"Then, I wish you can handle everything"
Kerudung hitam dinaikkan atas kepalanya. Tangannya mengusap lembut kepala haiwan tunggangannya, iaitu Griffin.
Di hadapannya, seorang gadis berambut perak, paras bahu. Pakaian yang dipakai gadis itu bukanlah pakaian biasa. Ianya pakaian yang sangat mahal, dipakai oleh keturunan diraja.
"..... kenapa secara tiba-tiba, kakak nak mengembara? Terutama sekali selepas Perjanjian Damai Earth-Magic World-"
Kata-kata gadis berambut perak itu tidak dapat dihabiskan kerana bibirnya disentuh oleh kakaknya, menyuruh dirinya diam.
"Adik boleh uruskan semua hal tanpa kakak, kan? Lagipun, ada ramai lagi rakan-rakan yang akan bantu adik, terutama sekali Zack dan Elis.
Mereka wajib bantu adik, sebab mereka lepaskan tanggungjawab mereka sebagai Raja dan Ratu macam tu sahaja kepada adik. Jangan biar mereka berseronok sepanjang masa"
Gadis berambut perak memandang datar ke arah kakaknya yang mengangkat ibu jarinya. Tangan yang menyentuh bibirnya ditepis lembut oleh dirinya.
"Bukan itu.....Saya nak tahu, apa tujuan kakak mengembara"
Si kakak tidak menjawab. Dia hanya memandang ke arah adiknya, yang memandang dirinya dengan pandangan yang penuh kerisauan.
"Kakak.... takkan tinggalkan saya, betul tak?"
Mendengar soalan tersebut, si kakak mengukir senyuman. Bukan senyuman gembira, bukan juga sedih.
Tetapi senyuman yang penuh dengan kekecewaan. Kecewa dengan soalan yang keluar dari mulutnya.
"Adik masih perlu kakak dalam hidup adik ke?"
Soalan dibalas dengan soalan.
Soalan kakaknya menyebabkan si adik terkejut.
Dia terus memegang kedua tangannya,seolah merayu kepada kakaknya.
"....!! Kakak....!"
Namun, belum sempat dia habis bercakap, kakaknya memegang wajahnya.
" What? Even in this new world, even when you have so many people to help you, my little sister still want me to be by her side?
You still don't want to let me go? Just how much, do you intend to keep me suffer?"
Si kakak menanya dengan wajah yang penuh kesengsaraan. Matanya mencerminkan kesedihan yang sangat mendalam. Nada suaranya kedengaran seperti sebuah kegelapan.
Melihat kakaknya menunjukkan keadaan seperti itu, mata si adik berair. Dia membuka mulutnya, mahu memprotes apa yang dikatakan oleh kakaknya.
Namun, sekali lagi, ianya dihalang.
Kali ini, kakaknya menggunakan magik kepada dirinya.
Magik yang tidak mencederakan adiknya.
Ianya hanya magik yang mengubah memori seseorang.
Dia membuat ke putuskan tersebut, kerana adiknya pasti akan memghalang dirinya daripada mengembara ke seluruh dunia setelah perbualan mereka.
Kerana, adiknya tahu apa yang dirinya mahukan.
Perbualan dirinya dengan adiknya telah diubah, menjadi perbualan normal.
"Kakak ni kejam betullah...mengembara ke seluruh dunia sementara saya menderita dengan kerja saya!"
"Ahaha!Merajuk ke sebab tak dapat ikut?***** boleh lakukan semua kerja tu tanpa kakak,kan?Kawan-kawan kamu kan ada"
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...