[11]Pride,The Past and The Promise

186 25 5
                                    

Tanglung yang dipasang pada tangga menuju ke Temple  membuatkan semua orang dapat menaiki tangga batu itu pada waktu malam tanpa masalah.

Malahan,ianya menjadi pemandangan yang indah kerana semua tanglung yang dipasang berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk.

Di gerbang Temple,kelihatan Sara dan Sha yang memakai pakaian kasual sahaja.Mereka berdua seperti sedang menunggu seseorang.

"Hmph..lamanya dia ni.Buat apa agaknya?",rungut Sha.

"Alah,bukan tak tahu dia tu.Dia kan tak rasa selesa bila ada ramai orang,jadi pasti dia naik tangga dengan perlahan",kata Sara.

Sha mencebik,lalu berpeluk tubuh.

"Masalahnya,dah ramai orang ni!Kita tak boleh jalankan plan  kita dengan mudah!",kata Sha.

Sara hanya mengangkat bahunya,menoleh ke arah lain.

"Ah,dah sampai pun",kata Sara apabila terlihat susuk tubuh yang ditunggunya bersama Sha.

"Maaflah lambat....aku rasa tak sihat sepanjang naik tangga....",kata susuk tubuh tersebut,Nad dengan nada yang tidak bersemangat.

Wajahnya juga pucat.

Nad juga,seperti Sara dan Sha,hanya memakai pakaian kasual.

"Hmph,sebab kau lambat,kau kena belanja kitorang malam ni!",kata Sha,lurus jari telunjuknya pada muka Nad.

"Okey...",balas Nad dengan tidak bersemangat.

Sha tersenyum gembira.Yosh,aku tak perlu belanjakan duit langsung,desis hatinya.

"Okey,jom pergi!",kata Sha lalu berjalan pergi,diikuti oleh Sara.

Topeng mulut yang dipakai Nad dinaikkan,menutup mulutnya,lalu dia mengikut langkah Sara.

'Huhuhu...kenapalah aku terlepas cakap tentangnya petang tadi pada Puteri Einhart....tak pasal-pasal aku disuruh pergi ke festival musim panas'

Kejadian waktu petang kembali menerjah mindanya.

-------

"Hmph,disebabkan Nad mencuri dengar sesuatu yang tak sepatutnya,Nad perlu terima hukuman",kata Einhart dengan wajah yang manis.

Bagaikan ada batu besar yang menghempap tubuh badan Nad mendengar apa Einhart katakan.

Kejap,asyik batu jer...apa kata guna gajah pula?Gajah dewasa menghempap tubuh badan Nad,kemudian anak gajah juga menghempap dirinya!

"Hu....ku....man....?",tergagap Nad mengucapnya.Einhart mengangguk,tak lekang dengan senyuman.

"Hukumannya,Nad kena pergi festival musim panas malam ni,di Temple",kata Einhart.

Mendengar apa dikatakan oleh puteri itu,nyawa Nad bagaikan bakal melayang pergi.Siap terbayang ada Grim Reaper di belakangnya.

Bukan depan aku ni pun Grim Reaper ke,desis Nad dalam hatinya apabila teringat gelaran yang diberikan kepada Einhart.

"T...tapi...!S-saya ada k-!"

"Saya dengar gula-gula kapas yang dijual kat sana sangat sedap.Teringin saya nak makannya.Tolong belikan untuk saya!",kata Einhart,memintas percakapan Nad.

"T-tapi...!"

Sekali lagi,Einhart mencelah.

"Ianya satu perintah,daripada puteri Asteon Kingdom,Einhart von Asteon"

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now