[38]What Make She Different Than Other?

103 12 0
                                    

Di sebuah perpustakaan yang berada di dalam akademik dimasuki oleh Misa dan Fang,keadaan sangat tegang di meja yang diduduki oleh mereka.

Ianya kerana Misa yang duduk di hadapan Fang mengeluarkan aura yang muram,menyebabkan Fang tidak tahu apa untuk dibuat.

"Misa,kau dapat ke pusingan akhir,tetapi kenapa keadaan kau sekarang macam orang yang kalah?",soal Fang,memegang sebuah buku yang menutup wajahnya dari melihat wajah Misa yang muram.

Misa melepaskan keluhan yang panjang,sebelum meletakkan wajahnya atas permukaan meja dan menutupinya dari dilihat oleh orang lain dengan tangannya.

"Tiada apa-apa langsung....dari kak Mimi...."

Mendengar ayat tersebut,Fang menurunkan buku yang dipegang dari wajahnya.

"Jadi kau memang harapkan kata-kata taniah dari kakak Mimi.Sebelum ni kau naf-urgh!"

Fang tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana kakinya dipijak oleh Misa dengan kuat.

'Damn girl.....!!'

Fang memegang kakinya yang kesakitan dipijak oleh Misa.

"So,what if i am....?She's the main reason,after all..."

Misa mengangkat wajahnya sedikit,memandang ke arah Fang dengan pandangan mata yang tiada semangat.

"Kakak Mimi,sebab utama kau masuk MAM?Kenapa...?"

Misa memandang lama wajah Fang sebelum membuka mulutnya.

"It's annoying me,you know....?Selama 13 tahun....tidak,sejak kematian dua kawan baiknya,Ice Frost  dan Yaya,kak Mimi lebih banyak habiskan masanya dengan memikirkan orang yang dah tiada di dunia ini.

Dia tidak berikan banyak perhatian kepada orang yang masih ada disekelilingnya.Kerana itu dia berkurung dalam biliknya selepas kematian mereka berdua.Sewaktu saya masih kecil,saya tak sedar pun tentang itu.Kerana waktu tu saya hanya fikirkan untuk bersama ibu dan kak Mimi sahaja"

'That's right.I never once realize about that.Because i'm too naive at that time....that's why,when i learning about her pain,it makes me angry to myself.How can i just smile cheerful in front of someone,that her heart's slowly dying...?'

Misa mengetap giginya dengan kuat.

"Dan selepas perang 13 tahun yang lepas,di mana adik kepada Ice Frost mati,kak Mimi tidak berkurung dalam biliknya.Tetapi adakah itu satu perkara yang baik?Ianya tak.

Dia memaksa dirinya untuk terus tersenyum,walaupun dia sebenarnya tak mampu untuk tersenyum lagi.Kesedihannya terlalu kuat selepas kehilangan lagi seorang yang penting buat dirinya.

Kak Mimi habiskan banyak masanya untuk melatih Emyriel dan Evan,tapi fikirannya penuh dengan Ice Frost,Yaya dan Mia!"

Walaupun Misa bercakap dalam nada yang tinggi,ianya tidak cukup kuat untuk menarik perhatian pelajar lain yang berada dalam perpustakaan.

Fang hanya mendengar Misa bercerita.Kerana pasti itu yang Misa mahukan sekarang.

"Kak Mimi buktikannya dengan memotong rambutnya.Setiap kali musim panas datang,dia akan potong rambutnya.Dan apabila dia panjangkan rambutnya semula,dia akan potong lagi di musim panas akan datang.

Apa maksud di sebalik tindakan dia?Ianya bermaksud,berapa kali dia cuba untuk move on,tapi tak berjaya.Musim panas adalah salah satu perkara yang memedihkan hati kak Mimi.

Banyak memori manis dicipta bersama Ice Frost dan Yaya ketika musim panas.Kak Mimi juga berjanji untuk pergi ke festival musim panas bersama Mia,sekiranya dia masih hidup.Tapi Mia mati dalam peperangan tersebut.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now