[25]Tell Her Or Not?

119 14 7
                                    

"Paris?",soal Einhart dengan mata yang membulat memandang Mimi.Gadis itu mengangguk.

"Yup.Saya nak ke sana!",katanya dengan nada yang gembira.

Mereka berdua berada didalam bilik bacaan Einhart.Puteri itu membawa semua kertas kerjanya ke bilik tersebut,kerana pejabatnya tiada sofa untuk Mimi duduk.Kedua-dua mereka memakai pakaian kasual.

"Hmph~baguslah!Dengarnya ia tempat yang bagus!",tangan Einhart tidak berhenti menulis atas kertas kerjanya.Mimi pula,membaca buku yang ada dalam bilik tersebut.

"Saya tak tahu tentang tu.Lagipun,saya ada sebab lain untuk pergi ke Paris",halaman seterusnya diselak.

"Sebab lain?Nak cari pengganti ke?",gurau Einhart.

"Jangan nak merepek",Mimi memuncungkan mulutnya.Tergelak Eingart.

"Jadi,sebab apa?",soal Einhart.Matanya tak terlepas dari kertas kerjanya.

Mimi menutup bukunya,lalu diletakkan atas ribanya.Sekeping gambar dikeluarkan dari lengan bajunya,lalu diletakkan atas meja.Ia ditolak sehingga berada atas kertas kerja Einhart,membuatkan puteri itu meletakkan pennya.

Gambar itu dipegang,ingin melihat dalam jarak yang dekat.

"Ah,gadis ni..."

"Dia anak salah satu menteri kerajaan ni,kan?",soal Mimi.

"Ya.Namanya Amelia Hyuna,anak tunggal.Ayahnya seorang menteri,ibunya pula seorang penguam kerajaan ni.Sebaik sahaja Amelia tamat pengajiannya disekolah tinggi,dia terus lanjutkan pengajiannya diParis,ambil kursus seni",Einhart menceritakan tentang gadis didalam gambar,Amelia Hyuna.

Mimi membuat muka bingung.Tamat pengajian?Sekolah tinggi?Lanjutkan pengajian?Kursus seni?Apa benda tu?

Einhart perasan tentang muka Mimi.

"Tak perlu nak fikir apa semua tu.Maklumlah,tak pernah pergi sekolah,kan?"

Mimi tersengih mendengarnya.

"Kenapa dia ambil kursus seni?",soal Mimi.Einhart meletakkan gambar di atas meja.

"Sebab dia nak jadi pelukis.Pengajiannya dah tamat dengan cemerlang,dan dia sudahpun jadi pelukis.Amelia pelukis yang terkenal di Paris",tablet dikeluarkan oleh Einhart dari sofa.Dia mencari sesuatu.

Apabila dijumpainya,dia serahkan tablet tersebut kepada Mimi.Gadis itu mengambil tablet tersebut.

"Woah!",ucap Mimi dengan rasa yang kagum melihat lukisan yang dipaparkan diskrin tablet tersebut.

Lukisan seorang gadis berada dalam hutan,berdiri atas kolam air.Di belakang gadis itu,ada portal hitam yang akar-akar berduri keluar darinya,membelit gadis itu.

"Cantiknya lukisan ni...",Mimi slide ke kanan,dan satu lagi lukisan terlihat.

Kali ini,ianya lukisan seorang perempuan bergaun putih dengan sekuntum bunga ros merah dibahagian dada.Perempuan itu,dengan mata yang tertutup baring atas air,dibahagian kanan air itu penuh dengan bunga teratai yang mekar dengan cantik,manakala disebelah kiri penuh dengan akar berduri tajam.

Mimi terus melihat lukisan yang lain.

"Semua lukisan itu karya Amelia.Dan semuanya juga dapat anugerah",beritahu Einhart.Mimi memandang ke arahnya dengan wajah yang kagum.

"Serius?Hebatnya dia!",puji Mimi.Einhart mengangguk kepalanya.

"Tapi,dia taj jual karyanya walaupun satu karya sahaja dah boleh cecah 13 bilion"

Terlopong Mimi mendengarnya.

"Kenapa dia tak jual?Dia sayangkan semua karyanya ke?",soal Mimi.

"Ya.Saya ada tanya Amelia tentang itu ketika menghadiri satu majlis,dan dia kata memang dia sayangkan semua karyanya.Tujuan dia lukis semua karya itu bukan untuk dijual,tapi untuk dipamerkan pada semua orang"

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now