"That's really a awesome fight"
Zika, berada di tempat duduk penonton bahagian paling atas.
Dia melihat perlawanan Misa dan Vivian dari awal,dan tidak dapat menafikan dirinya tertarik dengan perlawanan mereka berdua.
Walaupun begitu, Zika tidak leka. Dia tetap dengan rancangannya untuk melancarkan serangan pada hari ini.
Matanya melihat ke arah tempat duduk penonton yang diduduki oleh Einhart, ditemani dengan Nad.
Mereka berdua kelihatan the seperti tidak sedar akan kelibat dirinya, membuatkan dirinya tersenyum lebar.
Zika menarik keluar sesuatu daripada bajunya. Sebuah rantai dengan loket yang berbentuk jam pasir biru.
"Now!! Let's begin our revenge, Maria!!"
KRAK!
Jam pasir tersebut dipecahkan dengan membalingnya ke lantai.
ZWOSH!!
Serentak dengan itu, semua penonton yang berada dalam stadium terkejut apabila melihat sesuatu dalam bilangan yang banyak dilangit.
Bulatan magik besar berwarna ungu gelap, meliputi keseluruhan langit stadium tersebut.
Tidak lama kemudian, raksasa mula keluar daripada bulatan magik tersebut, menuju ke bawah untuk menyerang mereka semua.
"ARGHH!!!!!"
Semua penonton mula berlari bertempiaran, ingin menyelamatkan diri mereka secepat mungkin.
Keadaan yang panik tersebut menyebabkan perlanggaran berlaku antara mereka.
Zika yang melihat keadaan tersebut, ketawa dengan gembira.
"Bukan sahaja di stadium ini kesemua raksasa tersebut munculkan diri dan menyerang rakyat Asteon Kingdom. Tetapi mereka juga muncul di lapangan terbang, menyerang Demon Princess serta penumpang lain yang menaiki kapal terbang yang sama dengannya"
Mata Zika fokus kepada Einhart yang berdiri, dengan menundukkan kepalanya.
"AHAHAHA!! Apa yang kau rasa, puteri Einhart?! Apabila kau tidak dapat lindungi rakyat yang kau bersumpah untuk melindungi mereka dengan semua keupayaan kau?!"
Namun, ketawa dan senyuman Zika terus mati apabila melihat wajah Einhart.
Einhart memandang tepat ke arahnya berada.
Dia memandang Zika, yang berada jauh dari tempat duduknya, dengan senyuman.
Bukan senyuman Einhart yang lemah lembut. Bukan juga senyuman yang licik.
Tetapi senyuman yang mengingatkan seseorang kepada devil. Senyuman yang penuh dengan kejahatan, menjatuhkan manusia dengan helah mereka yang licik.
Senyuman tersebut membuatkan Zika berasa seram sejuk yang tidak pernah dirasai olehnya sebelum ini.
"You lose, stupid little girl"
▫️▪️▫️
Mata Zika terkebil-kebil. Dia tidak mempercayai apa yang baru dilaluinya.
Hanya dalam sekelip mata, semua raksasa yang diseru olehnya menggunakan bulatan magik tersebut dikalahkan dengan mudah oleh Protectors of Asteon,seolah-olah mereka sudah menjangkakan perkara tersebut.
Mereka melindungi semua rakyat, menyebabkan tiada rakyat yang mengalami kecederaan ringan atau berat. Kematian juga tidak berlaku.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasíaSejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...