Demi mempertahankan keamanan Magic World daripada hancur,banyak perang yang telah dimenangi oleh Gold Phoenix.
Perang menentang sebuah kerajaan yang mahu membawa kemusnahan kepada Magic World.
Perang menentang Puak Dragons yang mahu melenyapkan semua manusia.
Perang menentang True Vampires.
Perang menentang Puak Demons yang mahu menguasai Magic World.
Terlalu banyak perang yang berlaku dalam tempoh 3 tahun,dari Millialkyrie berusia 12 tahun hingga 15 tahun.
Dan kerana perang tersebut juga, Magic World mengalami kemusnahan yang dahsyat.
Gold Phoenix telah kehilangan banyak ahli mereka kerana terkorban dalam setiap peperangan yang terjadi. Daripada jumlah asal, dalam sekitar 300 orang, menjadi 5 sahaja.
Annette, salah seorang daripada yang terkorban.
Millialkyrie, mencadangkan kepada Raja Zack dan Raja Elis untuk menubuhkan satu lagi kumpulan Guardian.
Namun,untuk kumpulan Guardian yang baharu, Millialkyrie akan memilih mereka sendiri, menjalankan ujian yang akan dilalui untuk menunjukkan kelayakan mereka memegang gelaran Guardian.
Raja Zack dan Ratu Elis tidak membantah cadangan Millialkyrie.
Kumpulan Guardian yang baharu dinamakan sebagai Silver Phoenix.
Peranan Silver Phoenix sama dengan Gold Phoenix,mempertahankan keamanan Magic World. Namun, tugas Silver Phoenix lebih fokus kepada menjaga keamanan kerajaan Raja Zack dan Ratu Elis, manakala Gold Phoenix fokus kepada keadaan di luar kerajaan.
Bilangan Silver Phoenix adalah 274 orang. Dan yang memimpin Silver Phoenix adalah, seorang remaja perempuan yang berusia sama dengan Millialkyrie.
Ketua Silver Phoenix tidaklah pintar. Otaknya sama sahaja dengan orang normal, namun kemahiran bertarungnya bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.
Kerana dia adalah ketua Silver Phoenix, dia selalu berjumpa dengan Millialkyrie. Lantas, mereka berdua menjadi kawan.
Dan sudah tentu, ketua Silver Phoenix tidak tahu personaliti sebenar Millialkyrie.
Tiada siapa yang tahu. Termasuk Raja Zack dan Ratu Elis. Arisakyriel juga tidak tahu.
Yang hanya tahu, adalah Louis.
▪️▫️▪️
"TIDAK!!!!!! ELIS!!!!!!!!!!"
Jeritan kesedihan kedengaran dengan jelas.
Raja Zack meraung kesedihan.
Kali ini, mereka tidak berperang dengan mana-mana kerajaan. Mereka juga tidak berperang dengan mana-mana puak.
Kali ini, mereka melawan makhluk aneh yang muncul secara tiba-tiba di seluruh kerajaan mereka.
Makhluk aneh tersebut keluar daripada portal hitam yang berada pada langit kerajaan.
Secara jujur, kesemua makhluk yang keluar bukanlah asing buat Millialkyrie. Ianya kerana semua makhluk tersebut adalah makhluk mitos, yang pernah diceritakan kepadanya oleh makhluk mitos yang bekerja di banglo Nightfall.
Namun, tiada sesiapa yang tahu kesemua makhluk tersebut adalah makhluk mitos. Mereka juga tidak pernah dengar tentangnya.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasíaSejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...