[26]The Mystery

104 13 1
                                    

Mimi memasukkan pakaiannya yang sudah dilipat kemas ke dalam bagasinya.Penerbangannya ke Paris esok,jadi dia perlu kemas barangnya malam ini.Semua baju yang dibawanya baru dibeli tengahari tadi.

Dia membeli baju yang baru sebab tak nak balik ke pangkalan,ke biliknya untuk ambil semua pakaiannya dalam almari.

Lagipun,Einhart berkata kepada Mimi yang dia patut cuba pakai jenis baju yang berlainan dari biasa.Asyik pakai dress putih sahaja,membazirkan penampilan yang dimiliki olehnya.Jadi,dia belilah pakaian baru,dibayar dengan kad kredit istimewa yang diberikan oleh Einhart.

"Penerbangan pukul 10 pagi...nak tidur,tak mengantuklah pula",ngomel Mimi setelah menzip bagasinya.Dia bawa satu jer,buat apa bawa banyak-banyak?Hilang satu beg kena curi,meraung kat lapangan terbang.

Mimi merebahkan badannya atas katil.Dia mencapai satu buku yang ada di atas katil dan membukanya.Sejak kebelakangan ini,dia minat membaca.Buku yang dibacanya bertajuk,Eldera,Lelaki Berdarah Syaitan,karya Lovelive122003.

"Macam mana si Eryl ni boleh hidup lagi eh?",ucapnya apabila baca dibahagian Eryl buat lawak bodoh yang boleh menjahanamkan kehidupan seorang lelaki yang merupakan sahabat baiknya,Eldera di hadapan seorang gadis.

Sedang seronok dia membaca,Mimi terdengar suara seseorang,memanggil namanya.

Mimi....

Ianya menyebabkan Mimi hentikan bacaannya.Dia terus menukar posisinya kepada duduk atas katil.Matanya melilau,mencari gerangan yang memanggil namanya.

Di sini....

Suara itu kedengaran lagi.Mimi terpandang pintu bilik yang didudukinya,terbuka sedikit.

"Rasanya aku tutup pintu tadi,pelik....",buku diletakkan atas katil dan dia menuju ke pintu bilik,ingin menutupnya semula.

Namun,baru sahaja tangannya memegang tombol pintu,seseorang berlalu di depan biliknya.Pintu yang terbuka sedikit terus terbuka dengan luas apabila Mimi meluru keluar dari biliknya.

Orang yang lalu dihadapan biliknya,merupakan seorang gadis berambut putih paras bahu.Wajahnya tak dapat dilihat kerana dia membelakangi Mimi.Seluruh badan gadis itu diterangi dengan cahaya putih.

Mari,ikut saya...

Gadis berambut putih itu terus berjalan tanpa menoleh ke arah Mimi.Mimi pula,walaupun penuh dengan persoalan dalam kepalanya,dia tetap mengekori gadis itu.Ingin menanya soalan,agak-agak dia akan kena marah tak?

Setelah lama mereka berjalan,gadis berambut putih itu berhenti di depan pintu pejabat Einhart.

'Pejabat Einhart?Kenapa dengan bilik ni?',soal Mimi dalam fikirannya.

Tanpa menyentuh tombol pintu,pintu pejabat terus dibuka oleh gadis berambut putih itu,lalu dia terus masuk ke dalamnya,diikuti oleh Mimi yang hanya berjalan dibelakangnya.Gadis itu menuju ke meja Einhart melakukan kerjanya.

Jari telunjuk gadis itu menunjuk ke arah glob kecil yang ada di atas meja itu.

Buatkan ia berpusing...

"Kenapa?",soal Mimi,bingung dengan apa yang terjadi.

Awak akan tahu nanti...

Walaupun rasa tidak puas hati kerana soalannya tak dijawab dengan jawapan yang sewajarnya,Mimi tetap melakukan apa yang gadis itu suruh.Jarinya diletakkan pada glob tersebut,dan memutarkannya dengan kuat.

SWISH!!

Sekali pusingan glob itu berputar,ia terus berhenti dan dinding bersebelahan dengan kanan meja tersebut secara tetiva membuka satu pintu rahsia.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now