Di Magic World,pengguna magik terbahagi kepada tiga puak.Setiap puak ada kelebihan masing-masing.
Puak Mermaid.Pengguna magik dari puak ini akan ditumbuhi sirip ikan pada kaki mereka apabila memasuki air.Puak ini mempunyai kelebihan bertarung dalam air kerana mereka dapat menggunakan magik mereka dengan sempurna walaupun ia jenis yang berlawanan dengan air,seperti api.Puak ini juga boleh mengawal hidupan di dalam air dengan nyanyian duyung mereka.
Puak Fairy.Pengguna magik dari puak ini boleh terbang dengan sayap mereka yang boleh dimunculkan sesuka hati.Mereka yang terpilih dalam puak ini akan mempunyai Spirit,roh puak Fairy yang mati.Mereka boleh digunakan dalam berlawan sebagai pasangan.Puak ini juga dapat mengawal tumbuh-tumbuhan.
Dan akhir sekali,Puak Demon.Puak paling kuat antara ketiga-tiga puak dan dikatakan puak paling kejam.Tahap kuasa magik mereka sangat tinggi dan kuat.Seperti puak Fairy,puak ini mempunyai sayap untuk terbang.Malah,semua dalam puak Demon mempunyai kuasa kegelapan dalam diri mereka sejak lahir.
Kuasa kegelapan itu boleh mengawal diri mereka sekiranya tidak dapat kawal emosi negatif mereka.Dan itulah yang menjadikan mereka puak paling kejam.
Namun,apabila Magic World bergabung dengan Earth,populasi ketiga-tiga puak tersebut makin berkurang kerana percampuran darah dengan manusia biasa,menyebabkan kekurangan pengguna magik yang mempunyai darah puak tersebut sepenuhnya.Ianya pasti bercampur dengan darah manusia.
Susah untuk jumpa pengguna magik Mermaid,Fairy dan Demon yang asli,tiada campuran darah lain pada masa kini.Boleh dikatakan,ketiga puak tersebut sudah pupus dari dunia.
------
"Bukankah semua puak dah pupus?Tak mungkin mereka wujud lagi",ujar Mimi.
"B...betul...tapi,masih ada lagi darah puak tersebut mengalir dalam tubuh pengguna magik,walaupun ianya hanya suku...",kata ketua kumpulan tersebut.
Kejap....penatlah author nak tulis 'ketua kumpulan tersebut'!Meh bagi dia nama.Kita namakan dia....Krad!
Wajah Krad pucat,mungkin kerana rasa sakit dibahagian pentingnya.Mimi hanya mendiamkan diri,merenung wajah Krad.Setelah lama dia berbuat demikian,gadis itu menurukan kakinya.
"Okey,terima kasih atas maklumat tersebut"
Mimi memusingkan dirinya,ingin beredar dari situ.Tangan kanannya dinaikkan ke atas.
Krad menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Selamat...aku sela-urgh!"
Darah dimuntahkan dari mulutnya.Matanya melihat dadanya yang darah membuak-buak keluar dari situ.
"A...apa..?",ucap Krad,nyawa-nyawa ikan.
SNAP
Sebaik sahaja Mimi memetik jarinya,sebilah pedang muncul,di dada Krad.Pedang itulah yang menikam dada Krad.
"Teknik Kelima,Pedang Halimunan...hanya hilangkan kewujudan pedang itu dari mata musuh sahaja..."
Mimi mencabut pedangnya dari tubuh Krad.Tanpa membersihkan darah yang ada pada pedangnya,Mimi terus memasukkan ia ke dalam sarung pedang dan pergi ke tempat gadis-gadis yang diculik itu berada.
'Kena laporkannya tentang Einhart.Tapi,pasti saya akan disuruh balik kalau hubungi dia...'
Fikir Mimi dalam mindanya.Dia belum bersedia untuk pulang.
"D....Demon!"
Suara yang bernada ketakutan itu menyedarkan Mimi dari lamunannya.Semua gadis yang diculik itu menggigil ketakutan.Namun,Mimi beriak biasa.Dia tahu semua gadis itu takut padanya kerana dua lelaki dibunuh tanpa tinggal apa-apa dihadapan mereka.
Sangkar besar yang mengurung mereka semua,dikunci dengan mangga dan ada magik yang menyebabkan semua gadis itu tak dapat gunakan kuasa mereka.
ZUP
Pedang dimasukkan semula kedalam sarung setelah dia memotong sangkar itu tanpa cederakan mereka yang ada didalamnya.
"Baiklah,kamu semua boleh balik ke rumah masing-masing.Misi saya sampai sini sahaja",baru sahaja Mimi ingin beredar,seorang gadis menahannya.
"K...kenapa kamu tak bunuh kami..?",soalnya dengan tergagap-gagap.
Mimi buat muka bingung.
'Muka ni nampak macam pembunuh yang bunuh orang untuk suka-suka ke...?Tapi rasanya memang ada orang fikir macam tu...'
"Kenapa pula nak bunuh kamu semua?Apa yang saya dapat?",soal Mimi.
"Sebab...kamu dari Puak Demon..."
Muka bingung lagi dibuat oleh Mimi.
"Jangan merepek.Saya bukan Puak Demon!Memang saya digelar Demon Princess,tapi saya bukan Puak Demon",selesai sahaja dia menuturkannya,Mimi terus melompat tinggi ke udara.
Gadis yang bercakap dengannya tadi,memandang Mimi yang berada di udara.
"Tidak...ia tiada kaitan dengan gelaran tu...kamu betul-betul Puak Demon.Pure-blood Demon...",ucapnya.
------
Didalam bilik hostelnya,Mimi merenung lama telefonnya.Dia sedang berfikir,patut ke dia laporkan pada Einhart tentang misinya petang tadi?
Kalau dia tak laporkan,pasti akan timbul kes penculikkan itu lagi,dan kalau dia laporkan,pasti Einhart akan arahkan dia untuk pulang dengan segera.
"Erm...pasti saya dah buat mereka risau..yalah,dah nak dekat dua bulan saya pergi...",Mimi membaringkan dirinya atas katil.
Seketika kemudian,dia sedar tentang sesuatu.
'Risau....baru saya sedar.Saya dah buat orang sekeliling saya risau akan saya...bukan tentang ini...tapi sepanjang 13 tahun,saya menyeksa diri dengan bersedih atas kehilangan Frost,Yaya dan Mia.'
Air mata Mimi bergenang,lalu mengalir di pipinya.
'Bodohnya saya...kenapa baru sekarang kau sedar,Mimi?Bukankah kau ada ramai orang penting disekeliling kau,ingin melihat kau tersenyum semula?'
Senyuman terukir diwajahnya.
'Tak,memang dah lama saya sedar tentangnya...tapi saya terlalu pentingkan diri.Saya langsung tak berkongsi kesedihan dengan sesiapa,kerana mereka pasti tak akan faham,perasaan ini....'
Mukanya disembamkan keatas bantal,dan dia tidur dengan air matanya mengalir di pipinya.
Salahkan dia kerana bersedih atas kematian kawan-kawannya?Salahkan jika dia memendam perasaannya kerana takut orang lain tidak akan memahami dirinya?Dan,adakah dirinya salah kerana tidak cuba lupakan masa lampau yang sedih?
Tetapi,bukan ke bila kita cuba lupakan sesuatu,makin mudah untuk kita ingat tentangnya?
Trying to forget someone is the best way to remember them.
Apapun,setiap orang ada pandangan masing-masing atas sesuatu perkara.Ada yang akan salahkan Mimi,dan akan ada yang memahami dirinya.Ada yang akan setuju dengan dirinya,dan ada yang akan tak setuju dengan dirinya.
YOU ARE READING
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
FantasySejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka d...