[59]The Future Bestowed Upon Them (2)

50 9 0
                                    

Di sebuah kedai antik, Angelo membaca sebuah buku dengan cawan teh di tangan kirinya.

"Well, well..... nampaknya mereka semua dah dapat biasakan diri dengan kehidupan mereka sekarang"

Angelo menghirup minumannya, lalu meletakkan atas meja kaunter. Dia mengerling ke arah Libra, yang berada dalam bentuk buku di sebelahnya.

"Memang betul. Dan mereka juga sudah mempunyai kebahagiaan yang baharu"

Angelo tersenyum.Matanya kembali fokus kepada buku di tangannya.

"Mungkin tidak untuk semua. Puteri Einhart,sekarang dia adalah Ratu. Tidak sangka, selepas dia mengetahui semua kebenaran tentang peraturan yang dibuat oleh Arisakyriel,dia langsung tidak dedahkannya kepada sesiapa.

Mereka yang hadir ketika waktu itu sahaja yang tahu, dan diminta untuk dirahsiakan oleh Ratu Einhart"

▪️▫️▪️

Berita buruk mengenai Einhart dengan Robert telah dijelaskan oleh Einhart kepada rakyat secara umum.

Dia juga menyediakan bukti yang menunjukkan dirinya tidak pernah melakukan apa-apa hubungan fizikal dengan Robert.

Malah, penulis berita yang menulis tentang berita tersebut memberikan penjelasan bahawa Einhart meminta dirinya untuk menulis perkara tersebut. Dia menggunakan Nad sebagai orang tengah.

Jika ditanya kenapa Einhart melakukan perkara yang boleh mengancam kedudukannya, dia mengatakan ianya sebagai satu ujian.

Ujian untuk melihat, sekiranya rakyatnya mempercayai khabar angin mengenai dirinya dengan Robert.

Dia mahu melihat, sekiranya rakyatnya lebih percaya terhadap dirinya atau khabar angin yang tersebar tersebut.

Penjelasan tersebut diterima sepenuhnya oleh menteri dan rakyat, biarpun masih ada yang mempunyai keraguan.

Penjelasan yang diberikan Einhart secara umum, memang perkara yang benar. Dia sememangnya mahu menguji kepercayaan rakyatnya, tanpa memberitahu sebab yang lain,iaitu mengenai Maria dan Zika.

Einhart juga menggunakan strategi tersebut untuk mengumpan Maria dan Zika. Dia berniat untuk membuatkan kembar tersebut menjadi sangat yakin dengan rancangan mereka setelah membaca berita tersebut.

Kerana itu, mereka langsung tidak ragu-ragu untuk melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka.

Maria dan Zika diserahkan sepenuhnya kepada Einhart, sama ada dia mahu menghukum atau memaafkan mereka.

Libra juga meminta maaf kepada Einhart, kerana Maria dan Zika berada di bawah penjagaannya.

Ketika perang dengan Alvisa Kingdom, Libra berada di istana tersebut, kerana deal  yang dibuat oleh dirinya dengan Elliot.

Deal  yang dibuat antara mereka berdua dirahsiakan, dengan Libra mengatakan dia tidak mahu memberi pengetahuan kepada sesiapa tanpa sebarang bayaran.

Namun, Libra tetap mempunyai hutang dengan Einhart, kerana dia tidak cuba untuk hentikan perbuatan Maria dan Zika.

Jadi, Einhart memberikan Libra satu tugas yang dia mesti lakukan untuk membayar hutangnya.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now