[50] Past Memoir - First Act

40 9 2
                                    

"Crystal, you're beautiful"

"Good morning, sweetheart"

"I won't love anyone else, but you. You're my eternal love"

"Crystal-"

"ARGHHHH!!!!!!!!!"

Crystal menjerit dengan kuat. Wajahnya kemerahan, malu.

Sara dan Nad memandang ke arahnya dengan senyuman.

Versi chibi  Halilintar dalam Inner World  Crystal mengungkapkan kata-kata manis yang ditujukan kepada Crystal.

Perkara tersebut membuatkan mereka semua, kecuali Angelo dan Libra membayangkan wajah Halilintar, mengungkapkan kata-kata manis tersebut.

Namun, kerana bayangan tersebut membuatkan mereka berasa seram sejuk, mereka terus menghapuskannya.

"Wah!!! Please stop! This is so embarrassing....."

Crystal menutup wajahnya dengan kedua tangannya. Wanita itu terduduk.

Dia berasa sangat malu kerana mereka semua mendengar Halilintar berkata-kata manis. Separuh daripadanya memang benar, manakala separuh lagi adalah bayangannya.

Walaupun Crystal berharap semua Halilintar dalam Inner World miliknya berhenti mengungkapkan kata-kata tersebut, mereka langsung tidak berhenti.

"Tapi, Millialkyrie langsung tak ada di sini. Kenapa?"

Tenshi mengubah suasana tersebut dengan menyoal soalan. Dia juga tidak dapat tahan daripada melihat Crystal dalam rasa malu, kerana seolah melihat dirinya sendiri dengan suaminya, Kaizo.

"Nampaknya dia menolak jemputan Crystal untuk ke Inner World  ini. Jadi, kita tak ada pilihan selain untuk menghubungkan dunia ini dengan-"

Tak perlu lakukan perkara tersebut. Saya sendiri akan bawa kamu semua ke Inner World saya.

Sebaik sahaja suara itu kedengaran, bayang-bayang hitam berbentuk tangan muncul dari bawah tempat mereka berdiri.

Bayang-bayang tersebut memegang badan mereka semua, membawa mereka semua ke bawah.

SPLASH!!

Apabila tubuh mereka sepenuhnya dibawa turun ke bawah,mereka semua berada di Inner World  milik Millialkyrie,yang penuh dengan kegelapan.

Semua bayang-bayang tersebut menghilang setelah selesai menjalankan tugas mereka.

Welcome, to my Inner World. There is only darkness here. You won't find anything interesting, like in Crystal's Inner World.

Millialkyrie menyambut kedatangan mereka semua,dengan senyuman diwajahnya.

Apa makna disebalik senyumannya, tidak diketahui oleh sesiapa,termasuk Libra.

Tiada sesiapa yang bercakap.

Mungkin kerana mereka terkejut dengan kehadiran Millialkyrie.

Kerana roh gadis itu memberikan mereka satu aura yang sangat kuat. Aura yang membuatkan seseorang akan melutut kepada dirinya, kerana perbezaan antara mereka dengan dirinya.

Berbeza dengan badannya, yang tidak membuat mereka merasakan apa-apa. Mungkin kerana ianya hanya badan, tanpa sebarang personaliti di dalamnya.

Sebelum kita mulakan apa-apa, saya nak tahu sesuatu daripada kamu, Libra.

Millialkyrie menuding jari ke arah Libra,yang dalam bentuk fizikalnya.

".... apa yang kamu mahu tahu?"

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now