SPLASH!
"SARA!SHA!MARI SINI KAMU BERDUA!"
"Hahaha!"
Jeritan seorang lelaki bergema apabila dirinya terkena prank dua gadis itu,yang sedang melarikan diri dengan laju bersama gelak ketawa.
Istana dan pangkalan organisasi memang tak ada hari yang sunyi langsung.Setiap hari,Sara dan Sha pasti ada rancangan untuk kenakan orang lain.
Dan hari ini,mangsa mereka adalah salah seorang pengawal di pintu pagar utama istana,seorang lelaki.Dan pengawal tersebut sedang mengejar Sara dan Sha.
"Hari ini pengawal pintu pagar istana mangsa mereka",kata Miyu.Dia nampak Sha dan Sara main kejar-mengejar dengan pengawal tersebut yang basah keseluruhan badannya dengan ada rumpai laut padanya.
"Rutin harian mereka.Apa boleh buat?",kata Cister yang sedang meregangkan badannya.
Mereka berada di tempat latihan,sekali dengan Luvia dan Caster.Mereka berempat sedang berehat selepas berlatih selama 4 jam.
"Tapi,perlu ke mereka lakukannya setiap hari...?",Caster menyoal dengan suaranya yang lemah lembut itu.
"Apa yang mereka lakukan itu boleh katakan seperti manusia makan dan minum setiap hari.Kamu faham kan,Luvia?",soal Miyu,memandang Luvia yang sedang membuat regangan.
"Ya,ianya seperti sebahagian dari hidup mereka-Nanti!Saya tahulah saya lembap,tapi itu tak bermakna saya tak faham apa-apa langsung!",kata Luvia dengan rasa geram apabila sedar dirinya dipermainkan oleh Miyu.
Miyu dan Cister menahan ketawa mereka daripada meletus.Caster cuba tenangkan Luvia.
"Oh ya,mana Warashi?Aku tak nampak pun dia hari ini",kata Luvia dengan kemarahannya telah pun reda.
"Ah.Ada laporan daripada rakyat mengatakan di sebuah gunung,semua hidupan disebahagian gunung tersebut dijumpai mati.Tumbuhan dan haiwan,semuanya mati.Jadi,Warashi pergi ke gunung itu untuk siasat tentangnya",balas Miyu.
-------------------
Di gunung yang dikatakan,Warashi menyentuh salah satu pokok yang dah mati.Kesemua pokok di kawasan itu mati,dengan tiada langsung walaupun sehelai daun pada dahan.
SHRAK!
Warashi terkejut.Pokok yang disentuhnya tadi,tumbang ke tanah lalu menjadi abu.Riak serius terpapar diwajahnya.
'Sama macam laporan yang lain...apa yang menyebabkan perkara ini terjadi?Perbuatan manusia?Ada kemungkinan...tapi tiada tenaga magik langsung dikesan di kawasan ini'
Sedang jejaka itu berfikir,satu susuk tubuh yang memakai cape ber hoodie menutup seluruh badannya termasuk bahagian kepala,berdiri dibelakang salah satu pokok,memerhati Warashi.
-----------------------
"Lagi?Sejak kebelakangan ni,kita terima banyak laporan mengenai perkara yang sama.Tapi tetap tak dapat cari puncanya",kata Caster.Cister mengangguk,setuju dengan apa yang adiknya katakan.
"Betul.Chi masih lagi cuba siasat tentangnya,tetapi kejadian itu selalu berlaku di tempat yang 'kawannya' tiada.Misa pula sibuk dengan persekolahan dia,jadi tiada masa untuk dia tolong kita,walaupun dia nak sangat tolong",kata Cister.
"Bercakap tentang Misa,saya dengar dia sedang belajar seni pertahankan diri?",soal Luvia,mendapat anggukan daripada Miyu.
"Kaizo latih Misa dan Fang sekali.Rasanya dah 2 bulan mereka berlatih.Tapi Misa tak beritahu Mimi tentangnya lagi",kata Miyu.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...