[19]The Princess's Wrath

141 18 2
                                    

Peluh yang membasahi wajahnya wajahnya yang pucat lesi dibiarkan sahaja.Bukan dia tak rimas dengannya,tapi badannya tak dapat digerakkan kerana rantai besi yang dililit dengan kuat pada badannya.

Dan yang lebih menakutkan,senyuman bak bidadari diwajah puteri Einhart yang duduk dihadapannya,yang terbaring atas lantai.

"Ahaha~hidup lagi rupanya kau,Arago~",ucap Einhart dengan nada yang manis.

Arago tersengih,dia rasa nak menangis sahaja.Ahli keluarganya yang lain,hanya mampu memandang ke arah lain.Anehnya,hanya Arago sahaja yang dirantai dan baring atas lantai.Ibubapa dan adiknya pula tidak dan mereka duduk melutut.

Apa yang terjadi?Mari kita flahsback  sikit.

------

Sejam yang lalu,

Ketika Arago dan keluarganya berada didalam sebuah bar,Sakura,Miyu,Cister dan Natsumi memasuki bar tersebut dengan tergesa-gesa.

"Jumpa pun kamu berempat!",ucap Natsumi dan Cister,menuding jari pada mereka.Terkejut beruk mereka berempat dibuatnya.

"K-kenapa ni?",soal Arago.

Tanpa menjawab soalan Arago,keempat-empat wanita itu mengheret keluar keluarga itu dengan cepat.Sebaik sahaja mereka ada di luar,Miyu mengenggam kuat kolar baju Arago.Wajahnya didekatkan dengan wajah Arago.

"Kau tanya kenapa.?!Tahu tak,semua yang berlaku salah kau!!",Miyu menggoncang-goncang kuat tubuh Arago.Wajah wanita itu nampak macam nak menangis sahaja.

"Se-sekejap....!Apa yang aku da-dah buat...?",soal Arago dalam dirinya digoncang-goncang itu.

"Kau boleh tanya kitorang apa kau dah buat?Kau fikirlah sendiri!",ucap Natsumi dengan geram.

"Apa yang kami tahu...kau dah buat Puteri Einhart marah!",ujar Cister.

"Betul....sepanjang sebulan tiga minggu ni,sejak tuan puteri arahkan kami untuk cari kau...dia dalam keadaan marah sahaja...dia ada kata pada kami.."

-------

"Beta arahkan kamu semua cari dia.Dah berapa minggu berlalu sejak perintah itu dikeluarkan?",Einhart menghempap tangannya pada meja kerjanya.

Pucat lesi wajah Protectors of Asteon,Robert dan Nad.Tak pernah langsung puteri itu bertindak macam ni.

"T...tapi,kami ada misi lain yang perlu...dijalankan juga..",tergagap-gagap Luvia berkata.

Einhart memandang tajam kearahnya.Tangan disilangkan pada dadanya.

"Oh?Benda mudah macam ni pun tak boleh fikir ke?Tapi,memang kau tak boleh fikirkan apa-apa pun,Luvia",sinis Einhart menuturkannya.Luvia memegang dadanya yang bagaikan ditusuk dengan kata-kata Einhart.

"Berpecahlah pada dua kumpulan.Satu kumpulan jalankan misi dan satu lagi cari Arago.Takkan itu pun tak boleh fikir?Kalau umur dalam belasan tahun bolehlah terima,tapi dah berumur 30 tahun lebih....memalukan nama Protectors of Asteon",ujar Einhart.

Terasa Protectors of Asteon mendengarnya.Robert dan Nad mendiamkan diri.Jika mereka berkata apa-apa ataupun ketawa,pasti diri mereka yang akan dikenakan pula oleh Einhart.

------

"Dan kaulah penyebab kami dimarah macam tu,tahu tak?!",jerit Sakura dengan air mata mengalir.

Gulp,keluarga naga itu meneguk air liur mereka.

"Jadi,tak kira apa sebab kau larikan diri ke sini,kami akan bawa kau balik dengan paksaan....",aura gelap dikeluarkan dari tubuh keempat-empat wanita itu.Mata mereka juga menyala merah.

Arago mengangkat tangan,menyerah diri.Luxalia,Hana dan Arie juga berbuat demikian..Tak sanggup mereka nak lawan ahli Protectors of Asteon.Kekuatan mereka dalam berlawan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang dengan sebelah mata.

Dan apabila mereka pulang ke istana,tubuh Arago terus dirantai dengan rantai besi milik Einhart.

-------

"Hahaha...mestilah saya hidup lagi,puteri Einhart...",jawab Arago dengan suara yang nak tak nak keluar itu.

"Hmph,mungkin  sekarang kau hidup...tapi,tak tahulah nanti kau masih bernyawa atau tak"

Mendengar itu,membuatkan Arago kecut perut.Mulutnya terus terkunci.Dia bagaikan nampak Grim Reaper  sebenar berada dibelakang Einhart.

Einhart berdiri dari duduknya.

"Apa yang perlu lakukan pada kau ya...?Hukuman apa yang sesuai ya",ujar Einhart,memegang dagunya.

"T...tunggu!Apa kesalahan yang saya dah buat?!",suara Arago cemas.Dia tak pernah buat apa-apa kesalahan,tiba-tiba pula dikenakan hukuman?!Ada orang aniaya dia ke?!

KRAK!

Lantai merekah apabila pisau-pisau jatuh atasnya,dekat dengan muka Arago.Rambut Einhart menggerbang,dan aura gelap disekelilingnya.

Makin pucat wajah mereka berempat.Pengawal istana,maids dan butlers  yang ada disitu juga sama.

"Kau tak tahu apa kesalahan kau?Beta nak tanya....apa yang kamu dah buat pada Mimi?",suara Einhart menjadi garau.

"Eh...?Pada Mimi?"

Arago bingung.Dia cuba mengimbas semua memorinya dengan Mimi.

"Festival musim panas...",kata Einhart.

Jatuh rahang Arago mendengarnya.Malam festival musim panas,dimana dia mengucapkan sesuatu yang mungkin menggores hati Mimi.

'Alamak....matilah aku',ucap Arago dalam fikirannya.

Einhart tersenyum sinis.Ditangannya sudah ada cemeti dari rantai besinya.

"Apa yang kau dah buat pada Mimi malam tu?",soalnya.

Arago sudah mengalirkan air mata ketakutan.Keluarganya juga sama.

"Hmm~"

"TIDAK!!!!"

Dan jeritan jantan bergema didalam istana.

------

Pada masa yang sama,

"Apa yang patut aku katakan sebaik sahaja jumpa dengan mereka...",soal Mimi pada dirinya sendiri.

Ya,gadis itu membuat keputusan untuk pulang semula.Dan kini dia sudah berada dihadapan pintu pagar utama istana,tanpa mengetahui apa-apa yang berlaku didalam istana.

Drama apakah yang kita akan  lihat nanti,sebaik sahaja Arago dan Mimi berjumpa semula?



THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now