[33]The Scary Princess

97 14 1
                                    

"Saya dah dapat wajah dalang tu!!",kata Chi dengan nada suara yang tinggi.Mungkin teruja kerana berjaya dapat hasil selepas beberapa minggu lakukan penyiasatan.

Semua Protectors of Asteon berada dalam bilik mesyuarat tersebut,namun Einhart tidak menghadirkan dirinya.Sebaliknya,Arago yang datang.

"Kenapa saya kena hadir ke mesyuarat ini,bukan Puteri Einhart...?",soal Arago.

"Mimi serahkan awak kepada saya,jadi saya boleh buat apa sahaja saya nak kepada awak,itu yang puteri suruh sampaikan kepada awak~",kata Sakura dengan memegang pipinya bersama senyuman manis.

Arago mengeluh berat.

'Hadui...beratnya hukuman aku...'

"Jadi,macam mana rupa dalang tu?",soal Warashi.

Chi meletakkan tapak tangannya pada permukaan meja dan paparan wajah seorang lelaki ditayangkan secara hologram.

Seorang lelaki berambut silver kebiru-biruan dengan mata biru langit. Wajahnya nampak lemah lembut,kelihatan seperti seseorang yang tak sanggup membunuh apa-apa di dunia kecuali nyamuk.

Namun,melihat wajah lelaki itu,membuatkan semua orang memandang ke arah Arago dengan rasa terkejut.

"Huh....?Kenapa lelaki itu nampak sama dengan.....",Arago menunjuk ke arah dirinya sendiri,dengan rasa keliru.

Chi mengangguk kepalanya kepada Tia yang berdiri di sisinya.

"Kami pun terkejut apabila melihat wajah lelaki ini yang serupa dengan awak,Arago.Tapi,kami pasti lelaki itu bukan awak.

Sebab awak berada di istana selama beberapa minggu sebagai hukuman kerana menyakiti hati seorang gadis yang sangat dicintai oleh awak",kata Tia dengan suara yang datar pada ayat terakhirnya.

Arago memegang kepalanya dengan kedua belah tangannya.

"Huhuhu...janganlah ungkit lagi hal tu...kan saya dah minta maaf banyak kali...",katanya dengan nada sendu.

"Jadi,siapa lelaki ni?",soal Luvia.

Chi menggeleng kepalanya.

"Tidak diketahui.Saya dah periksa biodata semua penduduk Asteon Kingdom,namun tiada langsung yang sama dengan lelaki ini,kecuali wajahnya dengan Arago.

Maklumat tentang dia mungkin ada dalam fail rahsia Asteon Kingdom,namun ianya sesuatu yang saya tak boleh buka",Chi melepaskan keluhan berat.

Fail rahsia Asteon Kingdom menyimpan banyak rahsia yang hanya boleh diketahui oleh Ruler of Asteon.Chi pernah cuba menceroboh ke sistem tersebut,namun dirinya ditolak.

"Tapi,sekarang kita boleh jejak dan tangkap lelaki ini,kan?",soal Natsumi.

"Betul!",jawab Chi dengan nada yang teruja.

"Bagus!Akhirnya kita hampir berjaya selesaikan kes ini!Mood Puteri Einhart pasti akan baik!"

Mereka semua bersorak gembira.Arago yang tak tahu apa-apa pun bersorak gembira.

'Ah,rasanya mereka kena marah lagi teruk dari aku...i pity you guys...'

Ucap Arago dalam hatinya.

Tapi ianya salah kau,Arago menyebabkan mereka kena marah oleh Puteri Einhart.

----------

"Biar betul,Einhart...?",soal Tenshi,memandang Einhart yang berwajah serius.

"Ya.Saya dah dapat tahu identiti orang yang sebarkan semua khabar angin mengenai saya dan Robert",jawab Einhart.Fail yang berada atas pahanya diletakkan atas meja,ditolak ke arah Tenshi.

Tenshi mengambil fail tersebut dan membukanya,membaca isi dalamannya.

"Macam mana kau pasti,yang mereka berdua sebarkan khabar angin tu...?",soal Tenhsi setelah selesai membacanya.

Einhart tersenyum.

"Saya minta Roze untuk siasat tentangnya sebaik sahaja dia pulang semula ke sini.Dengan kebolehan dia,senang sahaja untuk siasat",ucapnya lalu menghirup teh dalam cawannya.

Tenshi menutup fail tersebut lalu letakkannya atas meja.

"Kesiannya dia.Bagilah dia rehat sebelum lakukan kerja tersebut",kata Tenshi.

"Haha.Jangan risau,sebaik sahaja dia selesai menyiasat,saya terus bagi dia rehat~",Einhart tersenyum manis.

"Kenapa dia tak minta sahaja Yuuki untuk hilangkan parut dekat muka dia?Bukan ke itu lagi senang dari pakai topeng tu sepanjang masa?",soal Tenshi sambil menunjuk pada pipinya.

"Katanya dia tak nak lupa penghinaan yang diterima oleh dia daripada bekas kawan baiknya",balas Einhart.

Roze merupakan bekas peluncur ais yang terkenal di Asteon Kingdom.Namun,kerjayanya musnah apabila wajahnya dibakar api yang dilakukan oleh kawan baiknya.Wajahnya melecur teruk dan meninggalkan parut yang akan kekal selamanya.

Disebabkan itu,dia berhenti jadi peluncur ais dan bekerja untuk Puteri Einhart.

"Kau dah tahu siapa yang sebarkannya,jadi kau akan keluarkan arahan untuk tangkap mereka?",soal Tenshi.

Einhart menggeleng.

"Tak seronok kalau permainan ini ditamatkan terlalu cepat.Lebih seronok kalau kita tangkap yang bersembunyi di saat-saat terakhir,bukan?",soal Einhart,terukir senyuman yang penuh licik diwajahnya.

Tenshi hanya mengangguk wajahnya.

"Jangan beritahu sesiapa tentang perbualan antara kita berdua di sini,walaupun kepada orang yang terdekat"

Einhart meletakkan cawannya atas piring.

"Kenapa?",soal Tenshi.

'Baru ingat nak beritahu Kaizo'

"Sebab,mungkin orang yang kita beritahu tu bukan diri mereka?",kata Einhart.

Jari telunjuknya mengetuk permukaan meja,dan sekelip mata fail yang berada atas meja itu menjadi cebisan.

"Lebih lama kita biarkan,mereka akan mula beranikan diri untuk munculkan diri di hadapan saya.Sebab mereka hanyalah kanak-kanak"

Senyuman terukir di wajah jelita Einhart.Senyuman yang dimiliki oleh sang pemenang.

Tenshi memandang ke arah Einhart dengan muka yang pucat.

'Okey,dia memang seseorang yang aku tak patut jadikan musuh.Dia ada terlalu banyak kad yang tersembunyi dalam lengan bajunya.Malangnya kepada orang yang cari pasal dengan dia'






THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now