[60]The Future Bestowed Upon Them (3)

66 7 0
                                    

Tiga tahun yang lepas,

Sara mendiamkan diri. Dia masih terkejut, mendengar permintaan Millialkyrie.

Bagaimana Millialkyrie boleh meminta dirinya, yang merupakan anaknya, untuk membunuh dia, sekali dengan ayahnya?

Lebib teruk, Millialkyrie memintanya dengan senyuman gembira,tidak menunjukkan sebarang kerisauan langsung.

Ianya hampir membuatkan Sara melakukan apa yang diminta oleh Millialkyrie, jika sahaja Libra tidak menanya soalan kepada Millialkyrie.

"Jika kau mahu mati, bukan ke ianya perkara yang sangat mudah untuk dilakukan oleh kau? Sebab, kau langsung tak nampak takut untuk mati"

Mati dan kematian, untuk saya adalah perkara yang berbeza, Libra. Jika saya mahu mati, dah lama saya biarkan sahaja diri saya dibunuh oleh musuh yang saya lawan ketika perang di Magic World.

Saya juga boleh sahaja bunuh diri. Jika apa yang saya mahu adalah mati.

Senyuman Millialkyrie luntur. Kegembiraan yang jelas pada wajahnya sebentar tadi, telah berubah menjadi sayu.

"Jadi, kematian pula...?"

Einhart menyoal.

Kematian, untuk saya.... adalah segalanya.

Kematian kepada nyawa yang saya miliki sekarang.

Kematian kepada pernafasan saya.

Kematian kepada darah yang mengalir dalam badan saya.

Kematian kepada organ yang berfungsi dalam badan saya.

Kematian kepada kehangatan badan saya.

Kematian kepada rambut saya.

Kematian kepada kulit saya.

Kematian kepada magik yang saya miliki.

Kematian kepada memori yang saya miliki.

Kematian kepada kewarasan saya.

Kematian, kepada kewujudan saya.

Dengan kata lain, saya mahu segala tentang saya... hilang sepenuhnya daripada dunia ini. Itu adalah, kematian yang saya mahukan.

Walaupun begitu, badan saya tak akan dapat kematian tersebut, kerana sekarang ianya telah menjadi sesuatu yang berbeza,tidak terikat dengan diri saya lagi.

Tapi saya tetap akan kekal di dunia ini, kerana badan saya masih ada di dunia, biarpun ianya telah menjadi sesuatu yang lain.

Mata Sara yang menghancurkan segalanya, adalah satu-satunya cara untuk saya mencapai kematian yang saya mahukan. Jika saya perlu kecualikan tentang badan saya.

Nada suara Millialkyrie penuh dengan kekosongan, seperti lohong hitam yang menelan segalanya. Matanya juga kelihatan seperti lohong hitam, tidak mempunyai sebarang cahaya tersinar dalam pandangan matanya.

Sejak kecil, Millialkyrie sentiasa mahukan kematian tersebut.

Dia sentiasa terfikirkannya, sepanjang masa.

Tak kira dengan siapa dia bersama.

Tak kira pada masa apa.

Tak kira pada situasi dia berada.

Biarpun dirinya berada di ambang kematian, kemahuannya pada kematian langsung tidak pernah terpadam.

Kasih sayang Arisakyriel terhadap Millialkyrie tidak dapat padamkannya, biarpun sedikit.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now