Banglo yang dimiliki oleh keluarga Nightfall tidak mempunyai pekerja,walaupun satu.
Semua kerja dilakukan oleh makhluk mitos yang jinak dan mampu bercakap dalam bahasa mereka.
Antara makhluk mitos yang terdapat dalam banglo tersebut adalah Griffin, Unicorn, Arachne, Minator, Garyole dan Black Dog.
Setiap makhluk mitos tersebut mempunyai nama yang diberikan oleh ayah Millialkyrie.
Mereka juga yang mengajar Millialkyrie tentang pelbagai benda. Dengan kata lain, Millialkyrie lebih meluangkan masanya dengan semua makhluk mitos tersebut daripada ibu dan ayahnya.
Millialkyrie tidak sunyi tanpa kehadiran ibu dan ayahnya.
Dia juga tidak berasa dirinya tidak dalam kesunyian dengan kehadiran semua makhluk mitos tersebut.
Dia tidak merasakan apa-apa. Sejak lahir, dia tidak dapat merasakan sebarang emosi.
Mereka juga mengatakan, bahawa dirinya langsung tidak pernah menangis, termasuk ketika dia dilahirkan.
Kerana itu, ibu dan ayahnya mengharapkan dengan kehadiran seorang adik dalam hidup Millialkyrie, dirinya akan dapat merasai satu emosi.
Namun, kelahiran adiknya tidak melahirkan emosi yang positif dalam dirinya. Ianya melahirkan emosi yang buruk, teruk.
Bukan kecemburuan, langsung tidak.
Apa yang dia rasakan pada adiknya, adalah menjengkelkan.
Mempunyai seorang adik untuk dirinya jaga, masanya yang selalu diluangkan seorang diri tanpa diganggu, pasti tidak akan terjadi lagi.
Dia tak mahu bersama dengan adiknya, walaupun sesaat. Namun, melihat wajah ibu dan ayahnya yang seperti mengharapkan dirinya akan berasa sedikit gembira dengan adiknya, Millialkyrie tiada pilihan selain untuk meluangkan masa dengan adiknya.
Kerana, seorang anak mesti patuh dengan arahan ibubapa mereka. Itu adalah salah satu peraturan dunia yang dia mesti ikut.
Disebabkan itu, tak kira berapa jengkelnya dirinya dengan adiknya, tak kira berapa kali dia mahu meninggalkannya adiknya seorang diri, Millialkyrie tiada pilihan selain menjaganya,tanpa keleraan dirinya.
Namun, apabila dirinya mendapat tahu tentang eksperimen yang ayahnya mahu jalankan terhadap adiknya, Millialkyrie hanya mengeluh dengan berat.
Mengeluh kerana ibunya pasti akan suruh dirinya untuk meluangkan lebih masa dengan adiknya, untuk menjauhkan adiknya daripada ayahnya.
Semuanya untuk menghalang ayahnya dapat menjalankan eksperimennya terhadap Arisakyriel yang masih bayi.
Keadaan itu berterusan selama 10 bulan, dan dalam tempoh tersebut, ibu dan ayahnya sentiasa bergaduh.
Si ibu tidak bersetuju dengan apa yang si ayah mahu lakukan, mengatakan ianya sesuatu yang tidak patut dilakukan terhadap anak mereka.
Manakala si ayah tetap berkeras mahu lakukannya, kerana dia mahu mencipta Puak yang baharu dan berharap Arisakyriel akan menjadi pengasas Puak yang baharu tersebut.
Apabila melihat keadaan suaminya semakin teruk, si ibu tiada pilihan selain menyuruh Millialkyrie yang masih kanak-kanak, berusia 4 tahun, bersama dengan Arisakyriel yang berusia 10 bulan, untuk lari jauh daripada banglo Nightfall.
Tanpa menyuruh mana-mana makhluk mitos untuk menemani mereka berdua, kerana ada kemungkinan semua makhluk mitos tersebut bersambung fikiran mereka dengan si ayah.
Millialkyrie, dengan bayi Arisakyriel di tangannya, berlari meninggalkan banglo Nightfall ketika malam yang hujan lebat. Perkara yang terakhir didengari dan dilihatnya pada banglo Nightfall, adalah jeritan ibunya dan letupan yang berlaku dalam banglo tersebut.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...