[52]Past Memoir - Third Act

35 8 0
                                    

Millialkyrie meletakkan Arisakyriel ke bawah apabila dia menjumpai tempat persembunyian yang selamat dan jauh daripada bahaya.

Baru sahaja Millialkyrie mahu pergi, Arisakyriel memegang tangan kakaknya dengan erat.

Tangan Arisakyriel yang lebih kecil daripada tangan Millialkyrie yang masih kanak-kanak, menggigil. Adiknya ketakutan.

Bukan takut kerana penampilan kakaknya. Dia takut dengan keadaan sekelilingnya.

Semuanya musnah. Bangunan yang ada semua runtuh. Mayat juga dapat dilihat dengan jelas.

Pada usia yang muda sebegitu, sangat wajar untuk Arisakyriel berasa takut.

Dia tak dapat berhenti menangis, merayu kepada kakaknya supaya jangan meninggalkannya.

Millialkyrie, memandang Arisakyriel tanpa berkata apa.

Dia tidak berasa kasihan. Dia juga tidak berasa risau melihat adiknya sebegitu.

Dia tidak rasa apa.

Walaupun begitu, Millialkyrie tahu, yang adiknya mungkin sahaja akan mengejar dirinya jika dia pergi tanpa berkata apa-apa, menenangkan adiknya yang ketakutan.

Namun, Millialkyrie tidak tahu bagaimana untuk tenangkan seorang kanak-kanak yang dalam ketakutan.

Dia selalu menyanyikan lagu untuk adiknya sebelum mereka tidur, kerana itu yang makhluk mitos selalu lakukan pada dirinya ketika dia masih tinggal bersama ibu dan ayahnya.

Tetapi, Millialkyrie merasakan, untuk menyanyi dalam keadaan sebegitu adalah sesuatu yang bodoh. Terlalu bodoh untuk dilakukan oleh dirinya.

Kerana itu, Millialkyrie hanya mencium dahi adiknya, lalu memeluk erat tubuh kecil tersebut.

Ciuman dan pelukan yang tiada kasih sayang.

Namun,Arisakyriel yang tidak tahu personaliti sebenar Millialkyrie, tenang dengan mudah apabila menerima layanan tersebut, yang dianggap sebagai bukti kasih sayang kakaknya.

Tanpa berkata apa-apa, Millialkyrie terus meninggalkan Arisakyriel.

Baginya, itu sudah cukup untuk Arisakyriel, kerana adiknya berhenti menggigil dan menangis.

▫️▪️▫️

Millialkyrie tidak berlari tanpa hala tuju.

Dia berlari untuk berjumpa dengan seseorang, atau mungkin dua.

Dua orang yang akan membawa perubahan besar dalam hidupnya, iaitu Raja Zack dan Ratu Elis.

Itulah yang suara tersebut memberitahu dirinya.

'Rasanya... saya akan jumpa mereka di sekitar ini...'

SKRECH!!!

Millialkyrie menghentikan dirinya daripada terus berlari apabila matanya dapat melihat seorang lelaki dewasa terapung di udara, berlawan dengan seorang lelaki yang berpakaian jubah hitam dan topeng, menutup seluruh dirinya.

Raja Zack.

Millialkyrie tahu itu dirinya, kerana dia pernah nampak lelaki tersebut ketika pergi ke bandar untuk membeli bahan makanan.

Raja Zack melawan lelaki berjubah hitam tersebut dengan seimbang.

Kekuatan Raja Zack jauh lebih kuat daripada lelaki tersebut, namun lelaki itu dapat berlawan dengannya tanpa sebarang masalah.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now