[22]Love Story

153 19 0
                                    

"Mana cikgu Mimi,akak Misa?",soal Evan pada Misa yang sedang mengelap peluh,baru habis berlatih.

"Aa'ah,kan semalam cikgu balik?",soal Emyriel,menghulurkan botol minuman pada Misa.

Misa mengambilnya dan mengusap lembut rambut Emyriel,tanda berterima kasih.

"Entahlah.Sebab semalam akak Mimi tidur kat istana.Saya tak tahu dia kat mana sekarang",Misa meneguk minumannya dengan gelojoh,terlalu haus.

Evan dan Emyriel megembungkan pipi,mungkin tidak berpuas hati mendengar apa Misa katakan.Ingatkan mereka dapat jumpa dengan cikgu mereka setelah 2 bulan tidak berjumpa.Tapi tak dapat....

Misa yang perasan tentangnya,tersenyum.

'Comelnya dua anak murid akak Mimi...Besar nanti macam manalah agaknya mereka berdua ni...'

Misa mula membayangkan karenah Evan dan Emyriel yang remaja terhadap Mimi.Entah kenapa,dia bayangkan mereka berdua bagaikan 2 ekor haiwan peliharaan yang sangat sayangkan tuan mereka.

24 jam melekat sahaja dengan tuan mereka.

------

STOMP

Einhart mengecop dokumen-dokumen yang berada di atas mejanya.Dia melakukan kerja dengan pantas sekali.Di hadapannya,Arago sedang melutut dengan kepalanya atas lantai.Luxalia,Hana dan Arie juga melakukan perkara yang sama.

Ikutkan,hanya Arago yang patut lakukannya,namun setelah melihat kemarahan Einhart,mereka bertiga menjadi takut,sampai tak berani pandang muka Einhart.Arago yang paling trauma dengan apa yang terjadi pada dirinya selama lima jam semalam.

Jadi,Aragolah sebab buat Mimi menunggu Einhart selama lima jam.Apalah agaknya yang Einhart lakukan pada Arago,ya?

"Berapa lama lagi korang nak melutut?Dah nak dekat 3 jam korang melutut",Einhart memecahkan kesunyian dalam pejabatnya.

Namun,tiada siapa diantara mereka menjawab pertanyaan Einhart,membuatkan puteri itu menghela nafas.Kerjanya dihentikan buat sementara.Einhart menyandar pada kerusinya.

"Takut sangat sampai tak berani bercakap ke?Pelik,Dragons takut dengan seorang manusia..",ujar Einhart.

Namun,masih tidak bersuara mereka berempat.

"Sehingga saya tak beri kebenaran ,kamu berempat tak dibenarkan keluar dari istana ni.Arago,nanti tulis laporan tentang ke mana kau pergi selama 2 bulan ni.Nyatakan tujuan ya...",Einhart mengeliat.Lenguh badannya buat kerja.

"Baik...",ucap Arago dengan suara yang perlahan.

"Dan,jauhkan diri kamu semua dari Mimi.Jangan cuba nak dekat dengan dia",tegas suara Einhart.

Tersentak mereka mendengarnya.Kepala yang asyik ditundukkan atas lantai,terus diangkat,memandang ke arah Einhart dengan mata yang membulat.

"Ta-!"

"Itu yang Mimi katakan.Saya hanya sampaikan sahaja~"

Arago mula gelisah mendengarnya.

"Kenapa...?!"

Einhart memandang tajam ke arah Arago.

"Fikirlah sendiri.Kau antara punca dia jadi macam tu",sinis Einhart menuturkannya.

Meraung Arago mendengar jawapan Einhart.Puteri itu menyambung kerjanya semula.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now