[46]The Truth of Revenge

51 10 0
                                    

"Ketepikan hal tersebut. Bukan ke kita ada perkara yang lebih penting?"

Mimi memandang ke arah Maria dan Zika.

"Betul,saya hampir leka"

Einhart bercekak pinggang.

"Jadi, siapa kamu berdua? Apa tujuan kamu berdua sasarkan saya?"

Einhart berkata dengan nada suara yang dalam dan keras. Pandangan matanya juga berubah menjadi dingin.

Einhart tiada niat untuk menunjukkan belas kasihan kepada adik-beradik tersebut, biarpun mereka masih muda.

Sesiapa yang mempunyai niat jahat terhadap dirinya, mengancam keselamatan dirinya dan Asteon Kingdom, dianggap sebagai musuh yang perlu dihapuskan dengan segera.

Namun, Einhart memberikan pengecualian kepada mereka yang masih mempunyai nilai untuk digunakan olehnya, seperti Robert.

Zika dan Maria tidak menjawab soalan Einhart. Mungkin kerana pita pelekat dilekatkan pada mulut mereka, tidak membenarkan mereka bercakap.

"Oh, maafkan saya. Saya lupa yang mulut kamu berdua dikunci"

SNAP

Dengan petikan jari yang perlahan, pita pelekat pada mulut mereka berdua dipotong, membolehkan mereka bercakap.

"Hah.......!"

Namun, mereka masih tidak berkata apa-apa langsung.

Seluruh badan mereka penuh dengan ketakutan. Aura yang dikeluarkan daripada Einhart sangat menekan mereka berdua.

Segala keyakinan yang mereka ada semasa merancang rancangan pembalasan dendam telah hilang sepenuhnya.

"Oh? So you choose to keep silent?"

"Hik.....!"

Suara ketakutan keluar dari mulut mereka berdua apabila pisau yang tajam, bersambung dengan rantai besi yang keluar daripada tempat Einhart berdiri berada pada leher mereka berdua.

Einhart cuba untuk memaksa mereka berdua untuk bercakap dengan ugutan.

Semua yang berada di situ hanya mendiamkan diri, tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung.

Kerana, mereka juga akan melakukan perkara yang sama sekiranya berada di tempat puteri yang mereka semua bersumpah untuk mengikuti dan melindunginya.

"Aah....."

Zika cuba untuk bercakap, namun bibirnya menggigil dengan sangat teruk.

Maria hanya mampu memandang Einhart dengan mata yang berair, ketakutan. Dia telah melalui perkara yang sangat teruk daripada perbuatan Mimi terhadap dirinya.

Melihat tiada antara mereka berdua sukarela untuk bersuara, Einhart melepaskan keluhan.

Kembar tersebut terus memejamkan mata mereka dengan rapat, bersedia untuk menghadapi perkara yang akan terjadi oleh mereka.

Namun, tiada apa-apa yang berlaku terhadap mereka.

Sebaliknya, Einhart menyimpan semula senjatanya.

"Well, they're too easy to break. So, I assume that you have heard everything from the one called Maria, Mimi?"

"Ya. Dia dah beritahu segalanya. Tapi, saya fikir mungkin Einhart nak dengar daripada penjelasan seorang lagi?"

Mimi mengukir senyuman, begitu juga Einhart.

"Jadi, siapa mereka berdua?"

Semua mata tertumpu kepada Mimi.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now