[10]My Girl,Please Wear It

158 20 2
                                    

Suara gelak ketawa kanak-kanak dapat didengari di Temple.Mereka semua kelihatan sangat teruja dan gembira.

Nari yang ada di situ hanya tersenyum melihat keriangan kanak-kanak itu semua.

Kanak-kanak itu semua gembira dan teruja untuk waktu malam,kerana di Temple lah festival musim panas diadakan apabila malam menjelang.

Mereka yang ada di Temple juga akan membuka gerai untuk mencari duit.Kanak-kanak Temple akan menolong Nari membuat kerja.

"Ingat ya,selepas makan malam,berkumpul kat sini!"

"Baik,akak Nari!!",balas semua kanak-kanak dengan kuat.

Nari tersenyum manis sebelum keluar dari dojo,tempat Nebula melatih kanak-kanak itu semua menggunakan magik.

Sebaik sahaja dia tutup pintu yang bergaya Jepun itu,tubuh badannya yang kecil molek itu dipeluk oleh seseorang dari belakang.

"Wah!!Arcane!!",Nari memandang ke arah orang yang memeluknya,iaitu Arcane.

Arcane tersenyum gembira.

"Tak sabarnya tunggu malam ni!Bolehlah saya tengok Nari pakai kimono!",kata Arcane dengan nada ceria.

"Saya dah pakai kimono ni,dan sila lepaskan saya",Nari terus memijak kaki Arcane,membuatkan lelaki itu melepaskan pelukannya pada tubuh Nari.

"Adeh deh deh...saya maksudkan kimono yang gadis-gadis lain pakai tu,bukan seragam tu",Arcane memuncungkan mulutnya.

"Mana boleh...saya sibuk malam ni.Macam tahun sebelum ni,saya tak ada masa nak enjoy  festival langsung.Jadi saya tak dapat pakai kimono tu",kata Nari,berpeluk tubuh.

"Alah!!Pakailah kimono tu!Saya memang teringin nak tengok Nari pakainya!"

Arcane yang terduduk atas lantai sebab kakinya sakit dipijak Nari,menerpa ke arahnya dan memeluk tubuh gadis itu sekali lagi.

"Hei!"

Wajah Nari memerah,malu dengan tindakan Arcane.Nasib baik tiada kanak-kanak yang nampaknya,kalau tak.....malu dibuatnya.

"Jangan nak buat perangai macam budak-budak boleh tak?!Bila saya kata tak boleh,maknanya tak boleh~!!Saya sibuk!",Nari cuba melepaskan pelukan Arcane pada dirinya.

"Lelaki yang perangai macam budak-budak ni juga yang kau cinta kan?",Arcane memandang ke arah Nari dengan mata yang bulat.

Melihat mata Arcane tu,muka Nari semakin merah,hingga asap keluar dari kepalanya.

'Ah....muka tu dah cukup comel...kenapa buat mata macam tu ??Bertambah comellah kau ni...'

Desis Nari dalam hatinya.

"Sudahlah tu kamu berdua.Nanti ada kanak-kanak nampak pula",kata seorang wanita yang berada tidak jauh di hadapan Nari,berjalan menuju ke mereka berdua.

"Be....betul tu,Nebula!Arcane,tolong lepaskan saya"

Arcane mengembungkan pipinya,tanda protes.

"Biarlah mereka nampak.Mereka semua tahu yang kita sedang bercinta kan?",kata Arcane.

BOK!!!

Nari berdehem sekali selepas dia mengetuk kepala Arcane sehingga dia pengsan.

Nebula hanya ketawa gembira melihat karenah mereka berdua.

----------

Di bawah istana Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

Mimi yang duduk atas sofa dalam biliknya,merenung beberapa kotak atas meja di hadapannya.

Semua kotak itu sudah dibuka,dan dalamnya adalah pakaian,iaitu kimono.

Selepas dia dan Arago buat keputusan untuk balik,mereka singgah di kedai pakaian kerana Mimi tiada kimono dalam koleksi pakaiannya.

Mereka berdua membeli kimono yang disarankan oleh penjual kedai,dan akibatnya,Mimi tak dapat memilih kimono mana yang mahu dipakainya.

"Hmph....kimono mana saya patut pakai ni...yang bercorak rama-rama ni ke....atau yang bercorak bunga lili ni...atau yang bercorak bunga sakura....atau..."

Mimi membelek satu demi satu kimono yang dibelinya.Dia memang tak dapat buat pilihan,kerana semuanya cantik-cantik.

"Siapa suruh beli banyak kimono tu?",kata Arago dari belakang.

"Sebab saya tak tahu mana yang sesuai dengan saya!Saya main beli jerlah!",kata Mimi,mencebik.

"Kalau tak dapat pilih mana yang nak pakai,jangan pakai yang mana-mana pun.Simpan sahaja semua tu",kata Arago.

Terkejut Mimi dengan apa Arago katakan.

"Habis,saya pergi festival tu pakai baju biasa sahaja?!",rungut Mimi,lalu menoleh ke arah Arago yang berdiri di belakangnya.

Dan apabila dia menoleh,sesuatu ditunjukkan kepadanya.Ianya kimono yang bahagian atas berwarna putih,namun berwarna pada bahagian bawah dengan warna biru seakan air dan mempunyai pelbagai bunga yang berwarna warni.

Mimi yang melihatnya kagum.

"Cantiknya kimono ni...saya tak ingat pun penjual tu ada tunjuk kat saya kimono ni...",kata Mimi,meletakkan jari telunjuknya pada pipinya.

"Dah dah,pergi tukar baju,pakai kimono ni.Kalau ada masalah,saya akan tolong",Arago menarik tangan Mimi,menyuruh gadis itu bangun.

Lalu ditolaknya gadis itu ke dalam bilik persalinan dan menyerahkan kimono tersebut.

"Okey",kata Mimi lalu menutup pintu.

Arago menghela nafas.

Memang kimono tu tak ditunjukkan oleh penjual di kedai pakaian yang mereka pergi.Kerana kimono itu ditempah khas oleh Arago di kedai tersebut.

Dia dah lama buat tempahan,dan nasib baik ia siap pada hari festival musim panas.Bukan baru tahun ni dia tempah,untuk tahun sebelumnya juga dia ada tempah.

Namun,disebabkan Mimi tidak mahu pergi festival musim panas,dia langsung tak berikan kimono yang ditempahnya kepada gadis itu.

Semua kimono yang ditempah olehnya selama 13 tahun,disimpan dalam sebuah kotak dengan rapi.

"Mimi,Mimi...bilalah kau boleh pulih dari luka tu..",kata Arago dengan nada yang perlahan,takut didengari Mimi.

Mimi yang berada dalam bilik persalinan,memegang dagunya,sedang berfikir.

"Arago,saya patut pakai sesuatu ke kat dalam?",soal Mimi.

"Mestilah kena!",balas Arago.

"Eh?Tapi bukan ke tak perlu pakai pakaian da-"

"TOLONG PAKAI!"

"Baik..."

Arago menarik nafas dalam-dalam.

'Ni mesti Sara ataupun Sha yang beritahu Mimi tentang tak perlu pakai pakaian dalam bila pakai kimono....nak kena mereka ni...'

Fikir Arago.



THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now