Masa berlalu dengan pantas apabila manusia sedar tentangnya.Musim panas kini tiba.Ianya musim yang ditunggu-tunggu kebanyakkan orang,terutama sekali anak muda yang bersekolah.
Mungkin kerana mereka dapat pergi bercuti ke pantai apabila cuti musim panas.Bila panas,semua orang mestilah nak sesuatu yang sejuk kan?
Namun,bukan semua orang dapat merasai keseronokan bercuti.
"Jadi,kamu berdua gagal dalam ujian,dan kena ambil kelas tambahan sepanjang cuti musim panas",Mimi memandang ke arah dua orang perempuan dan lelaki yang duduk di hadapannya.
Minuman di hadapannya disedut menggunakan straw.
"Ya,tapi kenapa kami tak boleh ambil peperiksaan ulangan jer...?",soal si lelaki dengan pasrah.
"Kamu berdua ni,study tak sebelum peperiksaan?",soal Mimi,membuatkan dua orang itu mengalirkan peluh.
Pandangan datar diberikan oleh gadis itu kepada mereka berdua.
'Dah jelas sangat tak belajar'
Fikir Mimi.
Dia berada dalam sebuah kafe bersama dua sahabat baiknya yang muda setahun darinya,kembar.
Kembar tersebut masih memakai seragam akademik mereka,baru balik.Hari ini adalah hari terakhir pelajar berada di akademik kerana mereka diberikan cuti selama dua minggu.
Namun,pelajar yang gagal dalam peperiksaan walau satu subjek pun,kena hadiri kelas tambahan sepanjang cuti dua minggu tersebut.
"Jadi,kamu berdua nak minta saya telefon pengetua akademik untuk benarkan kamu berdua tidak hadiri kelas tambahan semasa cuti musim panas.Dan kemudian,kamu berdua dapat berseronok sepanjang cuti tersebut.Betul?",Mimi memandang mereka berdua.
Kedua-duanya mengangguk bersama senyuman.Mimi tersenyum manis.
BOK!BOK!
"Hell no!"
Mimi menepuk tangannya selepas mengetuk kepala kembar tersebut.Benjol dapat dilihat dikepala mereka.
"Why..?Kami... janji akan belanja kau makan,Mimi...",kata si adik kembar,perempuan.Suaranya perlahan dan terputus-putus kerana cuba menahan rasa sakit.
"Betul...",kata si abang kembar.
"Fros!Miya!Pelajar lain berusaha dengan gigih untuk lulus ujian supaya mereka tak perlu hadir kelas tambahan semasa cuti.
Tapi,kamu berdua yang langsung tak study sebelum exam,tak perlu hadir ke kelas tambahan walaupun gagal sebab saya minta pengetua untuk berikan kamu berdua kelonggaran!Ianya tak adil,tahu tak?",kata Mimi dengan tegas,berpeluk tubuh.
"Kami tahu kami salah....maafkan kami.Kami akan hadir kelas tambahan",kata Fros,mengalah.Miya mengangguk.
Kalau Mimi dah masuk mode tegas dia,memang takkan dapat dipujuk lagi,walaupun kau bagi makanan kat dia.
Mimi masih berpeluk tubuh.Dia memandang tajam Fros dan Miya.
"Bagus.Tapi kenapa kamu berdua tak study langsung?",soal Mimi.
Kembar tersebut meneguk air liur sebelum memandang satu sama lain.
"Sebenarnya,kami memang study...tapi sehari sebelum exam,penyanyi terkenal,Mai Haruka ada konsert untuk lagu barunya dan acara berjabat tangan dan sesi tandatangan untuk peminat...",kata Miya.
"Jadi,kami berdua pun pergilah....dan akhirnya lupa langsung apa kami belajar",kata Fros pula.
Mereka berdua memandang Mimi dengan rasa gementar.Bahu mereka terhinjut ke atas,terkejut apabila lihat Mimi tersenyum,bersama aura dingin disekelilingnya.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...