[30]Little Sister's Rage

93 13 1
                                    

"Jadi,apa yang senior semua nak dari saya..?",soal Misa,memeluk begnya.Belakangnya bersandar pada dinding belakang bangunan utama sekolah.

Di hadapannya ada 5 orang senior perempuan berwajah bengang,memandang Misa yang berwajah ketakutan.

"Tak ada apa!Cuma nak beritahu kau...!",salah seorang dari mereka menunjal dahi Misa dengan kuat sehingga belakang kepala gadis itu terhantuk di dinding.

"Jangan dekatkan diri kau dengan Alenjo lagi!"

Alenjo Kwaistin,nama senior lelaki yang tertarik dengan Misa dan dianggap playboy kerana ramai gadis sentiasa di sisinya.Misa tidak tahu kenapa Alenjo boleh tertarik dengan dirinya walaupun mereka tak pernah berkenalan langsung.

'...ah,jadi ini sebab mereka panggil aku untuk ke belakang sekolah...hanya untuk bagi amaran yang tak berguna ini?',fikir Misa.

"Sedar sikit yang kau tu tak sesuai langsung dengan dia!",kolar Misa ditarik dengan kuat oleh senior perempuan yang lain,merapatkan wajah mereka.

'Kau fikir aku nak sangat ke dengan senior lelaki tu?Daripada bazirkan masa cakap benda tak berguna tu kat aku,pergilah cakap dekat lelaki tu',fikir Misa.

"Hmph....apa yang tak sesuai tentang diri saya untuk bersama senior Kwaistin?",soal Misa.

Kesemua perempuan itu terkejut dengan persoalan yang ditanyakan Misa.Misa memang tak berminat langsung dengan senior itu,tetapi kalau dia biarkan sahaja perkara ni,pasti semua senior perempuan ni akan terus menganggu dia.

"Beritahu saya,adakah kekurangan diri saya ini tiada pada senior yang 'sesuai' untuk senior Kwaistin?",soal Misa dengan pandangan mata yang tajam.

"Urgh....Senyaplah!"

BOK!

Berasa marah,senior itu mencampak Misa dengan kuat ke tanah,menyebabkan seragam Misa kotor.

"Kenapa dia boleh tertarik dengan kau?!Kami cuba sedaya upaya untuk tarik perhatian dia untuk buat dia beri perhatian pada kami!Tapi langsung tak menjadi!",jerit senior perempuan yang ketiga,melepaskan geram.

'Sebab korang menjengkelkan',fikir Misa.

"Betul!Kami ubah penampilan kami!Pakai mekap,berhias untuk buat diri kami lebih cantik supaya setaraf dengan dia...",ucap senior yang keempat.

'Kalau macam tu,semua perempuan yang pakai mekap setaraf dengan dia walaupun muka tetap hodop selepas pakai mekap'

"Tapi semuanya tak menjadi...",ucap yang kelima,menangis.

'Sepatutnya aku yang menangis,bukan kau sebab aku yang dibuli sekarang ni'

"Dan ia betul-betul buat kami geram,kenapa dia boleh tertarik dengan budak perempuan macam kau!Kau langsung tidak istimewa!"

'Kau ingat aku nak ke jadi istimewa?Ianya menjengkelkan bila ramai berkepit dengan aku'

Misa mengeluh dengan semua luahan senior itu.

'Menyusahkan betuk manusia macam ni,sentiasa cari seseorang untuk dipersalahkan demi lepaskan geram mereka.Tapi menyalahkan diri sendiri pun tak bagus,macam akak Mimi....'

Wajah Mimi terus bermain dalam fikirannya,namun ianya hilang apabila rambutnya yang dibiarkan lepas itu ditarik dengan kuat,menyebabkan kepalanya mendongak ke atas.

"Apa yang bagus tentang kau,hanya kau anak kepada Tenshi,diberikan gelaran Goddess of War oleh God dan adik perempuan Demon Princess,kawan baik puteri Einhart!"

Misa mengetap gigi,memandang senior perempuan yang menarik rambutnya.

'Tak habis lagi?',fikirnya.Secara tetiba,senior itu mengukir senyuman sinis.

"Tapi,bila difikirkan balik...rasanya Alenjo dekati kau mungkin sebab dia rasa simpati dengan kau.Yalah,ibu dan kakak kau tu bukannya orang normal.Pasti mereka berdua tak pernah berikan kau kasih sayang dan hanya ajar kau teknik berlawan untuk membunuh orang!Sebab mereka berdua kan dah bunuh beribu orang!"

Mata Misa membulat.Kesemua senior di situ ketawa kuat.

"Dan Alenjo rasa simpati dengan kau,dekati kau untuk buat kau ada pengalaman sebagai gadis yang normal!Seperti jatuh cinta!Kesian betul lelaki yang akan kahwin dengan kakak kau....pasti dia dipaksa untuk berkahwin dengan pembunuh tu!"

Misa mengepal penumbuknya.Seluruh badannya menggigil.

'Menjengkelkan...sangat bising.Bunyi serangga di telinga ini tak hilang lagi.Tapi,pasti ia akan hilang....kalau ianya dipukul,kan...?'

Di saat itu,sekeliling Misa bagaikan gelap.Tiada apa-apa langsung.

"Hei,cakaplah sesuatu!",senior itu mengenggam rambut Misa dengan lebih kuat.

KRAK!

"ARGH!!!",senior itu menjerit kesakitan dengan kuat kerana pergelangan tangan kirinya dipegang kuat oleh Misa.

Wajah rakannya yang lain menjadi pucat.Misa memandang tajam senior yang dipegang tangan olehnya.

"Saya marah bila senior semua menghina diri saya,sebab memang saya ada kekurangan.Dan ianya ada pada semua orang",ucap Misa,dengan suara yang tenang.

KRAKK!!

"ARRGHHHH!!!!!!!!!!",senior itu menjerit lebih kuat apabila Misa mematahkan tulang tangan kirinya.

Misa bangkit dari tanah dengan perlahan-lahan.Dia menyapu kotoran pada pakaiannya sebelum menanggalkan blazer yang dipakainya,dicampak ke tepi.

Getah rambut yang ada pada pergelangan tangannya ditanggalkan lalu digunakan untuk mengikat rambutnya,ekor kuda.

"Dan saya sangat marah....bila senior berkata buruk tentang keluarga saya",Misa memandang ke arah semua senior perempuan dengan mata yang jelas menunjukkan kemarahan.

Mereka semua menggigil ketakutan.

"Ibu dan kak Mimi nak saya alami kehidupan normal,tapi saya yang mahukan sebaliknya.Sebab itu,saya minta ayah untuk ajar saya teknik pertahankan diri...",Misa berjalan mendekati mereka.

"For me to defend myself,and beat those evil guys....",warna matanya yang coklat berubah menjadi warna merah,seperti Mimi ketika marah atau menjadi sadis ketika berlawan.

"Ahh...aaaa!!!!",mereka semua tak dapat bersuara kerana terlalu takut sehinggakan ada yang terduduk dan terkencing.

"Prepare yourself",ucap Misa lalu menggepal penumbuknya.

---------

Misa mengibas blazernya yang ada di atas tanah sebelum memakainya semula.

"Hmph.Berlagak samseng dan kuat,tapi langsung tak boleh melawan.Membosankan",begnya yang ada di atas tanah juga dikutip.

Zip dibuka dan tisu dikeluarkan.Darah yang ada pada penumbuknya dibersihkan.Ikatan rambutnya juga dilepaskan.

Tanpa memandang ke belakang,gadis itu terus berjalan pergi meninggalkan kelima perempuan yang terbaring selepas dibelasah teruk oleh Misa.





THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now