[9]Nad's Theory

199 22 1
                                    

Di istana Asteon Kingdom

Einhart berjalan di taman bunga peribadinya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.

Setiausahanya,Nad sentiasa berada di belakangnya.Nad memandang keseluruhan taman bunga Einhart dengan rasa kagum.

Ini kali pertama dia masuk ke dalam taman bunga Einhart.Dan mungkin dia orang pertama yang masuk,kerana taman bunga milik pemerintah Asteon Kingdom dilarang masuk sesiapa.

Tiada sesiapa yang dapat masuk ke dalam tanpa kebenaran pemerintah kerana ada penjaga yang menjaga pintu masuk taman bunga tersebut.

'Wah....banyaknya bunga dalam taman ni...ada juga jenis bunga yang dah pupus...'

Desis Nad.

Einhart memegang sekuntum bunga ros merah apabila berada di kawasan bunga ros.Dia berhenti melangkah,begitu juga Nad.

Einhart memandang lama bunga ros tersebut.Nad tidak mengucapkan apa-apa biarpun dia merasa pelik dengan tuan puterinya itu.

Puterinya itu tidak memakai gaun diraja,sebaliknya memakai pakaian kasual dan dia juga tidak mendandan rambutnya.

Sesiapa yang melihat Einhart,pasti tak akan dapat tahu dia seorang puteri.Namun,kecantikkan yang dimilikinya tetap terserlah dengan pakaian tersebut.

"Bunga ros merah selalu dikaitkan dengan cinta.Lelaki akan berikan bunga ini untuk melamar gadis yang dicintainya.

Bunga ni juga selalu dikaitkan dengan perempuan.Sangat cantik,walaupun ia adalah bunga yang mempunyai duri tajam...."

Setelah habis menuturkan kata-kata tersebut,Einhart memandang ke arah Nad,membuatkan setiausahanya kaget.

"Apa pendapat Nad tentang semua tu?Sila jawab dalam bahasa formal",kata Einhart,memasukkan tangannya ke dalam poket seluar jeans pendek yang dipakainya.

Nad menggeleng.

"Saya tak dapat berikan pendapat tentang tu.Setiap orang ada pendapat masing-masing.Dan saya tiada pendapat kerana,saya tak pernah jatuh cinta.

Mungkin saya dapat berikan pendapat kalau ada seseorang buat saya jatuh cinta padanya",kata Nad.

'Tak pernah jatuh cinta ke tak berminat?'

Desis Einhart dalam hatinya.

"Kenapa tanya?"

"No reason...just curious",kata Einhart,mengangkat bahunya sebelum dia berpaling ke hadapan.

"Apa pula pendapat Nad  tentang peraturan 'pemerintah mestilah perempuan' dan 'pemerintah tak boleh berkahwin'?",soal Einhart tanpa memandang ke arah Nad.

"Pardon?",soal Nad,sedikit kurang faham dengan persoalan Einhart.

"Kenapa dua peraturan tersebut dicipta oleh pemerintah pertama Asteon Kingdom?Adakah ia untuk membuktikan perempuan lebih layak untuk memerintah berbanding lelaki?Atau untuk buktikan perempuan boleh berjaya tanpa lelaki?",Einhart tidak menjawab persoalan Nad.

Dia tahu,setiausahanya itu pasti berasa pelik dengan pertanyaannya itu.

"Hmph...sebelum tu,dalam lagenda,pemerintah pertama ada seorang kakak,kan...?",soal Nad.

Einhart mengangguk.

"Dalam lagenda itu mengatakan dia ada seorang kakak,tapi apa yang terjadi padanya tidak diketahui",kata Einhart.

Nad mengangguk kepalanya.

"Baiklah...tentang peraturan tu,si adik mempunyai sebab yang berbeza untuk dua peraturan tersebut.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now