya mereka dapat bersama selamanya.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...