[31]The Chain of Mystery

98 15 0
                                    

Dua minggu telah berlalu sejak Mimi pergi ke Paris,dan dalam tempoh itu khabar angin mengenai Einhart dan Robert masih menjadi bualan di istana.

Namun,Einhart langsung tak pedulikan tentang ia.Dia terlalu sibuk untuk itu kerana dia perlu siapkan kertas kerja mengenai Martial Art of Mages,atau singkatannya,MAM.

Martial Art of Mages adalah satu pertandingan yang peserta boleh gunakan magik sekali ketika gunakan seni pertahankan diri atau gunakan magik sahaja ketika berlawan atau kedua-dua keadaan sekali.

Ada yang gunakan seni pertahankan diri sahaja kerana kekuatan fizikal yang luar biasa,seperti Mimi.Dia pernah menyertai MAM ketika berumur 2 tahun(dalam badan remajanya) dan memenanngi pertandingan itu.

Luvia,Berseker Knight juga ada kekuatan yang luar biasa,lebih dari semua orang yang ada di Asteon Kingdom.Kekuatannya dikatakan cukup untuk kalahkan seekor naga dengan satu tumbukan.Tapi itu kerana ia adalah kuasanya.Luvia tak pernah sertai  MAM kerana tak berminat.

MAM hanya diadakan di Asteon Kingdom,jadi ramai orang di seluruh dunia ingin menyertainya.Disebabkan itu,Einhart menerima banyak dokumen penting mengenai semua peserta yang menyertainya.

"Kau tak nak siasat siapa yang mulakan khabar angin tu ke?",soal Sara,berada di bilik bacaan Einhart yang memakai pakaian kasual,sedang membaca senarai peserta MAM.

"Jujurnya memang nak.Tapi Protectors of Asteon sibuk,begitu juga dengan Nad.Mereka semua sibuk untuk menolong penganjur MAM buat persediaan di stadium MAM.Belum campur lagi misi yang mereka perlu lakukan",balas Einhart.

"Kenapa tak arahkan organisasi di bawah istana ini untuk siasat?Atau pun saya?",soal Sara.

Einhart menyilangkan kakinya.

"Tak perlu,sebab saya dah arahkan seseorang untuk lakukannya sebaik sahaja dia kembali",kata Einhart.

Sara mendiamkan diri,memikirkan orang yang dimaksudkan oleh Einhart.

"Mimi?",soal Sara.

"Kalau Mimi,dia akan terus balik sebaik sahaja saya jelaskan tentang tugasnya.Kau pun tahu dia tu macam mana.Kalau dia dah pilih A,tetap A dalam otaknya",ucap Einhart.

"Betul juga...jadi siapa?",soal Sara lagi.

"Hmph?Nampaknya Misa masuk MAM tahun ni",kata Einhart tanpa menjawab soalan Sara.Sara terus bangun dari sofanya dan duduk atas meja,mendekati Einhart.

"Biar betul?",soal Sara,terkejut.Einhart menunjukkan fail yang dipegangnya kepada Sara,muka surat Misa.

"Huh...tak sangka dia akan masuk tahun ni....saya fikir Misa akan masuk selepas setahun belajar seni pertahankan diri",ucap Sara lalu duduk atas sofa semula.

"Sama.Tapi dengar dari Kaizo,Misa cepat mahiri pelbagai teknik yang diajar"

"Bercakap tentang tu,baru teringat yang ada khabar angin mengatakan Misa hantar lima senior perempuannya ke hospital dalam keadaan hampir separuh mati.Banyak tulang patah,tapi keadaan mereka stabil,cuma trauma",cerita Sara.

Tapi itu bukan khabar angin.Ianya memang betul.

Einhart menutup fail tersebut dan letakkan ia atas meja.Dia memandang ke arah Sara.

"Sara,kau masih tak dapat ingatan kau semula?",soal Einhart,membuatkan Sara menggaru pipinya yang tak gatal.

"Masih...belum.Saya hanya dapat ingat pesanan yang diberikan oleh seseorang kepada saya.Tapi wajah dan suaranya...saya tak ingat.Semua perkara mengenainya,langsung tak.Saya juga tak ingat tentang ibu bapa saya",ucap Sara dengan rasa sebak.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now