[6]The Joyness

207 28 20
                                    

Rambut Mimi yang basah dikeringkan dengan pengering rambut.Arago melakukannya.

"Darah dah hilang sepenuhnya?",soal Mimi.Arago melihat rambut Mimi dengan teliti.

Disebabkan semalam Mimi masuk ke dalam mode Demon Princess,dia terlalu teruja membunuh sampai biarkan sahaja pakaian dan rambutnya terkena darah.Selamat dia tak jilat darah mangsa bunuh dia.

"Dah hilang sepenuhnya",kata Arago.

Jejaka itu terkejut apabila Mimi balik dengan rambutnya diwarnai dengan darah semalam.Disangkanya gadis itu alami kecederaan di kepala.

Selepas rambutnya kering,Mimi menyikat rambutnya dengan sikat rambut.Takkanlah nak suruh Arago buat semua,kan?Kesian lelaki itu.

"Tak potong rambut ke tahun ni?",soal Arago.

Rambut Mimi masih lagi tak dipotong.Selalunya dia akan potong rambut pada hari pertama musim panas.

".....tahun ni saya sibuk sangat,sampai tak ada masa nak potong",kata Mimi.Arago senyum sinis pada Mimi.

"Menipu~kan boleh jer potong bila-bila masa dengan gunakan pedang.Cakaplah alasan sebenar",kata Arago,nada mengusik.

Mimi mengembungkan pipinya.

"Festival musim panas hari ni,kan?",soal Mimi,tanpa menjawab pertanyaan Arago.

"Ya.Kenapa?"

"Einhart bagi saya cuti sepanjang festival musim panas.Jadi kita boleh pergi ke festival tersebut"

"Betul?",soal Arago,mendapat anggukan dari Mimi.

Tubuh gadis itu terus dipeluk olehnya dari belakang.Terjerit Mimi dengan tindakan Arago.Dahlah dia pakai tuala jer,nak melorot tuala tersebut dari badannya kalau dia tak pegang tuala tersebut dari melorot.

"Kalau macam tu,mari bersiap!Kita pergi sekarang!"

Tubuh Mimi terus dicempung.

"Eh?Bukan ianya waktu malam ke?!",soal Mimi dengan wajah merah,malu.

"Sepanjanglah harilah.Waktu siang,semua taman tema dibuka dan percuma.Waktu malam,barulah ada banyak gerai makanan,pertunjukkan bunga api dan konsert Mai",kata Arago,bersama senyuman gembira.

Wajahnya didekatkan dengan wajah Mimi.Hidung mereka bersentuhan.

"Okey,okey!Saya faham!Tapi turunkanlah saya!Saya pakai tuala saja sekarang ni!",kata Mimi,meminta untuk diturunkan.

--------

Festival Musim Panas

Beberapa mercun ditembak ke udara untuk memeriahkan lagi suasana festival.

Orang ramai berpusu-pusu menuju ke taman tema.Datang bersama keluarga,kawan-kawan dan sudah semestinya ada pasangan kekasih juga.

Sempena festival musim panas,taman tema dibuka secara percuma.Semua permainan didalam taman tema boleh dimain tanpa perlu berikan bayaran walau sesen pun.

Sudah pasti kebanyakkan yang datang ke taman tema pada hari ini adalah anak-anak muda.Siapalah nak lepaskan peluang seperti ini?Orang yang lembap kot.

"Hmph....rasa lain lah pula bila datang ke festival ni kali ini...",kata Miyu yang berpakaian kasual.Rambut coklatnya diikat tepi kanan dengan reben putih.

"Betul juga.Mungkin sebab sebelum ni kita datang untuk berkawal,bukan berseronok",kata Warashi.Kedua belah tangannya memegang tangan kecil anak kembarnya,Mika dan Yuu yang berusia 6 tahun.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now