Amelia Hyuna bukanlah gadis yang biasa.
Bukan kerana dia mempunyai sesuatu yang istimewa dan luar biasa.
Ianya kerana dia berasal daripada keluarga yang kaya raya, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Asteon Kingdom.
Ayahnya salah seorang daripada menteri Asteon Kingdom, manakala ibunya seorang peguam yang terkenal.
Amelia Hyuna satu-satunya anak mereka. Dan sudah tentu, mereka sangat manjakan dia.
Apa sahaja yang diminta Amelia, mereka akan tunaikan.
Biarpun berasal daripada keluarga yang mewah dan sangat dimanjakan oleh ibu bapanya, Amelia tidak pernah sombong.
Atau lebih tepat, dia adalah seorang gadis yang sangat naif.
Terlalu naif.
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak mempunyai niat jahat langsung. Dia juga tidak pernah mempunyai perasaan benci terhadap seseorang, biarpun mereka membencinya.
Kerana dia terlalu naif.
Dia langsung tidak sedar yang dirinya dibenci, dan biarpun jika ada seseorang memberitahu bahawa mereka membenci dirinya, wajah yang naif akan ditunjukkan oleh Amelia.
Dia tidak menangis atau berasa takut, hanya kenaifan di wajahnya.
Disebabkan sifat naif miliknya, Amelia sentiasa ditemani oleh pengawal peribadi yang bertugas untuk mengawal keselamatannya.
Ibu bapanya pernah cuba untuk mengubah sifat naif Amelia, namun dia tetap naif.
Semakin dia membesar, semakin teruk kenaifannya.
Ibu bapanya sudah menyerah untuk mengubah sifat naifnya. Mereka hanya mengarahkan pengawal peribadi untuk mengawal keselamatannya.
▪️▫️▪️
Amelia Hyuna mempunyai bakat dalam melukis.
Kerana bakat tersebut, dia melanjutkan pelajarannya dengan memasuki salah satu universiti yang terkenal di Paris, Earth.
Sudah tentu, dia mengambil kursus seni.
Setelah beberapa tahun, dia telah tamat belajar dengan cemerlang dan menjadi seorang pelukis.
Lukisannya sangat digemari ramai orang dan dirinya menjadi sangat terkenal. Dia telah menjadi salah seorang pelukis yang terkenal di Paris.
▪️▫️▪️
Merindui keluarganya setelah lama dia menetap di Paris, Amelia Hyuna pulang semula ke Asteon Kingdom.
Sebaik sahaja dia pulang, dia terus menuju tempat kerja ayahnya.
Tanpa mengetuk pintu, Amelia membuka pintu dengan luas.
Tidak sedar bahawa ayahnya mempunyai tetamu dalam pejabatnya, Amelia terus berlari ke arah ayahnya dan memeluk lelaki itu.
Dia sangat gembira dapat berjumpa dengan ayahnya setelah lama mereka berpisah,hampir 7 tahun.
Dia berharap sangat ayahnya akan meluangkan masanya dengan dirinya. Seperti membawa Amelia berjalan-jalan di sekitar Asteon Kingdom yang telah mengalami banyak perubahan.
Namun, ayahnya terpaksa menolak ajakan tersebut kerana dirinya sangat sibuk.
Tidak mahu kecewakan anak gadisnya, ayahnya meminta tetamu untuk membawa Amelia berjalan-jalan.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantastikSejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...