Asteon Kingdom,11:08 p.m
Keadaan dalam istana gelap gelita.Semua penghuni didalamnya sudah pun tidur,merehatkan badan dan minda mereka termasuk Einhart yang sememangnya sakit.
Hanya seorang sahaja yang belum tidur,iaitu Robert.Lelaki itu berjaga lewat malam mengemas barangnya untuk berangkat esok ke kem latihan yang ditetapkan.
Namun,sebelum dia masuk tidur,lelaki itu tergerak hati untuk melawat Einhart.Ia sememangnya perkara yang tidak patut dilakukan,melawat Ruler of Asteon Kingdom pada waktu malam.Jika sesiapa tahu tentang itu,akan menimbulkan kekecohan dan khabar angin yang baru akan tersebar lagi.
[Melawat seseorang yang berlainan jantina pada waktu malam di tempat yang tertutup dan sunyi adalah perkara yang tak patut dilakukan.Jangan tiru perbuatan ini.]
TAP
Robert melangkah masuk ke dalam bilik Einhart dengan penuh berhati-hati,daripada balkoni.Matanya melilau ke sekeliling,memastikan tiada perangkap magik dipasang.
'Rasanya tuan puteri memang tak sihat,untuk dirinya tidak pasang perangkap dalam biliknya sebelum beradu...',fikir Robert dalam hatinya.
Dia melangkah dengan penuh berhati-hati dan perlahan menuju ke katil Einhart.Wajah Einhart yang tidur tenang dapat dilihat dengan jelas,berterima kasih kepada cahaya bulan yang memasuki bilik.
Lama Robert memandang wajah Einhart,sebelum tangannya menggapai rambut hijau panjang puterinya itu.Senyuman kecil terukir di wajah Robert.
"Princess...pasti tuan puteri hantar patik ke tempat yang jauh untuk tempoh yang lama sebab khabar angin tersebut,bukan?Tuan puteri lakukannya mungkin untuk pulihkan semula reputasi tuan puteri,atau untuk lindungi patik....Tapi mustahil tuan puteri akan lakukan sesuatu seperti itu...",Robert melepaskan rambut Einhart yang dipegangnya.
Jarinya didekatkan dengan wajah Einhart.
"Tuan puteri pasti ada rancangan untuk buktikan khabar angin itu salah.Itu patik pasti.Sebab memang itu diri tuan puteri"
Robert menarik tangannya dari menyentuh wajah Einhart.Dia melutut hormat ditepi katil tersebut.
"Patik harap,keselamatan tuan puteri dan istana ini terjamin ketika kehadiran patik di istana ini tiada",katanya sebelum dia bangkit dan keluar dari bilik Einhart,melompat keluar dari balkoni,selepas menutup pintu balkoni.
Namun,Robert tidak tahu bahawa perbuatannya itu diperhatikan oleh seseorang yang cuba menjatuhkan Einhart.
--------
Asteon Kingdom,7:46 a.m
Einhart menggeliat sebaik sahaja dia bangun dari tidur.Demamnya sudahpun kebah dan dia dapat melakukan kerjanya sebagai Ruler of Astwon Kingdom.
"Sepanjang hari berbaring atas katil...pasti Nad sengsara siapkan semua kertas kerja semalam",ucap Einhart,memikirkan keadaan setiausahanya yang bertanggungjawab melakukan kerjanya semalam.
TOK TOK
Ketukan dipintu sebanyak 2 kali menarik perhatian Einhart.
"Masuk",arah Einhart.
Pintu kamarnya terus dibuka sebaik sahaja dia berikan kebenaran untuk masuk.
"Tuan puteri!Kita ada masalah!",ucap Nad dengan keadaan tergesa-gesa.
"Masalah?Apa yang berlaku?",soal Einhart,tenang.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...