[17]Boys,The Pain,Face It

150 23 1
                                    

"Ouch!Ouch!Ouch!!!"

Fang menepuk-nepuk kuat lantai gelanggang kerana rasa sakit apabila dia melalui kesakitan oleh gusti ketam yang dilakukan oleh Misa.

Misa bagaikan termenung,tak sedar yang Fang dibawahnya sedang meraung kesakitan.Kaizo pula melihat jam,mengira berapa lama Fang boleh bertahan.

"Menyerah!Saya menyerah kalah!",jerit Fang dengan kuat.Bahagian bawah badannya rasa sangat sakit.

Namun,Kaizo dan Misa bagaikan tidak mendengarnya.

"Saya menyerah ka...lah...",suara Fang semakin lemah.

Misa yang perasan Fang tiba-tiba melemah,menjeling ke belakang untuk melihatnya.

"Ah,dia pengsan",kata Misa.Mukanya beriak biasa sahaja.

"Buat lebih kuat,nanti dia sedar balik",ucap Kaizo dengan pantas,selamba.

"Itu terlalu kejam,ayah.."

"Buat sahaja"

Nak tak nak,Misa melakukan gusti ketam keatas Fang yang tidak sedarkan diri dengan lebih kuat,menyebabkan dia terus terjaga.

"ARGH!!!!SAKITNYA!!!",jerit Fang sekuat hati.

Tenshi yang melihat,keningnya terangkat-angkat.

"Dear,that's...too much for him....",ucap Tenshi.

"Dalam pertandingan nanti,dia akan rasa lebih sakit dari tu",Kaizo berkata dengan tenang.

Tenshi hanya menggeleng-geleng perlahan kepalanya.

"Bertabahlah anakku...."

-------

TAP!TAP!

Permukaan meja kayu diketuk-ketuk dengan jari telunjuk Arie yang kebosanan.Mereka sekeluarga berada didalam sebuah bar.

"Kenapa ni sayang?",soal Hana apabila melihat anak daranya yang monyok itu.Arie mencebikkan bibirnya.

"Arie bosan dan penat!Bila boleh balik ke istana semula~?",ucap Arie dengan nada yang manja.

"Tak boleh balik lagi...abang masih tak jumpa orang itu",balas Arago.

"Masalahnya abang,boleh kata ini daerah yang keberapa dah kita jelajah dalam negeri yang ke-5,tau tak?",soal Arie dengan geram.

"Jangan mudah berputus asa,itu yang Arie beritahu Arago sebelum ni kan?",soal Luxalia.

"Kan lebih mudah kalau minta tolong Protectors of Asteon untuk cari orang itu!",bentak Arie.

"Kalau abang minta tolong mereka,abang akan kekal kat pangkalan dan boleh bertembung dengan Mimi,tahu tak?Nanti Tenshi dan yang lain-lain pasti akan menyoal abang kenapa abang dengan Mimi dingin semacam.Dan sudah tentu mereka salahkan abang!"

Luxalia,Hana dan Arie membuat muka datar.

"Memang salah kau pun",kata mereka bertiga serentak.Batu besar bagaikan menghempap tubuh badan Arago.

"Abang pun satu,tinggalkanlah nota sebelum kita bertolak lima minggu yang lepas",Arie masih tak selesai menghamburkan rasa tidak puasnya.

"Alah....abang nak buat drama sedikit...lelaki yang dicintai seorang gadis yang mengalami kesedihan berpanjangan meninggalkannya tanpa memberitahu apa-apa tentang pemergiannya.Apa yang gadis itu tahu,lelaki itu mahu meninggalkannya..."

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now