"Look at that her! What a shameless person!!"
"That's right! How can she just show herself without showing guilt on her face?"
Ramai rakyat yang bercakap buruk tentang Einhart sebaik sahaja mereka melihat puteri kerajaan mereka memunculkan diri di khayalak ramai selepas berita memalukan tentang dirinya.
Einhart, dengan wajah yang tenang bersama senyuman, hanya melambai tangannya ke arah semua rakyatnya yang berada dalam stadium MAM diadakan.
Bukan sahaja Einhart, malahan Nad juga diburukkan oleh mereka.
"Wah. There is another shameless person. She can still stand beside Princess Einhart after betraying her?!"
Nad hanya mampu memaksa dirinya untuk memasang muka ketat, tidak tunjukkan rasa marah atau sedih dengan segala yang mereka katakan kepada dirinya dan Einhart.
Namun, dirinya berasa geram apabila mendengar ketawa kecil terkeluar daripada mulut Einhart. Dia memandang puterinya dengan tajam.
"Puteri Einhart... boleh saya tanya sekiranya apa yang saya terima sekarang adalah satu hukuman untuk saya?"
Einhart menutup mulutnya yang terukir senyuman lebar, menggunakan kipas tangan yang dibawanya. Dia memandang Nad dengan pandangan mata sinis.
"Sudah tentulah, ya. Sebagai balasan atas prank yang kamu selalu lakukan"
Wajah Nad terus berubah pucat apabila mendengar perkara tersebut.
'ITU NIAT SEBENAR DIA!!!!'
"Just kidding. Saya perlu seseorang yang rapat dengan saya, dan tahu semua aktiviti yang saya lakukan untuk berlakon sebagai pengkhianat. Dengan itu, mereka tidak akan tertanya bagaimana seseorang boleh dapat begitu banyak maklumat tentang saya"
"Begitu.... tapi, serius.... tolong hentikan Mimi daripada pancung kepala saya"
"Saya akan cuba usahakan~"
Einhart berkata dengan nada yang riang. Dia seronok kerana dapat mengenakan setiausahanya itu.
"Tetapi, kenapa tuan puteri mahu munculkan diri dengan sengaja di stadium ini, sasaran serangan mereka?"
"Ah. Tiada kaitan dengan serangan mereka. Saya memang mahu datang tengok pusingan akhir MAM ini. Kerana yang berlawan adalah Misa, dengan gadis yang dilatih khas oleh Mimi"
[DING, DING!]
Loceng dibunyikan, menandakan pertandingan akan bermula tidak lama lagi.
Pengacara MAM mula memberikan ucapan pembukaan. Dia juga malah memberitahu tentang kehadiran Einhart pada pusingan akhir MAM.
Setelah selesai memberikan ucapan, pengacara MAM memperkenalkan dua peserta terakhir MAM sebaik sahaja mereka memasuki arena pertandingan.
Salah satu daripada mereka, sudah tentulah Misa.
Dalam MAM, Misa mendapat gelaran Bunny Fighter kerana gaya berlawannya terkenal dengan serangan kaki yang kuat. Kecomelan yang dimilikinya juga salah satu faktornya.
Misa memandang ke arah tempat Einhart, dengan wajah yang jelas mengatakan,
'Just what are you scheming? Are you crazy?'
Einhart hanya berasa geli hati apabila membaca wajah Misa.
Lawan Misa, adalah seorang gadis yang bernama Vivian Shamac. Dia mendapat gelaran sebagai Destroyer, kerana serangannya menghancurkan tulang peserta yang menjadi lawannya.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...