Keadaan tegang diruang makan dalam istana.Tegang kerana Arago,Luxalia,Hana dan Arie ada bersama,sekali dengan Mimi.Einhart hanya beriak biasa.
Mereka berempat duduk jauh dari tempat duduk Mimi yang duduk dikerusi yang dekat dengan tempat duduk Einhart,atas arahannya.Lagipun,kalau mereka duduk dekat pun,bukannya Mimi akan layan pun.Dia akan buat mereka berempat tak wujud langsung.
Arago mengerling sekilas kearah Mimi yang sedang menikmati makanannya.Selera makannya kembali kepada keadaan asal.
'Hmph...keadaan dia dah jadi lebih baik dari sebelum ni.Mungkin tepat keputusan aku tinggalkan dia,tapi aku dah buat dia benci aku...!',bisik Arago dalam hatinya.
"Jadi,dah buat keputusan nak bercuti di mana?",soal Einhart pada Mimi yang dah selesai makan,mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan.
Arago memasang telinganya.
"Dah.Esok saya beritahu",balas Mimi.
"Eh?Kenapa bukan sekarang?",soal Einhart,pelik.
"Sebab nanti ada lelaki hipokrit dengar tentangnya,dan nanti lelaki itu kacau saya bercuti"
"Ergh!",Arago memegang dadanya,rasa sakit mendengar perkataan 'lelaki hipokrit' dari mulut Mimi.Keluarganya hanya mampu memberikan pandangan 'kasihan' kepada Arago.
Einhart memandang Mimi dengan rasa tak percaya.Tidak sangka begitu dingin Mimi dengan Arago.Tak pernah langsung dia buat macam tu pada Arago walaupun mereka bergaduh.
Tapi itu dulu,bukan sekarang.
"Okey,esok beritahu saya.Saya ada kerja untuk dilakukan lagi",Einhart bangun dari tempat duduknya,ingin keluar dari ruang makan tersebut.
Meninggalkan Mimi bersama Arago,Luxalia,Hana dan Arie.Namun,tak sampai seminit,Mimi bangun dari kerusinya.Baru sahaja dia nak melangkah ke pintu,Arago memanggil namanya.
"Mimi,nanti!",Arago menahan Mimi dengan memanggilnya.Kalau dia sentuh,rasanya dia terbaring atas lantai terus.
Mimi tak pandang atau membalas panggilan Arago.Dia hanya berdiri,kaku.
"Err...",Arago rasa serba salah untuk menuturkan bicaranya.
Mimi mula melangkah ke pintu,malas mak duduk lama diruang makan tersebut.
"T-tunggu...!"
BAM!
Pintu ditutuo dengan kasar oleh Mimi,membuatkan Arago kaku macam patung batu.Dia terus terduduk sedih atas lantai.
"Kasihannya ~",ucap Luxalia,Hana dan Arie serentak.
"Apa yang abang nak katakan pada Mimi?",soal Arie.
"Abang nak tanya...mana cincin pertunangan dia...",tutur Arago dengan perlahan.Arie mengangkat sebelah keningnya.
"Sah-sahlah dia buang cincin tu.Tu pun tak boleh fikir?",Arie berkata tanpa mempedulikan perasaan Arago.
Arago menundukkan wajahnya.Dia ada terfikir apa yang adiknya katakan,tapi dia terus buang fikiran itu jauh-jauh kerana Arago tahu,Mimi bukan gadis yang macam tu.
Dia bukan jenis yang terlalu mengikut perasaan.
Jika tidak,tak adalah Mimi masih hidup.Sebab sesetengah manusia yang mengalami kemurungan akan mengambil tindakan untuk bunuh diri mereka,bukan?
------
Di bilik tetamu yang diduduki Mimi,gadis itu duduk atas katil dengan buku ditangannya.Dia membaca buku Third Legend of Guardians:Dragons yang diambil dari bilik bacaan Einhart.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasiaSejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...