[8]Which one?

163 17 3
                                    

Kehidupan manusia bagaikan roda.Jika sekarang kita berada di atas,suatu hari kita akan berada di bawah.

Dan jika kita berada di bawah sekarang,pasti kita akan berada di atas suatu hari nanti.

Tiada manusia yang kekal dengan kebahagiaan miliknya,dan tiada manusia yang kekal dengan deritanya.

Jika mereka pernah merasai bahagia,mereka akan merasai kesedihan juga.Begitu juga dengan mereka yang pernah merasai kesedihan.

Hanya menunggu masa untuk perkara itu berlaku.Dan ia sememangnya akan berlaku.

--------

"Fuuh~"

"Wah!!!!"

Mimi tersedar dari lamunannya apabila telinganya ditiup oleh Arago dari belakang.Wajahnya terus dipaling ke belakang,memandang Arago dengan muka merah,malu.

"Janganlah buat macam tu!Geli!",rungut Mimi.

Arago ketawa kecil mendengar rungutan Mimi.Comel betul gadis ni bila mukanya merah kalau dia malu,desisnya.

"Panggil beberapa kali tak jawab langsung,tiuplah telinga tu supaya sedar dari termenung tu.Menung jauh nampak?Dah sampai ke mana?",soal Arago mencubit manja pipi putih Mimi.

Terus tangannya ditampar Mimi.

"Siapa suruh lama sangat dalam tandas tu.Elok saya termenung jauh daripada tidur kat sini",balas Mimi lalu berdiri dari kerusinya.

"Yelah,yelah.Saya yang salah,awak jer yang betul",kata Arago dengan bibirnya dimuncungkan walaupun dia sebenarnya tak ambil hati dengan kata-kata Mimi.

Saja nak bermanja dengan tunangnya tu.

"Muncungkan jerlah mulut awak tu.Dalam bentuk sebenar awak,mulut tu dah memang muncung pun",Mimi berjalan pergi,meninggalkan Arago.

Arago yang perasan Mimi berjalan pergi dari tempat mereka,terus mengekori langkah gadis itu dan berjalan di sebelahnya.

Tangan kecil Mimi dipegang oleh Arago.Gadis tu hanya biarkan sahaja,memandangkan ada ramai orang di taman tema,mereka berdua mungkin akan terpisah.

Tapi untuk Arago,dia pegang tangan Mimi kerana ada ramai mata yang memerhati gadis itu.Benci dia kalau ada lelaki yang cuba tackle Mimi.

Lagipun,kalau mereka cuba mengorat Mimi,tanpa Arago masuk campur pun,lelaki-lelaki tu semua dah terbenam kepala mereka dalam tanah.

Arago mengerling ke arah Mimi.

'Kulit yang putih,tubuh badan yang kecil...begitu juga kaki dan tangannya...dengan tubuh badan ini,dia bertarung dan melawan banyak musuh dalam banyak pertempuran....

Tapi,dia tetap seorang gadis.Tak kira macam mana perangai dia,betapa kuatnya semangat dia,hatinya tetap hati seorang perempuan.

Mudah terluka,mudah goyah walaupun perkara yang kecil.Tetapi semangatnya memang kuat untuk dia terus hidup dalam dunia ini,selepas pengalaman pahit yang dialaminya....'

"Nee,Arago.Waktu malam,festival musim panas diadakan di mana?",soal Mimi memandang ke arah Arago.

Namun,Arago terlalu leka dalam lamunannya.Dia tak mendengar soalan Mimim

Dan disebabkan itu,dia terlanggar seorang remaja lelaki berpakaian kasual yang sedang berbual dengan seorang gadis yang memakai pakaian miko,tetapi kainnya pendek paras lutut.

BUMP!

Nasib baik,Arago dan remaja lelaki itu tak terjatuh,tetapi kotak yang terisi pelbagai jenis gula-gula dipegang remaja itu terjatuh ke bawah.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now